Pengikut

Selasa, 3 September 2013

Murid Cina dalam Mempelajari Bahasa Melayu

Assalamualaikum semua. Harap-harap semua sihat ya. 
Untuk entri hari ini saya hendak berkongsi dengan kalian semua tentang gangguan bahasa ibunda dalam mempelajari bahasa Melayu. Sewaktu mengikuti kursus perguruan satu ketika dulu, kami dikehendaki membuat tinjaun ataupun kajian ringkas tentang masalah ini. Jadi, mari sama-sama kita perhatikan apakah yang menghalang murid Cina dalam mempelajari bahasa Melayu. 


Bahasa berperanan penting dalam kehidupan manusia. Manusia menggunakan bahasa untuk pelbagai tujuan, seperti untuk perhubungan, berkomunikasi, menyatakan pendapat, mendapatkan maklumat, meluahkan perasaan dan berhibur.
Untuk tujuan tersebut, manusia menggunakan sama ada bahasa ibunda ataupun bahasa kedua sebagai perantaranya. Bahasa ibunda merupakan bahasa pertama yang diperoleh sejak lahir, manakala bahasa kedua diperoleh melalui pembelajaran. Setiap manusia akan memperoleh bahasa pertamanya dahulu sebelum mempelajari bahasa kedua.
Kanak-kanak yang normal akan memperoleh bahasa pertamanya dalam jangka waktu umur antara dua hingga enam tahun. Pemerolehan bahasa tetap berlaku walaupun bahasa yang didengar oleh kanak-kanak tidak gramatis atau mengandungi kesalahan struktur dan kosa kata.
Konsep bahasa kedua sudah jelas iaitu untuk memperolehi bahasa kedua perlu dipelajari dan kanak-kanak tidak membentuk konsep-konsep yang baru kecuali konsep itu di luar budaya. Oleh itu, satu tinjauan yang dibuat di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) jelas menunjukkan murid-murid ini mengalami gangguan-gangguan bahasa yang pernah dibincangkan. Aspek-aspek yang mengganggu penguasaan bahasa sasaran (kedua) ialah fonologi, morfologi-sintaksis dan semantik.

Fonologi merupakan aspek atau bidang kajian yang berkaitan fonem dan bunyi dalam bahasa Melayu. Setelah diperhatikan, murid-murid di SJKC mengalami kesukaran untuk menyebut fonem /r/. Hal ini berlaku kerana dalam bahasa ibunda mereka tidak memiliki fonem tersebut. Apabila mereka menyebut sudah tentu akan berlaku kesalahan dan ketidaktepatan. Seperti dalam perkataan ‘lori’ akan disebut ‘loli’‘roti’ akan disebut ‘loti’‘raja’ akan disebut ‘laja’. Begitu juga fonem /z/. Murid-murid Cina sukar untuk menyebut fonem /z/‘zip’ akan disebut ‘jip’‘zaman’ disebut ‘jaman’.

Sumber: Gangguan Bahasa Ibunda, Dewan Bahasa Oktober 2011-Mohd Helmi Ahmad


35 ulasan:

  1. Kadang syok gak dngar depa cakap pelat2 ni..hehehe..kawan zara byakla macam ni..klu bercakap bolehla cakap mcm tu..tpi dlm pelajaran kna betul2la kn..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya dalam percakapan mereka mengalamai masalah sikit. Dalam penulisan kalau tak dikawal mungkin akan terikut.

      Padam
  2. Ni rencana cikgu yer? Nice sharing.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni antara petikan rencana saya. Pernah tersiar di Dewan Bahasa. Kalau nak baca boleh cari majalah tu. Tapi dah lama la.

      Padam
  3. assalamualaikum cikgu! hee. berdasarkan pengalaman saya, kanak-kanak pun dia terdedah ngan sebutan camtu. LOTI la kebanyakannya. *selamat memperjuangkan bahasa Melayu k!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam.

      Selalaunya kanak-kanak akan terikut dengan percakaapn orang dewasa. Jadi, sewaktu kanak-kanaklah kita mengajarnya dengan sebutan yang betul.

      Padam
  4. murid cina suka berusaha sbb tu dia depat pandai bhasa melayu.Orang melayu plk cepat bosan..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya kita berasa kagum dengan orang Cina kerana mereka boleh berbahasa Cina, Melayu dan Inggeris. Berbanding orang Melayu hanya boleh berbahasa Melayu dan Inggeris. Jadi, kita harus martabatkan bahasa kita sebaiknya.

      Padam
  5. ye..selalu dengar orang2 cina sebut macam tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Tapi, kalau mereka ini selalu bergaul dengan orang Melayu rasanya tidak ada masalah.

      Padam
  6. contoh lain.. Selamat Hali Laya.. :) .

    salam perkenalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya itulah yang kita dengar.

      Salam perkenalan.

      Padam
  7. betul tu.. kawan-kawan berbangsa cina semasa aiza belajar dulu memanggil aiza dengan nama 'ajijah', sedangkan nama sebenar aiza 'azizah'.. namun aiza merasa kagum dengan kaum cina di sesetengah negeri yang fasih bercakap dalam loghat negeri berkenaan, misalnya di negeri kedah, kelantan dan terengganu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hal ini demikian, untuk belajar bahasa kita haruslah bergaul dengan kelompok sosialnya. Tidak cukup sekadar belajar sistem dan tatabahasanya tanpa praktikalnya.

      Padam
  8. kalau gangguan di kalangan pelajar melayu pula bagaimana?jujur, saya rimas dengan penggunaan bahasa singkatan di kalangan remaja..duit jadi wet..orang jadi owg..itu jadi itewww..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah terang lagi bersuluh, gangguan yang dihadapi oleh pelajar Melayu antaranya ialah bahasa rojak dan slanga.

      Padam
  9. Macam mana pula dengan pelajar yang pelat dan autisme? Sekadar ingin tahu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan saya pernah buat kajian tentang autisme.

      Pelat dan autisme itu tidaklah kita boleh buat apa-apa. Bolehlah rujuk pada orang yang lebih pakar dalam bidang ini.

      Padam
  10. Telo sesuatu bangsa dan kaum amat mempengaruhi sebutan. Bukan orang Cina sahaja yg mengalami permasalah sebegini. Adakah masalah begini akan mempengaruhi pemarkahan mereka dalam ujian lisan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya guru akan dapat kesan masalah ini pada muridnya. Jadi, tidak akan mempengaruhi apa-apa pemarkahan kerana bukan dia buat-buat. Dah memang semula jadi.

      Padam
  11. sampai skrg kwn2 chinese susah nk sebut nama..
    amanina jd amania. hadoii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ini masalah apa pula ya. Sepatutnya tak ada masalah kalau dia nak sebut nama amanina ni.

      Padam
  12. Dr,bahasa..heheh..mmg habat pelajari bahasa asing nie..fizi pun ada belajr bahasa thai..

    kalau kat terengganu..bangsa cina kat kampung fizi rata2 fasih dengan loghat ganu..mmg hebat dyeorang..x der sleng cina lansung..sebijik cam orang ganu..

    bila baca entri ini..dpat juga pelajari serba sedikit ilmu:) TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, mesti boleh berbahasa Thai kan?

      Kalau orang Cina yang bergaul dengan masyarakat Melayu mereka tiada masalah dalam perbualan.

      Sama-sama. Berkongsi apa yang tahu.

      Padam
  13. tapi macam mana pula kalau kaum cina ni berbahasa bi?? rasanya ada je yang ok..tapi betul la, ramai kaum cina yang tak dapat sebut "R" kalau orang Indonesia pula susah nak sebut "F". Kadang-kadang bila dengar je, dah macam pelat pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka ni ada yang memang fasih dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

      oh, ya ka. Terima kasih berkongsi ilmu dengans aya ya.

      Padam
  14. lama-lama berlatih nanti boleh juga ubah kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah selalu disebut, Insya-Allah akan boleh juga.

      Padam
  15. lama2 nanti oklah tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah. Tetapi harus berusaha untuk memperbaikinya.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78