Sementara segmen Pencarian Bloglist Tetamu Istimewa tamat, apa kata kalian semua baca cerpen ini dulu. Cerpen ini pernah disiarkan di majalah Mingguan Wanita, 29 Jun -5 Julai 2012. Cerpen ini betul-betul meningalkan kesan emosi kepada saya. Tidak tahulah bagaimana pula pendapat kalian.
Namun begitu, saya akan membahagikan cerpen ini kepada dua bahagian. Bahagian pertama yang kalian baca ini. Bahagian kedua, saya akan paparkan selepas segmen Pencarian Bloglist Tetamu Istimewa ini tamat. Maknanya, esok malam.
Barangkali kalian boleh menerka apa yang terjadi kepada Pinah dan Aisyah. Harap-harap tekaan kalian mengena.
RAHSIAKU KINI MILIKMU
Oleh: Mohd Helmi Ahmad
"P
|
inah tidak
berapa suka abang selalu bawa balik anak murid abang itu ke rumah kita.” Luah
isterinya pada suatu ketika.
“Anak murid?
Anak murid yang mana?”
“Itulah
sampaikan banyak sangat anak murid yang diusungnya. Kalau boleh semua hendak
dibawa baliknya hendak diajarnya. Sampai seorang pun tidak boleh diingat. Itu
yang namanya Aisyah.”
“Kenapa?”
soal Azlan yang masih lemas dalam alun kehairanan.
“Bukankah
dia seorang perempuan?”
“Habis awak
cemburu?”
“Bukan
cemburu. Sepatutnya abang faham batas seorang muhrim dengan bukan muhrim.”
Azlan ketawa
kecil. Cemburu isterinya itu di luar jangkaannya. Bukankah Aisyah itu belum
cukup umur. Mengapa perlu wujud sembilu kecemburuan itu? Masihkah Pinah belum
yakin dengan pagar iman suaminya selama dia menjadi isterinya. Jika benar Azlan
berasa amat kecewa. Malah dia juga berasa kesal kerana gagal menjadi suami yang
baik.
“Itu sudah
menjadi tunjang yang tertanam kukuh dalam dada iman saya. Seawal remaja lagi
ibu bapa saya tidak pernah lupa mengingatkan saya supaya menjaga batas seorang
muhrim dengan bukan muhrim. Namun saya selaku seorang guru perlu membantunya.”
Ayat terakhir yang diucapkan Azlan itulah yang membuatkan Pinah kurang senang.
Seharusnya Azlan tidak boleh menjadikan lesan selaku seorang guru untuk
membolehkannya dia mengusung sesiapa sahaja anak muridnya.
“Tidak ada
guru lainkah di sekolah abang?”
“Ada, tetapi
tidakkan sama apa yang saya berikan dengan apa yang diberikan guru lain.” Argh
bertambah retak juring kecemburuannya itu tatkala setiap persoalan yang
dilontarkannya ada sahaja yang disambut oleh Azlan dengan tenang. Sedikitpun tidak
mencampakkannya ke gaung serba salah. Pinah cuba mendesak lagi dengan
soalan-soalan yang bukan-bukan pada perkiraan Azlan.
“Jadi abang
sudah jatuh hati dengannya?” telah Pinah yang tidak terkawal lagi perasaannya
itu.
“Kalau saya
cakap saya sudah jatuh hati dengannya apa awak nak cakap?” Setelah menyambar
umpanan pertanyaan Pinah, Azlan menunggu sahaja reaksi isterinya itu. Bertambah
radangkah dia? Tunggang terbalikkah dia?
“Abang jatuh
hati dengan anak murid sendiri? Tidakkah nanti menjatuhkan maruah abang
sendiri?” Pinah mengertak suaminya itu.
“Maruah
lelaki tidak pernah jatuh sekiranya apa yang dilakukan itu semata-mata untuk
menjaga maruah seorang perempuan. Awak selaku pendidik sudah tentu memahaminya.
Mahukah saya menjelaskan lagi Hadis riwayat Ibn Hibban. “Sesiapa yang mengahwini seseorang perempuan semata-mata kerana
kemuliaanya, Allah tidak memberinya apa-apa pertambahan kecuali kehinaan.
Sesiapa yang mengahwininya kerana harta, Allah tidak akan menambahkan kepadanya
kecuali kemiskinan. Sesiapa yang mengahwininya kerana kedudukannya Allah tidak
akan menambahkan kepadanya kecuali kehinaan. Tetapi barangsiapa yang mengahwini
perempuan bukan tujuan yang lain melainkan untuk mengawal dan menjaga pandangan
atau penglihatannya dan menjaga kehormatannya atau dengan tujuan menghubungkan
silaturrahim Allah akan memberkati kedua-dua lelaki dan perempuan.”
Pinah meluru
masuk ke dalam bilik tanpa mencicirkan sebarang kata. Sebaliknya tazkirah
ringkas suaminya itu sangat mengguris hati perempuannya. Entah apa yang
bermain-main difikiran suaminya sehinggakan tergamak meluahkan segala-galanya
itu kepadanya dia pun kurang pasti. Tidak cukupkah segala layanan yang
diberikannya selama ini? Segala makan minum diuruskannya dengan sempurna. Kasih
sayangnya pada Azlan tidak pernah kurang. Khabarkan kepadanya apa lagi yang
perlu dilakukannya untuk memuaskan hati Azlan. Dia tidak rela kehilangan Azlan.
“Memang
susah nak cari cikgu yang macam suami kau.” Usul Badariah ketika Pinah baru
berkira-kira hendak menyuap nasi lemak ke dalam mulut.
“Cikgu
penyanyanglah katakan,” sambung Badariah lagi.
Mati selera
Pinah untuk menjamah nasi lemak hingga habis. Sebaliknya mendengar omelan
Badariah itu pelahan-lahan telah membakar sekam hatinya.
“Eh, aku
tengok suami kau hari-hari datang jemput dan hantar Aisyah di rumahnya!”
Badariah semakin berani melaporkan segala tindak-tanduk Azlan.
“Betulkah?” ringkas
sahaja Pinah memberi respon.
“Aku tahulah
aku tinggal berjiran dengan rumah Aisyah.”
“Petang semalam
Aisyah pengsan di sekolah. Kebetulan minggu ini suami aku bertugas. Jadi dia
bawa Aisyah ke klinik. Selepas itu terus hantar Aisyah balik.” Pinah sedaya
boleh menyelindung perasaan geramnya itu dari tersembur keluar. Walaupun rumah
tangganya goyah sejak akhir-akhir ini. Namun itulah yang diceritakan Azlan
kepadanya. Tidak pastilah sejauh mana Azlan bersikap jujur. Jika Azlan
menipunya maka dia juga menipu Badariah.
Kereta Waja
menapak masuk ke halaman rumah. Pinah keluar dari perut kereta dengan tergesa-gesa.
Kemudian dia masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam. Ketika itu Azlan sedang
menonton televisyen.
“Kalau iya
pun kita belum ada anak janganlah sampai abang berpaling tadah terhadap saya,” sindir
Pinah yang belum lagi meletakkan punggungnya ke sofa.
“Saya tahu
saya yang bersalah. Saya belum mampu memberi kegembiraan kepada abang. Tentu abang
sudah bosan hidup tanpa gelak tawa anak-anak, bukan?” Segala kekesalannya
dihenyak di hadapan Azlan pada waktu itu juga. Dia tidak tertahan lagi. Apalagi
setelah mendengar cerita yang bukan-bukan daripada Badariah.
Dahulu Azlan
berjanji akan sehidup semati dengannya. Akan menjaganya hingga ke akhir hayat.
Tidak kiralah mereka dikurniakan cahaya mata ataupun tidak cintanya padanya
tidak pernah sirna bak mentari di siang hari.
“Astaghfirullah
al azim. Kenapa sampai ke situ pula? Saya tidak pernah menggungkit apa-apa
pun.” Azlan menghela nafas panjang. Tuduhan Pinah yang dia tidak jujur dan
sayang kepadanya tidak betul sama sekali.
“Anak itu
adalah anugerah Allah. Itu bukan kerja kita. Lambat atau cepat saja. Maka kita
jangalah berputus asa untuk memohon doa kepada-Nya.” Azlan cuba menjernihkan
keadaan. Dia tahu Pinah dalam keadaan tertekan sekarang ini. Segala khabar
angin dan hasutan daripada pihak luar boleh memesongkan imannya.
Azlan
memasukkan beg dan buku-buku latihan murid di bahagian belakang kereta. Dia berkira-kira
mahu pulang ke rumah. Hari ini dia berjanji dengan Pinah untuk makan tengah
hari bersama-sama walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang. Semasa dia
kalut memasukkan segala barang-barangnya itu ada suara halus yang menyapanya
dari belakang.
“Cikgu.”
“Aisyah. Ada
apa ni? Nak cikgu hantarkan ke?” pelawa Azlan. Semua orang tahu yang rumah
Aisyah dari sekolah tidak kurang jauhnya. Setiap hari jika dia tidak berbasikal
Aisyah akan berjalan kaki. Begitu bersemangat Aisyah untuk menuntut ilmu.
“Maafkan
saya cikgu. Mulai hari ini cikgu tidak perlulah ambil berat tentang saya lagi.
Saya tidak mahu kerana saya cikgu dengan isteri cikgu bergaduh.” Mulanya Aisyah
tidak sampai hati untuk meluahkan itu semua. Andai itu caranya untuk
menyelesaikan dan menyelamatkan rumah tangga cikgunya itu dia sanggup melakukan
apa sahaja.
“Kenapa ni
Aisyah? Isteri saya ada datang jumpa kamu?”
Aisyah diam.
Lalu dia gesa-gesa menggalas beg keluar dari pintu pagar sekolah. Ditinggalkan
reba keliru di cepu minda cikgunya itu.
Azlan tidak
mahu menanyakan hal di sekolah petang tadi dengan isterinya. Dia mahu melihat
dahulu gerak geri isterinya. Sekiranya isterinya itu bertindak lebih daripada
itu lagi tahulah apa yang hendak dilakukannya nanti.
Aisyah
sememangnya seorang murid yang berpotensi untuk berjaya dalam pelajaran. Dia
bukan sahaja pandai malah memiliki peribadi yang baik serta akhak yang terpuji.
Seharusnya dia menjadi contoh teladan kepada murid-murid lain. Kesusahan bukan
halangan untuk menjadi pandai. Semuanya bertitik-tolak kepada kemahuan dan
keyakinan diri. Berusahalah dahulu sebelum bertawakal kepada Allah SWT. Itu
lebih adil sebelum menyerah.
“Kenapa Aisyah
mana buku kamu?”
“Maaf cikgu,
saya tertinggal di rumah.”
Namun
setelah berhari-hari Aisyah memberi jawapan yang sama bahawa dia tertinggal
buku di rumah barulah Azlan tahu yang dia tidak mampu untuk membeli buku
latihan. Maka atas belas kasihan seorang guru yang mahu melihat anak muridnya
berjaya dengan tidak tertinggal dalam pelajaran dia pun membeli buku latihan
kepada Aisyah. Sebaliknya tindakan itu tidak disenangi oleh orang-orang
sekelilingnya termasuk isterinya sendiri.
Pinah tidak
berhenti setakat itu sahaja. Kemarahannya semakin meluak-luak. Ketika Azlan
ralit membaca surat khabar Pinah masuk dan melontarkan kemarahannya itu.
“Abang sudah
melampau. Jangan ingat saya berdiam diri selama ini saya setuju dengan apa yang
abang telah buat. Cukuplah bang cukup. Mula-mula pikat anaknya. Lepas itu nak
cuba ibunya pula. Barulah saya tahu tujuan abang rapat dengan Aisyah.
Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Awak sudah jatuh hati dengan ibunya,
bukan?” Pinah menyembung bagai ibu ayam yang disergah musang yang hendak
menyambar anaknya. Ciri-ciri wanita muslimah yang pernah dia kenal dulu sudah
hilang tiba-tiba angkara semalu cemburu itu.
“Jadi
sekarang awak sudah tahu yang Aisyah ada ibu? Daripada siapa awak tahu? Cikgu
Badariah bukan? Cikgu Badariah yang menjadi kawan baik awak itu. Cikgu Badariah
jugalah yang tinggal berjiran dengan Aisyah, bukan? Pernahkah awak tanya Cikgu
Badariah pernahkah dia jenguk rumah buruk Aisyah itu? Makan ke tidak mereka?
Sakit ke sihat ke? Yang dia tahu jaga tepi kain orang mengumpat sana mengumpat
sini. Itulah awak lain kali nak pilih kawan pilihlah yang betul-betul baik.”
Bersambung...
mulanye aneh jugak..knp cemburu dgn budak y belum cukup umur..rupany2 cemburu kn si ibu..hee..
BalasPadamxtaw la eak..apa smbgnnya. mgkn nnti pinah amek aisyah jadi anak angkat dia..hee.
Jemput baca kisah seterusnya.
Padameer rase aisyah sebanarnye ade ibu yang tak sihat. Pinah ambil aisyah jadi anak angkat. kemungkinan kot..
BalasPadamWah, hebat tekaannya. Jom baca kisah seterusnya.
Padampatutlah isterinya cemburu sangat.. apakah ending cerpen ini?
BalasPadamJangan ketinggalan untuk mengikuti kisah seterusnya.
Padamteringin nak baca sambungannya nanti, bagi saya teruk sangat cemburu isteri dia tu, kalau cikgu Azlan tak sabar, boleh cerai berai jawabnya, mungkin selepas cikgu Azlan bagitahu macam tu, isteri dia selidik sendiri keadaan Aisyah..mungkin isteri dia berubah dan ntah-ntah buat sebagai anak angkat nanti
BalasPadamKebanyakannya yang menerka isteri Azlan mengambil Aishah sebagai anak angkat. Mungkin kisah saya ni terlalu klise kot. Jom baca sendiri kisahnya ya.
PadamCemburu itu tandanya sayang, cemburu juga boleh buat hati melayang..kenalah sabau tunggu kesudahannya..kohhh ")
BalasPadamHehehehe... jangan lupa baca kisah seterusnya.
Padamtak sabar pula tunggu sambungannya
BalasPadamKalau dah tak sabar, jangan lupa baca nanti ya.
Padamalah..nak tahu cerita seterusnya..bila nak sambung cikgu..hehehe..kadang2 cemburu perempuan ni pelik jugk..tpi klu tak ada perasaan tu..tak adala asam garam dalam umh tanggakn..=D
BalasPadamMalam. Betul tu, asam garam kehidupan yang membuatkan kita matang dalam ujian dan cabaran.
Padam