Pengikut

Jumaat, 9 Januari 2015

Kupasan Novel Destinasi Impian KOMSAS Tingkatan 1/2015

Assalamualaikum.

Biodata Penulis


Mohd Ismail bin Sarbini dilahirkan di Kampung Bukit Kapar, Klang, Selangor sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar. Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Sekolah Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Klang. Pada tahun 1979-1980, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak. Beliau mula bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis (1981 - 1985) sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar, Selangor (1985 - Jun 1989). Dari Julai 1989 - Mei 1991, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) dalam bidang Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama. Kemudian, pada Mei 1991 - Januari 2001, beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (MES) Telok Datuk, Banting, Selangor. Mulai Februari 2001, beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Banting, Selangor. Beliau meninggal dunia pada tahun 2006. 

Dalam bidang penulisan kreatif, beliau banyak memberikan tumpuan dalam genre novel dan cerpen peringkat kanak-kanak dan remaja. Antara karya beliau ialah Pulau Berukera, Berukera dari Planet Ulba, Pahlawan Pasir Salak, Mendung Semalam, Jalinan Kasih, Api yang Telah Padam dan Jalidah Hidayati Nama Untukmu.


12 Bab dalam Novel Destinasi Impian  

1. Johari Teruskan Perjalanan Ini

2. Firdaus Penyesalan Sepanjang Perjalanan

3. Azlina Keran Abang

4. Johari Antara Mereka Berdua

5. Firdaus Kesal Belum Bernoktah

6. Johari Api Itu Mesti Dipadamkan

7. Firdaus Tidak Kuduga

8. Johari Kuinjaki Destinasi Ini

9. Azlina Senja Di Pantai

10. Firdaus Usah Lupa Bumi Yang Dipijak

11. Johari Perubahan

12. Firdaus Pahit Manis Dalam Perjalanan

Sinopsis/Pendahuluan/Kupasan Ringkas Novel Destinasi Impian


Novel Destinasi Impian memaparkan isu cabaran yang mencabar dan yang dicabar. Kedua-duanya digarap dengan begitu baik oleh pengarang melalui watak Firdaus, seorang anak muda yang pantang dicabar. Watak Johari dan Azlina pula sentiasa berlegar di sekeliling konflik yang dihadapi oleh Firdaus. Cabaran untuk berbasikal ke Pantai Morib terjelma hasil perbualan antara mereka dengan datuk. Firdaus, abang kepada Azlina seorang lelaki lemah lembut, pantas terusik ego kelakiannya apabila dicabar untuk berbasikal. Firdaus mencapai kemuncak konfliknya apabila hampir-hampir lemas di laut semasa cuba menyelamatkan rakannya. Selepas insiden itu, bibit-bibit keinsafan mula tumbuh segar dalam hatinya. 

Nama-nama latar yang digunakan dalam novel ini ialah fakta sebenar seperti Masjid Sultan Sulaiman, Istana Mahkota, Kampung Jawa, Jalan Kebun dan Pantai Morib Baru. Semua latar ini terletak di negeri Selangor. Penulis menggunakan latar sebenar untuk mengaitkannya dengan cabaran yang sentiasa wujud di bumi nyata. Cabaran tidak wujud melalui angan-angan. Bukan semua orang mampu menghadapi cabaran. Yang mampu menghadapi cabaran akan berjaya. Yang gagal usahlah cepat berputus asa. terimalah cabaran dengan fikiran yang positif untuk membina ketahanan diri dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.

Semoga penerbitan buku ini akan memberikan manfaat kepada murid. Murid diharapkan dapat menjadikan cabaran sebagai satu titik tolak untuk bangun memburu kejayaan pada masa hadapan.

Sumber: Novel Komponen Sastera (KOMSAS) Destinasi Impian, Tingkatan 1, DBP 2015.

6 ulasan:

  1. Lama tak singgah sini..

    BalasPadam
  2. Saya nak pengajaran bab firdaus kesal belum bernoktah tlg

    BalasPadam
  3. maafkan saya..bolehkah anda menghuraikan lebih lagi terutamanya pada bahagian latar supaya dapat lebih keterangan.. mohon maklum..assalamualaikum..
    dari:{hamba ALLAH}

    BalasPadam
  4. saya nak contoh peristiwa tentang novel ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78