Assalamualaikum semua.
Lambat lagi hari ini saya menerbitkan entri baru.
Masuk hari ini sudah tiga hari UPSR berlangsung dan sudah tiga hari saya dan AJK Unit Kesihatan menghias dan memurnikan bilik yang dikatakan "stor" sebelum ini. Insya-Allah, nanti saya akan kongsikan hasilnya.
kredit foto dari jovlivingpermatabank.com |
Catatan: Tikus
Dalam sebuah kamar
tikus liar mengeledah
pojok
ruang
di celah-celah keserabutan
tak sempat dibersihkan.
Dalam gelap
tikus itu menggigit
menyembunyikan diri
dan membawa kesakitan
ditinggalkan sebentar tadi
hingga diri teraba-raba
mengaduh kesakitan.
Dalam sebuah kamar gelap
penuh tikus kelaparan
sudah bersarang
sukakan kesemakan
beranak-pinak
hingga aku terlupa
siapa tuan
siapa menumpang
dan aku tergigit oleh sikapku sendiri
seakan masih ada yang belum bersih.
Mohd Helmi Ahmad
28 Ogos 2011
Kg
Pdg Jambu
syg nyer..ia comel tp berpenyakit
BalasPadamComel! Nak pelihara lebih baik pelihara arnab.
Padammenyelami hati seekor binatang yang di takuti ramai orang..
BalasPadamsangat mendalam maknanya :)
Sekadar puisi-catatan biasa saja dari pemerhatian dan sedikit renungan acik.
Padamtikus yang aku geli...
BalasPadamJemput singgah sini --> Fantasi Dan Realiti Kehidupan
Ramai yang geli dan tidak sukakan tikus.
PadamInsya-Allah, nanti saya kunjungi.
erkk..nilah haiwan yg paling saya takut dan geli..heee.teringat masa zaman kanak2 dulu saya selalu ikut arwah abah pi kebun sawit, ada satu hari time tengah kutip biji sawit relai, saya terpegang anak tikus yg masih merah...rasa tu sampai sekarang akan teringat kl nampak haiwan ni.huhu.
BalasPadamp/s: tikus pun boleh jadi bahan tulis puisi ye..:)
Oh, perkongsian pengalaman yang menarik!
Padamp/s: Apa-apa saja yang direnung dan dijalinkan dengan kretiviti mampu mencetuskan ilham berkarya.
tikus oh tikus...
BalasPadamTikus banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Padamkg padang jambu?..terengganu ke bro ? hehe
BalasPadamKg Padang Jambu, Kedah.
Padamayat2 yg cantik..^_^
BalasPadamzara geli dengan tikus..klu dia berjalan mng dah menjerit kut..hehehe
Terima kasih.
PadamBukan saja perempuan, ada juga lelaki yang menjerit bila nampak tikus.
..x suka tikus sbb berkenan sgt kt tupperware kami..habis dia bt asah gigi..huh..
BalasPadamHuhu... bertambah tajamlah lepas ni.
Padamwah..puisi yang sungguh mantap..
BalasPadamPuisi biasa saja ni Kak Kathy.
Padampuisi tntang tikus.. kalau nmpak mesti lari. takut dgn binatang tu.
BalasPadamPuisi tentang kebersihan juga.
PadamAbang Helmi...saya gelilah tikus ni...eee....
BalasPadamtapi puisinya bagus bang Helmi!
Ramai yang geli.
PadamTerima kasih.
puisi tikus =) bersihkan ape yang patut sebelum lebih banyak tikus membiak..statistik sekarang ni tentang tikus je dah menggerunkan saya..cegah sebelum kena
BalasPadamItulah yang membimbangkan. Penyakit bawaannya juga sudah cukup menggerunkan.
PadamJom, sama-sama kita banteras geng tikus ni.
BalasPadamteringat waktu kecik2dulu pernah kena cakar dengan tikus... isk
BalasPadamYa ke. Nasib baik kena cakar tak kena gigit. Bahaya juga gigitannya ni.
Padamwah stor kesihatan tu ada tikus ke? bahaya ni...
BalasPadamTak adalah. Cuma catatan sampingan saja.
Padamkena jaga kebersihan untuk mengelakkan cik tikus datang ke rumah.. bahaya betul apabila dia melebihi populasi manusia..
BalasPadamAmat merisaukan kalau populasinya lebih manusia.
Padam