Mempelajari tatabahasa bukanlah satu kerja senang, dan tidak pula saya katakan sukar sekiranya kita memahaminya. Namun begitu, sering juga timbul kekeliruan untuk menggunakannya.
Dalam konteks penggunaan bahasa Melayu dalam blog oleh blogger di Malaysia, saya perhatikan terdapat kesalahan yang dilakukan dari aspek tatabahasa sama ada secara sedar atau tidak.
Saya sifatkan kesalahan secara sedar apabila blogger tersebut mengulangi kesalahan tersebut pada entri yang lain juga. Kesalahan tidak sedar pula apabila kesalahan itu hanya berlaku pada entri tersebut sahaja.
Terima kasih kepada blogger Fais atau S.K.A ini yang rajin bertanya untuk belajar. Saya capahkan persoalan Fais kepada dua bahagian untuk memudahkan pembaca memahaminya dan mudah pula untuk saya menerangkannya.
Soalan:
1. Penggunaan "di"
2. Secara dekat atau jauh
Jawapan:
1. "di" merupakan kata sediri nama yang digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutnya.
Contoh:
a. Ibunya bekerja di sekolah itu.
b. Pengembara itu sesat di dalam hutan.
c. Dia menunggu kami di perhentian bas.
2. Penggunaan "di" secara jauh (ditulis) hanya untuk menunjukkan tempat.
Kekeliruan yang lain terjadi apabila "di" bertindak sebagai imbuhan awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja ayat pasif.
Contoh:
a. Buku itu dibeli oleh ayah.
b. Taman permainan itu dibersihkan oleh penduduk kampung.
c. Pokok bunga di pekarangan masjid itu ditanam oleh penduduk kampung.
Penggunaan "di" dalam judul atau tajuk haruslah ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali "di" hadir di hadapan ayat. Namun begitu, sekiranya "di" itu bertindak sebagai imbuhan awalan, haruslah ditulis menggunakan huruf besar.
Contoh:
a. Kadar BRIM Dinaikkan
b. Dakwah di Pusat Hiburan
c. Di Malaysia rakyatnya berbilang kaum
Penggunaan "di" dalam judul atau tajuk haruslah ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali "di" hadir di hadapan ayat. Namun begitu, sekiranya "di" itu bertindak sebagai imbuhan awalan, haruslah ditulis menggunakan huruf besar.
Contoh:
a. Kadar BRIM Dinaikkan
b. Dakwah di Pusat Hiburan
c. Di Malaysia rakyatnya berbilang kaum
Saya berharap selepas ini blogger semua dapat menggunakan kata sendiri nama "di" dengan betul. Jika masih teragak-agak dan ada kemusykilan boleh rujuk di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Hanya perlu taip perkataan tersebut untuk disemak dan disertakan sekali penerangan untuk penggunaannya.
Nota: Sumber rujukan Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga
faham faham.. rajin si fais ni bertanya..
BalasPadamMalu bertanya sesat jalan.
PadamAlhamdulillah =) terima kasih cikgu atas entri ni, penerangan yang ringkas, tapi mudah untuk difahami..sebelum ni, memang saya musykil sikit penggunaan "di" ..sebab setahu saya kalau ayat perbuatan je di tu boleh digunakan dekat..terima kasih atas perkongsian ni, jazakallah khairan kathira cikgu Helmi.
BalasPadamSama-sama. Betul tu Fais. Kalau perbuatan atau kata kerja boleh dekat.
Padamhihihi, adik fais ni ....... kelakar... bagus cikgu terangkan, kalau fais tanya mama, mama lupa kot nak terangkan macamana... haha,..
BalasPadamKalau kita tak faham, elok bertanya walaupun bagi orang lain itu perkara mudah.
Padamkena tgk struktur ayat juga utk guna perkataan di... jelas betul penerangan cikgu bm ni... :)
BalasPadamTerima kasih.
Padambagus....saya harap cikgu memberi panduan kepada kami dari masa ke semasa,
BalasPadamInsya-Allah, jika ada masa nanti saya kongsikan ya.
PadamP/S: dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa (biasakan yang betul)
Oh...ternyata begitu banyak kesilapan yg telah ku lakukan. Entri informasi mengenai tata bahasa perlu cikgu buat sesekali utk pembelajaran. Maklumlah...banyak yang sudah terlupa. Terima kasih.
BalasPadamBoleh diperbetulkan nanti untuk entri seterusnya. Sekadar perkongsian sahaja. Tidak ada niat untuk mengguris hati sesiapapun.
PadamInsya-Allah, BM.
kih kih kih betul juga si fais tu. blog saya main belasah jer. tak kira orang nak cakap apa
BalasPadamLepas ni ustaz dah tak boleh belaah dah. Hehehe... kalau saya di sekolah cina tu sekarang ni boleh jadi editor untuk ustaz.
Padamthanks cikgu ingatkan balik tentang nie..kalau tak hentam keromo je lah letak
BalasPadamSama-sama. Tidak rugi berkongsi.
Padampenerangan yg bagus . akak saya juga selalu memperjuangkan penggunaan tatabahasa sebab anak murid dia tulis karangan guna ayat SMS .
BalasPadamItulah yang telah menular dalam kalangan pelajar sekolah sekarang ini. Amat membimbangkan.
Padamrindu nak blaja BM kat sekolah.. kerana cikgu itu sangat berdedikasi, buat ena nak blaja betol2. :D
BalasPadamtanx sharing~
Selalunya guru beginilah yang diingati murid. Terima kasih kerana mengenang jasa guru. Sama-sama.
PadamMasa sekolah dulu dah belajar..tapi bila tak practice dah terlupa..nway thanks cikgu coz for reminding us...
BalasPadamSelalunya begitulah. Kita kena guna baru ingat. Sama-sama.
PadamBukan sahaja salah di blog, malahan di cetakan lain.
BalasPadamTerutama dari dan daripada.
Saya buat begini sahaja.
Di [tempat]
Di[kata kerja]
Betul tu Izham. Tapi, memandangkan fais bertanya, saya tumpukan hanya dalam blog.
PadamKata sendiri dari dan daripada juga, mengelirukan kalau tak faham betul-betul.
terima kasih di atas perkongsian ini.. aiza teringat cikgu bahasa melayu aiza ketika di tingkatan 1 dulu ada mengajar mengenai ini.. beliau memberi contoh beserta perbuatan.. contohnya perbuatan perlu dekatkan 'di' adalah 'dicubit'.. aiza betul-betul kena cubit.. sebab tu sehingga kini masih ingat..
BalasPadamBetul tu Aiza apa-apa yang diajarkan cikgu tu. Baguslah masih ingat.
PadamDapat ilmu baru lagi daripada blog ni :)
BalasPadamIka pula mencoret blog dengan bahasa rojak, campur segala-galanya. --'
Terima kasih atas perkongsian :)
Moga ilmu ini dapat digunakan bukan sekadar ilmu untuk diketahui.
PadamPenggunaan "di" utk tempat ngan imbuhan awalan tu igt lg blaja masa skolah. Tp yg huruf besar & kecik tu mmg tak penah tau pun. Hehe. Rasanya, kalau blogger dah tau kesilapan ni pun, dorang tak guna ngan cara yg betul gak. Sbb dlm blog je, mmg takde cekgu tukang semak & bg markah :P
BalasPadamTakpe ke taep komen tak formal camni ngan cekgu? Err lenkali nak tanye soalan gak la. Boleh cekgu? Cam best je :D
Dalam hal ini, bergantung pada diri sendiri. Jika kita penuturnya tidak menggunakan bahasa kita dengan betul, jangan salahkan orang lain kalau tunggang langgang menggunkan bahasa kita.
PadamBoleh diperbaiki lagi.
perkongsian yg bagus..:)
BalasPadamMoga bermanfaat untuk semua.
Padamjie pn byk bt rujukn di blog cikgu..tulisan cikgu mnarik..
BalasPadamTerima kasih Jie. Saya sangat hargai kunjungan anda.
Padamterima kasih cikgu...hehehe...
BalasPadamTerima kasih kembali kerana Kak Kathy rajin datang ke sini.
PadamTerima kasih di atas perkongsian. Memang menarik belajar bahasa melayu.
BalasPadamdari:
akubahrain.com
Sama-sama. Terima kasih kerana membacanya.
PadamAlhamdulillah.. boleh dicerna ilmu ni.. sy pun x tau lah, entah macam mana susun atur penulisan sy dari mata hati org terutama yg dlm bidang penulisan mcm saudara Helmi.. hahaa.. T kasih diatas perkongsian.
BalasPadamSama-sama. Saat saya menulis entri ni pun, saya belajar juga.
PadamTerima kasih cikgu, sangat manafaat. Itulah kadang2 apa yang dipelajari di sekolah dulu terlupa pulak bila dah dewasa ni. Ida pun selalu tengok ramai yang salah meletakkan di itu...kadang2 Ida pun sama hahaha.
BalasPadamHarapan saya, apabila seseorang itu dah tahu cara penggunaannya, bolehlah dipraktikkan nanti.
Padamsaya tercari-cari pasal kesalahan kata sendi di..entri yg sgt berguna sebagai rujukan di saat memerlukan.. terima kasih ya
BalasPadam