kredit foto dari madah-tazkirah.blogspot.com |
Saya pasti, ada juga sesetengah individu yang mengharapkan ada soalan bocor dalam peperiksaan besar seperti UPSR, SPM, mahupun STPM.
Oh, adakah dengan cara memperoleh kejayaan melalui soalan bocor kita berasa kita sudah pandai dan layak untuk dipuja-puji?
Di manakah etika seorang guru jika mereka menyebarkan soalan bocor kepada anak murid agar prestasi sekolah meningkat?
Di manakah letaknya keikhlasan seorang murid dalam menuntut ilmu? Bukankah peranan sekolah untuk melahirkan seorang insan yang berakhlak mulia.
Jika ini berlaku, maka sekolah telah gagal dan bukan lagi institusi pendidikan yang tulen dalam memikul tanggungjawab membina sahsiah diri seorang murid.
Mengapa kita harus terpengaruh dengan spekulasi soalan bocor, sedangkan selama ini kita belajar demi mencapai kejayaan. Mahukah kita persiakan usaha keras yang kita lakukan dan ratiban doa saban malam dek hanya menguja kecemerlangan dunia. Sebaliknya, kita telah menimbun gunung dosa yang dimurkai Allah SWT.
Berdirilah di atas kaki sendiri. Andai kata kita kurang bernasib baik dalam percubaan ini, itu bukan bermakna jalan menuju kejayaan tertutup rapat. Manusia yang berjaya ialah manusia yang berjaya mengharugi segala ujian dan dugaan yang menghalang.
Dulu pun zara pernah dengar ada soalan b0cor..macam mana yg boleh jadi cm tu ye..tpi zara tak terlibatlah ye..huhuhu
BalasPadamKadang-kadang khabar angin saja. Ada kala pula, cuma soalan iras saja, mereka sudah heboh kata soalan bocor.
Padambetul!usaha...doa...tawakal!
BalasPadamItulah yang sebaiknya.
Padamsebenarnya soalan dah bocor, cuma cara soalannya yang lain..pandai2x la kita jawab..
BalasPadamSoalan dah bocor? Hehehe...
Padamjawapan dh bocor..heheh
BalasPadamApa yang kita belajar itulah yang kita jawab.
Padamkalau masa student dulu happy sangat bila dapat hints soalan-soalan yang bakal keluar especially subject yang susah..he..he..walaupun tak semua betul tapi ada jugak yang mengena..
BalasPadamSelalunya di Universiti ada saja tips-tips dari pensyarah sebab, pensyarah yang buat soalan dan semak.
Padamsoalan hampir sama tu pernah la alami.. hee :)
BalasPadamOh ya ke.
PadamMemang tidak dinafikan...memang ada jawapan bocor ni. Hanya terpulang kpd kita nak bagi atau tidak kepada calon2 ni. Ianya tidak mnghairankan...kerana duit sanggup melakukan apa saja...maruah dan kesan buruk kpd anak bangsa ditolak ketepi.
BalasPadamOh, tidak selalunya ada soalan ataupun jawapan bocor. Memang jarang sekali.
PadamBenar, jangan mempertaruhkan masa depan anak bangsa kita dengan belian wang ringgit ini.
Dulu kt skola cikgu tak bagi pun soalan spot, cuma kami akan bertanya kawan2 dari skola lain kalau cikgu mereka ada bagi 'hint'
BalasPadamSelalunya soalan spot itu sekadar ramalan. Ada juga cikgu yang tidak berbuat demikian, khuatir murid hanya memberi tumpuan untuk tajuk itu saja. Bayangkan soalan itu tidak keluar, sudah tentu murid akan emnyalahkan guru.
Padamsatu lagi persoalan, soalan bocor ni betul2 wujud ke cikgu? teringin nak tahu dari pandangan seorang guru :)
BalasPadamoh, susah nak jawab soalan ni. Setakt pengalaman saya belum pernah saya dapat soalan bocor.
Padam..seriously geram n nyampah kat org yg membocorkan soalan dan tukang sebarnya jugak..
BalasPadamItu sudah dikira melanggar etika dan jika bersalah boleh dikenakan tindakan tatatertib.
PadamKalau soalan bocor susah nk dpt tapi soalan ramalan mungkin cikgu boleh tolong kot..
BalasPadamYa, selalunya ada tajuk-tajuk yang diramal oleh guru berdasarkan analisis yang dibuat.
Padambetul tu cikgu..setuju sangat, berdirilah atas kaki dan bakat sendiri, jangan ambil kerja mudah yang akhirnya memudaratkan diri, walaupun manusia tak tahu..Allah pasti tahu..berlaku jujur jelah..itu lebih baik
BalasPadamMencari keberkatan dalam menuntut ilmu adalah penting. Kesenangan yang diperolehi itu hanya di dunia. Sebaliknya di akhirat kelak tidak siapa tahu bagaimana nanti.
Padamsebenarnya betul ke ada Soalan Bocor?
BalasPadamSetakat pengalaman saya mengajar belum ada lagi. Tapi pernah dengar juga. Mungkin sekadar soalan iras.
PadamKalau masa kak Erin study dulu.. ada juga student yang bawa toyol bersama mereka ketika ada peperiksaan..
BalasPadamToyol, kalau kena tanggap memang nahas lah kan.
Padamsoalan bocor ? jangan berharap sangat, lebih baik berdoa apa yang kita jawab itu yang terbaik :) kita dah usaha, berdoa dan bertawakal :)
BalasPadamSeperti yang saya katakan, percayalah dengan diri sendiri dan berdoa.
PadamJarang perkara ini berlaku. Kadang-kadang khabar angin saja.
BalasPadamharap2 tiadalah masalah macam tu..
BalasPadamKes beginilah yang boleh membantutkan kecemerlangan minda anak bangsa kita.
Padamsusah gkk bila soalan bcor ni..
BalasPadamJarang berlaku.Kalau berlaku memang masalah pula. Kena jawab lain.
Padambetul tu.. apa-apa pun elok berdiri atas kaki sendiri.. berusaha sendiri lebih baik dari mengharapkan soalan bocor..
BalasPadamPercayalah rezeki itu di tangan Tuhan. Kita berusahalah.
Padamkat universiti pun ada lecturer bg soalan bocor kat student...
BalasPadamNo komen lah tu.
Padamsoalan bocor ni memang ada .. prkara ni tngh brlaku d skola sya , skrng sya tngah ambik spm .. stakt ni soaln math,sejarah,add math bulat2 sma, hnya prlu mnghafal jawapan shaja..
BalasPadamrasa geram jga mlihat cg2 yg tolong 'supply kn' dn pljr2 yg dpt jwpnny 2 ..
tp sya x trlibat la, sya nak jawab exam ni atas usaha sya sndiri, lgipun tkut2 kalau2 sijil 2 x brkat contohnya cemerlng, lalu d tawarkn msuk course prubtn atau course yg ssh2 then gagal, krana x mmpu 'angkat' course 2 krana sblum ni pn, kta x bbrapa pndai pn , sijil yg trtulis cemerlang 2, bkn hsil dr diri sndiri..
lgpn usaha dari diri sndiri 2 lg brmkna, haha ..
peace ..