Pengikut

Jumaat, 11 April 2014

Etika Pakaian Menghadiri Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2014

Assalamualaikum. 

TAHNIAH kepada calon guru yang berjaya dan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Sebagai seorang bakal guru, calon mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan.

Oleh itu, garis panduan ini boleh dijadikan rujukan dan panduan sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan calon dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :


PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 2014

1. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a. Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.
c. Pensel 2B dan pemadam

Penampilan dan pakaian lelaki: 
a. Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt putih yang berkolar. Seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan: 
a. Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt putih lengan panjang. Seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Tudung berwarna gelap/hitam
d. Berambut kemas serta diikat rapi.

Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
a. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
a. Meniru.
b. Mengambil ujian untuk orang lain.
c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.


PERATURAN MENGHADIRI SESI TEMU DUGA GURU 

1. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.

Pakaian untuk hadiri UCKG - gambar hiasan
kredit foto dari - www.kerja.kerajaan.com


Penampilan dan pakaian lelaki:

a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

96 ulasan:

  1. ada yang kata, calon perempuan kalu boleh elakkan pakai baju yang berwarna terang / striking..betul ke?

    BalasPadam
  2. dekat surat tulis pakai baju sukan dengan track bottom . . ? yang mana satu ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau begitu, ikut panduan pada surat. Ini sekadar perkongsian sahaja semasa saya dahulu.

      Mungkin untuk UKCG kena apakai baju sukan dan track bottom sebab ada ujian kecergasan fizikal kan.

      Padam
    2. so,nanti masa nak ambil exam bertulis pon kena pakai bju sukan n track bottom la ea?

      Padam
    3. baju sukan tu wajib wane putih ke?? sbb ad org cakap mcm tu..dlm surat xde pun

      Padam
    4. Farah hani, kalau ikutkan peraturan dalam surat panggilan hanya dinyatakan baju sukan kan, jadi itulah pakaian yang harus dikenakan.

      Padam
    5. Zulkhairi, seeloknya warna putih.

      Padam
  3. lupalah zaman kak anim p ujian 24 tahun yang lalu..haha..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Dalam surat Peraturan Menduduki UKCG tu, pakaiannya mestilah t-shirt putih bagi lelaki manakala bagi perempuan t-shirt panjang juga berwarna putih. Boleh anda jelaskan? Keliru sebenarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, jika sudah dinyatakan begitu, betullah tu. Dia tidak nyatakan suruh pakai baju formal kan?

      Padam
    2. Tetamu istimewa, ya betul tu. Shaa Azmil t-shirt putih yang berkolar kalau tak silap saya.

      Padam
    3. ya btol tu .. xde kat situ yang mnyuruh pkai pakaian formal .. jadi keliru

      Padam
    4. Pakai baju sukan sajalah. Heaven and paradise bila ujiannya? Nanti boleh dapatkan pandangan yang pergi esok.

      Padam
  5. Kita kena pakai baju Tshirt warna putih sejak dari awal atau masa ujian fizikal tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada tak dinyatakan suruh pakai pakaian formal? Jika tak ada, mungkin pakai baju t-shirt tu daripada awal mungkin.

      Padam
  6. info berguna kepada mereka yang kana mneghadiri interview..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni belum temu duga Kak Kathy, baru ujian bertulis.

      Padam
    2. alamak..inilah dia kalau tak tau ni..hehehehe..

      Padam
  7. HUHU . Wahh , macam tu rupanya nak masuk ujian kelayakan calon guru ni . HUHU .

    BalasPadam
  8. sangat confius pasal pakaian ni ..pelik .. tertera di surat tawaran tu kna pkai bju tshirt dan sluar track .. maksudnya kna pakai dari awal lagi laa baju sukan tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok, jadi kena pakai tshirt dan seluar tracklah. Saya dulu tak ada ujian kecergasan fizikal tu yang pakai formal. Semoga berjaya ya.

      Padam
    2. terima kasih atas kerjasama yg diberikan

      Padam
  9. ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal berlainan waktu..dalam surat mmg tulis tshirt and track..pelik jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujian bertulis pukul berapa? Ujian Kecergasan Fizikal pukul berapa? Hari yang sama juga kan?

      Padam
    2. ujian bertulis pg dlm 8.30 pg kemudian ptg dlm jam 2.30 ad ujian kecergasan.. tu yg keliru pg tu trus pakai bju t shirt putih ke..

      Padam
    3. ye hari yg sama.. ujian bertulis pg dlm 8.30 manakala ujian kecergasan ptg dlm 2.30 ..

      Padam
    4. Kata seorang calon yang telah menghubungi IPG, jawapan yang diberikan pakai baju sukan tu dari awal.

      Padam
  10. Nmpk nya kena pkai pkaian sukan sejak dri awal lgi la ni kn? Xperlu la pkaian formal . Okeh . Terima kasih info nya :)

    BalasPadam
  11. info yang bagus cikgu Helmi, adik ipar saya juga bakal menduduki ujian ini:) sama-sama kita doakan kejayaan dia ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini sekadar perkongsian CM. Ada calon yang cakap kena pakai tshirt. Jadi ikut pada suratlah ya.

      Padam
  12. Keren bisa jadi orang-orang seperti itu :D

    BalasPadam
  13. smoga berjaya bagi mereka yg bakal menjalani ujian kelayakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga berjaya dan dapat lulus untuk temu duga pula nanti.

      Padam
  14. Saya dah call pihak ipg , memang kene pakai pakaian sukan dr awal. sesi menulis pun kene pakai pakaian sukan

    BalasPadam
  15. ingatkan mase ujian bertulis kene pkai formal dan bila ujian fizikal kene pkai bju sukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, adik Faiz pakailah baju sukan ya. Semoga berjaya.

      Padam
  16. Pakaian untuk menghadiri Ujian Bertulis dan Ujian fizikal berlainan kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama saja. Kata salah seorang calon yang telah menghubungi IPG, pakai baju tshirt putih dan seluar track.

      Padam
  17. so,nanti masa nak ambil exam bertulis tu kena pakai baju sukan n seluar track bottom la ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada dinyatakan suruh pakai baju formal kan? Jadi, rasanya pakai baju sukan tu saja.

      Padam
  18. salam. nak tanya ujian bertulis tu macam mana ye cikgu?. saya bakal hadiri temuduga esok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk juga beberapa entri saya pasal UKCG dalam blog ni. Kalau nak mudah taip di kotak carian mudah di sebelah kanan berkaitan UKCG. Harap membantu.

      Padam
  19. exam bertulis pakai baju formal. kemudian tukar pakai baju sukan untuk ujian kecergasan..

    BalasPadam
  20. Ambil exam kena pakai baju formal dan kemudian tukar pakai baju sukan. bukan ke jarak waktu antara ujian bertulis tu dengan ujian kecergasan itu lama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas respon yang diberikan. Namun, kata calon UKCG tidak dinyatakan untuk pakaian formal. Dalam surat panggilan hanya diminta memakai tshirt dan seluar track.

      Padam
  21. Balasan
    1. Ikut pakaian yang dinyatakan dalam surat panggilan. Tidak mengapa, bila afendi pergi ujian ni? Nanti esok jika ada yang berkongsi tentang pakaianya akan saya maklumkan di blog ini ya. Semoga berjaya.

      Padam
  22. dalam ujian bertulis tu ada dinyatakan bahagian A dan B..masa 45 minit. jadi mcmana tu.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedua-dua bahagian 45 minit ya? Barangkali ada pembahagian masa dan bentuk soalannya tu. Usahlah risau, buatlah persediaan yang rapi dan terbaik. Semoga berjaya.

      Padam
  23. Sye akn ambik ujian hri nie.di kmpus ilmu khas..kuala lumpur...ujian brtulis kul 12 dn kecergasan kul 2.30

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga berjaya. Nanti bolehlah berkongsi pengalamannya ya.

      Padam
  24. maklumat lengkap ni
    harap berguna pada yang terlibat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkongsi sekadar ada. Jika ada maklumat lain, boleh juga dijadikan sumber rujukan.

      Padam
  25. Saye mndpt bahasa asarb. Dan bahasa arab kene interview. So nnt kne tukar pakaian formal ke? sbb mase ujiwn bertulis nnt pakai pakaian sukan. Cm mne tuh? Dan fizikal saya pada jam 12.30 tgah hari. Bertulis pada jam 8 pagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, untuk UKCG ni ada juga temu duga ya? Setahu saya ujian bertulis sahaja. Masa sesi temu duga nanti baru ada sesi penyoalan.

      Padam
  26. Saya sangat suka cikgu terbitkan artikel2 maklumat sebegini dari drama online tu... Lihat, ianya sangat berguna dan menjadi rujukan ramai... Teruskan memberi ilmu, itulah cikgu sebenarnya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, saya akan terus berkongsi maklumat tentang dunia pendidikan di blog ini sedaya ada BM. Terima kasih atas sokongan.

      Padam
  27. Saya juge akn mnduduki ujian ni. Tp asyik pkir prkara yg remeh je. Urmm. Kalo pake stokin itam x bole ke? Sbb kat surat tlis pake stokin putih. Stokin putih mmg x de. Nak kne beli lg. Tkut ni sbb pg nnti ujian nye. X bole tido ni. Hehe. Kat Surat ade tlis Kalo x ikut prturan yg dttpkan. X dbnrkan amek ujian. Bole ke x?? Hurm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, berfikirlah positif. Jika boleh pakai apa yang dinyatakan. Semoga berjaya.

      Padam
  28. Dari etika pemakaian tu pun nampak sopannya & berwawasan.. semoga berjaya kpd semua calon2 yg menghadirinya nanti... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakaian ini juga merupakan identiti profesion perguruan.

      Padam
  29. Saya mendapat tahu pelajar boleh memakai pakaian baju formal semasa ujian bertulis. Dan tiada salahnya. Semasa ujian fizikal. Pelajar boleh menukar pakaain sukan.

    BalasPadam
  30. assalamualaikum, sekadar berkongsi pengalaman pada 14/4/2014
    saya baru je lps hadir ke ukcg di pahang. dari segi pakain, pakai je terus baju putih. sebab lepas dah habis ujian bertulis dia akan terus continue ke ujian kecergasan. :) semoga dapat membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian ini. Bolehkah saya tahu bagaimanapula bentuk soalan Bahagian A dan Bahagian B?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. macam biasa 45 minit sahaja untuk ujian bertulis.

      ujian kecergsan fizikal.
      *nak senang pastikan bawak air. nanti letih.
      -BMI
      -BANGKIT TUBI (5 STEP)
      -KILAS
      -LOMPAT KUADRAN
      -BEEP TEST (kena kumpul banyak stamina)

      Padam
    4. soalan2 ujian bertulis kebanyakkan nya bertanya tentang diri kita sendiri sebagai seorang guru.
      A (135 soalan)
      B (60 soalan)

      Padam
    5. Terima kasih atas perkongsian ini ain'syaa. Semoga berjaya ya.

      Padam
    6. Exuse me,tanya...Perempuan pakai T-shirt putih lengan panjang kan?T-shirt tu nak berkolar tak?

      Padam
    7. Ya, jika bukan Melayu rasanya berkolar. Melayu tak berkolar pun tidak mengapa sebab pakai tudung kan.

      Boleh juga dapatkan respons daripada calon yang telah menghadiri UKCG.

      Padam
    8. okok~Saya org cina...sentiasa org cina pakai formal punye baju macam mana ye?Formal shirt lengan panjang dan dress hitam panjang ke?boleh pakai seluar hitam panjang ke?shirt lengan panjang mesti nak putih ke?saya hanya ada shirt panjang berwarna dan seluar hitam ><

      Padam
    9. Ya, untuk UKCG pakaian tshirt putih kan. Jadi pakai tshirt putih dan seluar hitam panjang. Warna lain saya tidak berani jawab pula.

      Padam
  31. beep test mcm mna yerr???....hurmm klau xdak kasut sukan...bleh x pkai kasut skolah wrna hitamnya tuu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk entri ni: http://mieadham86.blogspot.com/2014/04/5-check-point-ujian-kecergasan-fizikal.html

      Padam
  32. Hello, if tiada tshirt lengan panjang....blh tak pkai Tshirt putih dgn sarung lengan?

    BalasPadam
  33. Bleh x klau pakai kasut sekolah hitam tu?kasut sukan xdak

    BalasPadam
  34. boleh tak pakai seluar slack dan kemeja berlengan panjang ke temu duga nanti?

    BalasPadam
  35. assalamualaikum . untuk temuduga boleh tak pakai baju kurung kain cotton berwarna merah tapi tak lah terang.. merah pudar ..

    BalasPadam
  36. assalamualaikum .. utk pakaian ketika temuduga .. boleh tak pakai baju kurung kain cotton .. n boleh tak pakai bju kosong tanpa corak .. adakah ia sangat simple?

    BalasPadam
  37. Baju tshirt putik berkolar lelaki tue perlu plain or apa?..bercorak or berstyle takpe ker?

    BalasPadam
  38. 2019 April, 2.

    Terima kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78