Assalamualaikum semua dan selamat pagi.
Memandangkan hari ini hari minggu, lebih baiklah saya menulis entri yang santai-santai saja.
Jadi, hayatilah sebuah puisi yang telah lama saya tulis ini.
ATAS KEMAHUAN DAN KERELAAN
Sudah ditiadakan kaca dan duri
Sudah ditiadakan api dan gelombang
Sudah ditiadakan panas dan kering
Sudah ditiadakan jeritan dan tangisan
Sudah ditiadakan kecewa dan kehampaan
Semuanya manis-manis di alam percintaan
Semuanya enak-enak di alam perkasihan
Mampukah
cinta diuji
cinta
diadili
cinta
diragui
cinta
dirasai
cinta
dimengerti
cinta
diyakini
cinta
disambut dan ditatang?
kerana itu mahuku dan relamu.
Akan datang
Tiada lagi tangisan bayi yang memilukan
Tiada lagi gadis sunti kesirnaan warna dan
wangi
Tiada lagi teruna hilang pertimbangan
Tiada lagi teruna runsing tidak keruan
Semuanya atas kemahuan dan kerelaan.
Mohd Helmi Ahmad
Alor Setar, Kedah
4 Februari 2010
puitisnya...bagus sekali
BalasPadamTerima kasih. Moga menghayatinya.
PadamNice sharing cikgu.. :-)Hebat ya puisi ni..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca ya. Puisi lama ni, tahun 2010.
Padam..bhs puisi,mmg ssh utk sy faham maksud yg tersirat ..:P
BalasPadamPerlahan-lahan baca, pasti boleh memahaminya.
Padamnice cikgu :)
BalasPadamTerima kasih Akmal yang sudi membaca.
Padammendalam sekali maksudnya.. :D
BalasPadamHayatilah dengan jiwa yang suci dan tenang.
Padamsungguh dalam maksudnya...kekadang perlukan 3 atau 4 kali baca utk fizi fahami maksud yang tersirat..nice sharing bro :)
BalasPadamSebaik-baik pembacaan apabila dia mampu memahami apa-apa yang dibaca, biarpun berulang kali.
Padammmg santai cuti2 ni..
BalasPadamSantai sambil mengisi jiwa.
Padamtak hantar kat utusan ke :)
BalasPadamTak pun. Rasanya tak layak kot.
Padamada maksud yg mendalam di situ..semua dengan kemahuan dan kerelaan..=D
BalasPadamKalau dah setuju atas kemahuan dan kerelaan, akibatnya tanggung sendiri.
Padamdalam maknanya
BalasPadamSama-samalah kita fikirkan.
PadamTerima kasih cik akak.
BalasPadamKita ni memang fail part-part puisi ni..tapi bila baca rasanya macam dalam aje maksud dia..hmmm
BalasPadamOh, boleh cuba baca banyak kali lagi. Mesti dapat faham.
Padammendalam maksudnya =) bagus untuk budak-budak remaja hayati puisi ni..ujian bercinta, kalau silap sikit, pasti nafsu menguasai diri..
BalasPadamTepat sekali Fais.
Padamcantik ayat2 nyer..suka...
BalasPadamTerima Kak Kathy sudi membaca dan menghayatinya.
Padammemang berbakat orang nyee :D
BalasPadamBakat kurniaan-Nya juga.
Padamvery nice one, tq share yer
BalasPadamTerima kasih kepada KA yang sudi baca.
PadamAssalamualaikum, indah sungguh bicaranya dan mendalam sekali maknanya. Insyaallah pasti smuanya akan membaik dari mas ke semasa, amin.
BalasPadamWaalaikumusalam mustika pena. Terima kasih sudi singgah di sini.
PadamAlhamdulillah, moga puisi ini mampu membuatkan kita semua berfikir.