Pengikut

Selasa, 24 September 2013

Jangan Fikir Aku Saja Gila, Kau Pun Juga Gila

Assalamualaikum semua. Selamat petang.

 (sekadar gambar hiasan)

Pernahkah terlintas di fikiran kalian, bahawa yang suka bercakap seorang diri itu gila? Selalunya, tanggapan ini seperti sudah tercetak kemas dalam fikiran masyarakat kita.

Namun begitu, percayakah kalian bahawa orang yang selalu bercakap seorang diri sangat kreatif orangnya.

Dan, orang gila tidak akan pernah mengaku yang dirinya gila. Maka, kita tukar pandangan kita bahawa tidak semua orang yang bercakap seorang diri itu gila.

Hal ini demikian, dalam penulisan karya kreatif terdapat beberapa bentuk komunikasi yang boleh dirujuk untuk menjelaskan hal ini.


                                                             Pertamanya konsep dialog.

Keduanya monolog luaran.

Ketiganya monolog dalaman.

Orang yang bercakap seorang diri tanpa mengeluarkan suara, dipanggil monolog dalaman. Orang yang bercakap seorang diri dengan mengeluarkan suara, dipanggil monolog luaran.

Dan, manusia yang paling banyak di dunia ini ialah manusia yang menggunakan dialog untuk bersuara hinggakan apabila manusia itu terlebih bercakap di khalayak ramai tidak pula kita menganggapkan bahawa dia itu "gila bercakap".


28 ulasan:

  1. hihih.. betul jugak eh cikgu.. terlebih bercakap... haha

    BalasPadam
  2. monolog dalaman dan luaran.. sek. menengan dulu cikgu pernah ajar.. :)

    BalasPadam
  3. Bercakap hanya bila perlu dan berfikir sebelum berkata-kata. Tapi zaman ini orang sudah mula kurang komunikasi secara dialog...lebih kepada text...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu BM, kena fikir dulu sebelum bercakap.

      Ada masa perlu guna komunikasi lisan, adakala kena guna tulisan untuk menyatakan sesuatu.

      Padam
  4. singgah...suka baca entri-entri cikgu

    BalasPadam
  5. menarik, teringatkan diri sendiri yg selalu ditegur sbb bercakap sorang diri.

    BalasPadam
  6. saya selalu cakap sendirian ... apa yg ada dlm minda ttg sesuatu , maka saya keluarkan ... saya adalah kaunseler pd diri sendiri ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah, sebaiknya kita mampu memotivasikan diri sendiri. Tahniah!

      Padam
  7. hihihi..zara pun tiba2 ckp sendiri gak..saje tanya diri sendiri..nak masak apa..lepas ni nak buat apa ye..haa..mcm tu lah..contoh-contohnya..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa betul la tu. Kalau bersuara monolog luaran, tak bersuara monolog dalaman.

      Padam
  8. hehehehe..semua serba gila..

    BalasPadam
  9. baru aiza tahu menganai monolog dalaman dan luaran tu..

    BalasPadam
  10. Hari2 bercakap sorang diri,gelak sorang diri,menangis sorang diri bila buat monolog dalaman,. haih!!,. :D

    BalasPadam
  11. menarik =) rasanya pernah belajar pasal ni..nk cikgu buat 1 entri boleh?? tentang penggunaan "di" contoh di mana..saya rasa tak faham sangat penggunaan "di" ni secara dekat dan jauh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78