Pengikut

Isnin, 2 September 2013

Karnival Buku Kedah 2013

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.
Kepada yang berada di Kedah "jom kita pakat-pakat pi Karnival Buku Kedah".
Karnival ini berlangsung dari 1-7 September 2013. Karnival ini diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Pelbagai aktiviti telah diaturkan. 
Boleh rujuk dalam poster di bawah. 


Rugi pula rasanya saya tak dapat hadir. Kalau tidak, bolehlah memborong banyak-banyak.
Ayuh, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Jadikan Membaca itu Jambatan Ilmu

Sumber: Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

16 ulasan:

  1. Terima kasih kerana kongsi info ini. Kalau tak datang blog ni mesti terlepas acara yang menarik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Tidak rugi berkongsi maklumat. Tidak saya yang berpeluang pergi mungkin orang lain.

      Padam
  2. Aik..Nasib cikgu tulis entri ni.. Kak Erin pun tak tau ada Karnival..Jap lagi memang nak pergi library.... Nak gi hantar buku yang dipinjam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah ke sana dan beli buku kongsilah di blog ya.

      Padam
  3. bestnyee ade karnival buku..suke sangat pergi ;)

    BalasPadam
  4. tak sempat sy nak pegi..masa kecik2 dulu mmg tak miss pesta buku ni..mesti heret jugak ayah pegi carik buku..tak tau tempat tu apa tapi pesta buku tu buat dalam dewan yang besar di sungai petani..dpn tu tak silap bangunan majlis daerah..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak berapa pasti. Jarang ke Sungai Petani.

      Baguslah, kalau ibu bapa yang mendidik anaknya suka membeli buku.

      Padam
  5. aiza kalau ada karnival buku mesti cari buku tulisan HM tuah je.. dulu ada buat di putrajaya ekspo buku islam, memang murah sangat harganya.. jimat sehingga 30% dari harga asal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau ke Pesta Buku pasti kita akan mencari buku penulis kegemaran kita yang sukar dicari di kedai buku biasa.

      Padam
  6. betul tu mmg meriah..macam jenis buku dapat pilih..hihi lagi best bila dapat baucer buku kehkehkeh

    BalasPadam
  7. best memang best =) kat kampung saya lagi tu..tapi jauh, lagipun keadaan diri memang tak mengizinkan..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78