Assalamualaikum semua. Selamat pagi.
PERSOALAN MEMILIH KAWAN
Bila berkawan kita diberi pilihan
untuk memilih yang baik atau
jahat
tapi kita tidak diberi peluang
untuk membela diri
tika diri dipersalahkan
untuk bersalah
sehinggakan kita terbukti salah.
Kawan-kawan bebas
bercerita sama ada baik mahupun
buruk
tentang diri kita
tanpa dia merasai perkara itu
betul atau tidak
yang pasti setiap apa yang
diceritakan
difikirnya betul
tanpa mendapat kepastian
kebetulan itu
yang sememangnya betul tidak.
Kita diminta berdoa
setiap kawan yang kita pilih
adalah kawan yang tepat
agar setiap perbualannya
adalah baik dan tidak perlu
mengesahi daripada kita
bahawa perkara itu baik
dan ternyata sifat yang baik
akan dinyatakan baik
daripada mulut kawan yang baik.
Mohd Helmi Ahmad
Alor Setar, Kedah
10 September 2012
Apabila berkawan biarlah berpada-pada....berkawan dengan orang yang baik, insyallah kita akan menjadi baik..
BalasPadamTerima kasih peringatan ini.
PadamBiasalah adat berkawan kan cikgu.. :-)
BalasPadamBegitulah Kak Erin. Jadi, kita jadilah kawan yang baik.
PadamYa, perlu untuk luahkan segala yg terbuku di hati kerana jika di pendam ianya akan merosak jiwa dan raga... Luahkanlah, jika ianya dapat memberi kelegaan, kami bisa mendengar...
BalasPadamTerima kasih BM yang memahami.
PadamBetul tu setuju sangat.... :)
BalasPadamTerima kasih menyokong saya.
Padamini mesti sebab mesyuarat semalam tu ya.. semoga helmi bersabar di atas sikap manusia yang sebegitu.. berhati-hatilah memilih kawan dan usah mempercayai 100% kawan baik kita.. kadangkala kawan boleh menjadi lawan apabila terdesak.. Allah pasti akan sentiasa bersama kita..
BalasPadamEmmmmm... sebagai satu pengajaran dalam perhubungan rakan.
Padamsebab tu kathy tak berani berkawan rapat sangat dengan sesiapa..sebab pernah terkena..serik...:(
BalasPadamOh ya ka. Satu pengajaran kepada kita kan.
Padamberkawan biar beribu lemon, tapi harus bijak memilih kawan... ada kawan yang makan kawan.. bahaya tu..
BalasPadamHindari kawan yang makan kawan.
PadamTerima kasih berkunjung..Jemput juga ke Besut, aku datang...Tinggal gaji, kejar suami.. http://nolizawatimohdsaad.blogspot.com/
BalasPadamTerima kasih kembali kerana sudi memenuhi undangan saya.
Padamkawan x semua sama..yang penting jaga hati, mulut dan perasaan orang lain..
BalasPadamBetul tu Fizi. Kita jagalah anggota diri sendiri moga tidak tercela.
Padamtidak susah mencari kawan... yang penting kesabaran dalam menangani kerenah orang yang bakal menjadi kawan kita...
BalasPadamBetul, banyak kerenah yang menguji kesabaran kita.
Padamcarilah kawan yang dapat memabawa kita kejalan yang benar...ble berkwan dengan siapa saja..tapi jgn ambil sikapnya yang negetive..
BalasPadamYa, yang negatif tu kita elakkan. Yang baik kita jadikan pedoman,
Padamrambut sama hitam tp hati lain-lain,,,so memang kena bijak dlm memilih kawan ..
BalasPadamBerhati-hati memilih kawan.
PadamBerkawan mmg mudah.. nk mencari sahabat tu agak sukar..
BalasPadamSetuju.
PadamKawan ni macam-macam ada =) tapi nak cari yang ikhlas tu susah..saya ada beberapa orang kawan rapat..Alhamdulillah, sampai sekarang masih berkawan elok
BalasPadamAlhamdulillah, jagalah perhubungan kalian.
Padamkawan yang baik itu kadang-kadang tidak perlu ada bersama kita sepanjang masa.Mungkin kerana Allah tugaskan kawan baik itu hanya ada untuk kita bila kita perlukannya..heheh..( bunyinya macam pentingkan diri, tapi cuba lihat, siapakah yang selalu bersama kita jika kita di timpa susah...)
BalasPadam