Pengikut

Rabu, 4 September 2013

Puisi: Memilih Bahasa Ibunda di Pelita Bahasa

MEMILIH BAHASA IBUNDA merupakan puisi saya yang tersiar di Pelita Bahasa September 2013. Majalah ini baru diterbitkan. Tidak tahulah sudah ada di pasaran ataupun belum. Kepada yang berminat untuk memilikinya boleh cari di kedai buku atau terus ke kedai pengedar DBP. 


Kepada guru bahasa Melayu pula, tidak rugi memilikinya. Banyak rencana yang menarik boleh dibaca. Pelbagai ilmu tentang pendidikan dan bahasa Melayu boleh diperolehi. Siapa lagi yang hendak menyokong majalah sebegini kalau bukan penuturnya sendiri. Ayuh, dapatkan majalah Pelita Bahasa hanya dengan harga RM4.50. Untuk mengetahui kandungan Pelita Bahasa bolehlah klik di sini.


13 ulasan:

  1. wah..terbaik ni...nice info...

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi tengok majalah ni.
    Teringin nak beli, :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Majalah ni telah lama diterbitkan. Khusus untuk bahasa dan dunia pendidikan bahasa. Boleh cari di kedai buku. Terbitan DBP.

      Padam
  3. perkongsian yang baik cikgu, betul kata-kata tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kalau berminat bolehlah mencarinya di kedai buku ya.

      Padam
  4. Kak Erin dulu rajin lah beli majalah ni.. memang suka baca.. tapi sekarang ni dah jarang sejak selalu menjejaki perpustakaan Awam.. situ banyak bahasa.. Tapi ingat nak belilah kalau ada karya cikgu kat majalah tu.. :-) support kawan-kawan kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah Kak selalu ke perpustakaan. Mesti dah banyak buku yang dipinjam dan dibaca kan. Saya tak pernah masuk perpustakaan awam kedah tu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78