Pengikut

Sabtu, 3 Ogos 2013

Jangan marah-marah Kalau Nak Berjaya


Sebelum cuti hari raya dan cuti sekolah bermula, saya awal-awal lagi memberi kerja sekolah kepada murid-murid saya. Walaupun ada yang merungut sebab mereka nak beraya. Kata saya, kalau nak berjaya jangan marah-marah. Perlu rajin membuat latihan dan ulangkaji. 

Sebagai bukti, saya ambil gambar. Hal ini kerana pernah berlaku, kata murid saya tidak pernah memberi kerja sekolah. Pada hal saya memberinya. Fikir mereka, saya ini pelupa. Mereka ini betah mencipta alasan untuk melepaskan diri. Jadi, selepas ini kalau mereka cakap saya tak beri kerja sekolah, inilah buktinya. 

P/S: Tulisan cikgu ke macam ni? huhu...maaflah, tulisan saya sememangnya tidak cantik.


33 ulasan:

  1. meh datang ke blog aku. ada nasihat tentang hartanah buat ko. kih kih kih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah.

      Saya dah balik kampung lah ustaz. Ni mesti tak baca entri saya ni.

      Padam
    2. belum baca enteri sebelum tu.

      Padam
  2. hihihi... takpe, tapi kenapa masih pakai kapur ye, bukan sekarang pakai marker pen ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang di sekolah saya masih pakai papan hitam dan kapur. Tak tahulah kenapa.

      Padam
  3. Kat sekolah still guna papan hitam dan kapur ke?? Hmm.. bukan dah guna wite board dan marker??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sekolah saya masih guna papan hitam dan kapur. Mungkin sekolah yang betul-betul bandar yang menggunakan papan putih.

      Padam
  4. huk,kapur.papan itam...rindunye zaman sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Papan hitam dan kapur sememangnya banyak "mendidik" kita hingga berjaya.

      Padam
  5. Haha~ macam kitorang dulu la. Bila cikgu tanya pasal kerja sekolah, semua cakap cikgu tak bagi. Padahal sebenarnya kitorang tak buat pun. Hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, langkah terbaik saya tangkap gambar dan tunjuk kepada murid. Inilah bukti kalau lepas ni kamu cakap saya tak bagi kerja sekolah.

      Padam
  6. tau takpe cikgu. budak2 sekarang ni banyak main je

    BalasPadam
  7. adk fizi balik membebel..sebeb cikgu dia banyak bg kerja masa cuti raya...hahah:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaha... bukan saya ya, cikgunya. Alah, tak salah kalau nak berjaya buat kerja lebih sikit kan.

      Padam
  8. bagus tu Cikgu...murid-murid sekarang jangan dimanja sangat... zaman saya sekolah dulu beraya pun buat kerja sekolah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu. Mereka ni tak faham. Cuti raya dan cuti sekolah. Jadi, masa cuti raya, pergilah beraya. Masa cuti sekolah minggu berikutnya buatlah kerja sekolah.

      Padam
  9. bebudak sekarang memang kena cakap dengan bukti. Depa dok pikir logik saja..dunia tanpa sempadan, semua perkara kalau nak ditunjuk, hanya dihujung jari, sehingga tiada yg rahsia.Mereka jadikan youtube misalnya sbg "bukti" apa sahaja yang mereka buat.."complicatednya" budak2 sekarang...{ skdr pandangan )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Terima kasih pandangannya. Maklumlah zaman KSSR-eviden

      Padam
  10. masih lg pakai papan hijau kan :) teringt dulu2x blaja..rasa skolah ayut skrg ni pon dh white board jer...pasni memang takde alasan dh la budak2x ni.hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih lagi pakai papan hitam dan kapur.

      Ya, bukti telah diambil.

      Padam
  11. Kitorang dulu akan berpakat. Kalau cikgu tanya mana kerja sekolah, kami cakap, eh mana ada cikgu bagi homework. Tapi kalau cikgu dah snap gambar mcm ni, tak dapat lepas lahhh. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, satu komplot yang terancang ni. Tapi, sekarang zaman sudah canggih. Boleh guna teknologi terkini untuk dijadikan bukti.

      Padam
  12. aiza dulu skema.. kalau tak siapkan kerja sekolah mesti aiza mengaku sahaja dan bersedia untuk menerima hukuman.. alhamdulillah aiza siapkan juga sebab takut cikgu marah.. cikgu sekolah rendah aiza semuanya garang.. terima kasih kepada cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersikap jujur adalah yang lebih baik. Mengaku kesalahan bukanlah satu kebodohan. Belajar dari kesilapan.

      Oh, cikgu garang ya. Tahniahlah kepada cikgu tu, berjaya mendidik anak muridnya sampai berjaya macam Aiza.

      Padam
  13. he3..bagus juga ni =) siap ada bukti lagi..nak bijak dn berjaya kena korban sikit masa tu

    BalasPadam
  14. S.K.A,

    Awal-awal lagi saya sudah beritahu mereka yang saya ambil gambar sebagai bukti.

    BalasPadam
  15. oh keje cikgu ke. bestnye.. hey follow u back

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya mengajar di Sk Batang Kali. Terima kasih ya.

      Padam
  16. rindunya zaman sek dulu2..hee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masuk terowong masa untuk ke zaman dulu-dulu, hehehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78