Assalamualaikum.
Semakan Kenaikan Pangkat DG42 Guru Secara Online
Keputusan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29, DG32, DG34 dan DG38 yang Memperolehi Ijazah Semasa dalam Perkhidmatan untuk Dinaikkan Pangkat ke Gred DG42 Bagi Urusan Tahun 2014. Kenaikan pangkat ke Gred DG42 adalah mulai 01 Julai 2014.
PERHATIAN:
1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
4. Sebarang pertanyaan bagi tujuan penyemakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan (seperti di Jadual 1) dan diemelkan kepada pegawai-pegawai ini.
5. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah berjaya bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak status Surat Kenaikan Pangkat dengan Ketua Jabatan/ Bahagian masing-masing selepas dua (2) minggu dari Tarikh Lembaga Bersidang. Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada kami.
SENARAI PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:
Sila klik fail ini untuk senarai lengkap pegawai yang perlu dihubungi mengenai urusan semakan pemangkuan/ kenaikan pangkat.
PENGUMUMAN TAMBAHAN:
Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status.
Tahniah kepada guru-guru yang berjaya dinaikkan pangkat ke DG42.
Tahniah kpd cikgu2 yg dpt kenaikan pangkat..
BalasPadamKenapa DG42 KUP??? Bukan hakiki??
BalasPadamSaya pon tertanya2 juga....kita dpt degree mcm dg41 juga melalui sambung belajar kan....
PadamYa,agak lama juga berada pd kup sehingga ada 2 tahun atau lebih.
Padampoi,sebab di sekolah tiada jawatan untuk DG42 ni,SK DG29 dan DG 41 untuk Guru Penolong,SMK DG41 untuk Guru Penolong...bila ada jawatan baru disebut hakiki..
BalasPadamBagaimana urusan Pemangkuan dg42 kup dilantik ke dg42 hakiki..
BalasPadamBeza DG41 dgn DG42
BalasPadamDG41 -gred lantikan(bukan naik pangkat)
DG42 -gred naik pangkat/status KUP
KUP bukan hanya untuk timebased sahaja...
bilalah agaknya guru yg terlibat program pensiswazahan guru di Universiti awam yg tamat tahun 2015 akan dinaikkan pangkat DG42 tu....dengar kata ditangguhkan sbb KPM kurang peruntukkan...
BalasPadamSaya juga tidak sabar menunggu keputusan naik pangkat ni.
BalasPadamTunggu jelah
BalasPadammungkin x lama lagi
saya baru konvo Bacelor pendidikan oktober 2016..bila iklan untuk epangkat dg42 dan apa tindakan yg harus saya buat. t.kasih
BalasPadambila nk dapat dg 42 ni
BalasPadamSaya konvo dec 2015 pon masih tidak mendengar apa apa berita pasal kenaikan dg42
BalasPadamKami yg grad disember 2014 pun belum lg dpt dg42....
BalasPadamdengar khabar ada Universiti baru nak apply MQA dari pihak2 berkenaan supaya subjek yang ditawarkan diiktiraf oleh kerajaan...
BalasPadamsebab tu ramai yang sangkut...sape ada info dari mane2 bolehlah dikongsikan...sebab sape yang konvo dari IPG depa tunggu masa je naik gred...
harap kementerian pendidikan dapat buat sesuatu...banyak duit rakyat dah habis untuk tanggung yuran guru2 belajar...
aku tengok wife aku belajar dekat 19k juga keseluruhan semester yang Universiti keluarkan...tu baru sorang...kena batch dia seluruh Negara 5 ribu guru, dah berapa duit habis...
Ada tak dengar desas desus bila tarikh lantikan pemangkuan dg42 akan dikeluarkan
BalasPadampernah wife tunjuk dlm whatsup group...ada guru dari Pahang dah dapat surat tawaran mangku gred 42...surat dari putrajaya bulan 11, cikgu yang dapat surat tu dari JPN Pahang bulan 12...
BalasPadamnegeri lain tak taulah dah ada atau tak...kot "lem" tak taulah pulak...takan JPN Pahang je dapat dulu..mustahil...
telah ditarik balik surat tu...sebab MQA sangkut...naya hidup..
PadamThn ni pilihan raya lg, tgk je laa, dpt tak DG42 ni
BalasPadammaksudnya walaupun naik pangkat dg42 tp gred hakiki adakah 42 @ gred yg disandang sblm ini spt dg32 @ dg29? tq
BalasPadam