Assalamualaikum semua.
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu.
Kalau kalian perasan semalam saya hanya terbitkan satu entri sahaja. Bukan kerana malas dan tidak ada idea, tetapi kadar capaian internet saya sangat lemah hingga untuk saya memasukkan gambar pun susah. Jadi, apabila keadaan ini berlaku menyebabkan saya kurang berminat untuk terbitkan entri yang kosong dan semata-mata hanya tulisan.
Nampaknya, kekangan ini terus melanda hari ini. Bagaimanapun, demi kelangsungan blog ini saya harus juga menerbitkan entri tanpa gambar hingga pada satu hari yang saya pun tidak pasti. Hakikatnya, saya perlu akui, saya hanya mampu merancang dan ketentuannya terletak pada Allah Yang Maha Esa.
Panjang pula bebelannya kan? Sebenarnya saya hendak menceritakan sesuatu yang tidak dapat saya gambarkan secara pasti. Seperti yang kalian ketahui, selain seorang pendidik saya juga merupakan seorang penulis. Berkali-kali saya menyoal diri saya. Adakah aku hari ini, adalah aku pada 40 tahun akan datang! (Insya-Allah, kalau dipanjangkan umur)
Sesungguhnya, saya amat kagum dengan semangat penulis mapan, senior yang masih aktif ataupun prolifik menulis walaupun usia mereka sudah menuju ke senja. Adakah saya yang masih "muda belia" ini mampu untuk meneruskan kegiatan penulisan saya ini menuju ke akhir senja sama seperti apa-apa yang dilakukan mereka ini. Ataupun setelah saya menuju ke alam rumah tangga dan mempunyai tangungjawab lain penulisan itu saya tolak ke tepi?
Allahyarham Azizi Haji Abdulllah merupakan seorang penulis mapan yang sangat saya kagumi. Saya amat meminati karya-karyanya baik cerpen (Paku Payung Limau Mandarin) mahupun novel (Harga Sebuah Maruah, Sanggetha, Beruk). Kalian bayangkan, beliau mengakhiri hayatnya di hospital dengan menyunting manuskrip novel terakhirnya.
Katanya, "novel terbaru setebal 299 muka bertajuk MANDALA DUNIA KEDUA mujur menjadi peneman. Untuk edit kali ke-8 dan terakhir dapat juga dilakukan secara penyegan. Alhamdulillah, rasanya sempat habis sebelum bedah. Jika hayat saya pendek, barangkali inilah novel terakhir saya."
Al Fatihah!
mama pun terfikir juga, adakah mama juga akan seperti ini pada 40 tahun akan datang......?
BalasPadamKalau dipanjangkan umur sama-samalah kita nantikan ya.
Padamsemoga panjang umur dan murah rezeki hinggalah ke akhir hayat
BalasPadamAmin. Terima kasih ya, saya mendoakannya kembali kepada saudara.
Padamsalam dan selamat pagi cikgu,apa khabar hari ni :
BalasPadamal-Fatihah untuk penulis tersohor kita
Insya Allah semoga usia & kesihatan kita semua diberkati Allah SWT.Agar kita dapat menulis yang bagus2 dan berilmu untuk dikongsikan dengan pembaca.cikgu jangan putus asa untuk berkarya ye :)
Waalaikumusalam Kak Lea. Alhamdulillah sihat.
PadamTerima kasih Kak Lea. Semoga berjaya juga untuk Kak Lea.
emmm...
BalasPadammanuskrip tu sempat habis ke tidak?
Alhamdulillah, manuskripnya sempat siap dan telah pun diterbitkan oleh PTS. Boleh cari di pasaran.
Padamsalam, singgah pagi sini.. semoga hari akan datang , L lebih baik dari hari ni
BalasPadamWaalaikumusalam. Mudah-mudahan begitulah.
Padammenulis itukan suatu anugerah..teruskan menulis hingga ke akhir hayat..bak kata pepatah..harimau mati meninggalkan belang..manusia mati meninggalkan nama..
BalasPadamBiarlah meninggalkan nama yang baik yang kita mahukan.
Padamsmoga cikgu trus menulis smpi bila2..
BalasPadamTerima kasih Jie. Begitu juga dengan saudara.
PadamTeruskan perjuangan dan jangan sia2kn bakat yg ada pada cikgu..=D
BalasPadamAl-Fatihah untuk arwah..
Terima kasih Zara. Tanpa pembaca siapalah penulis kan.
Padamkita hanya mampu merancang..dan Allah telah tetapkan...semoga apa yang diharapkan bro dipermudahkan oleh-Nya
BalasPadamAmin. Saya juga mendoakan Fizi berjaya ya.
Padamlagi 10 tahun nak cukup 40 tahun.. semoga menjadi lebih baik dan positif..
BalasPadamAmin. Pendakian harus diteruskan.
Padamermm itulah acik pun tak tahu, adakah acik mampu juga ? entahlah tapi acik akan cuba sedaya upaya untuk mencapai cita-cita acik.. insyaAllah
BalasPadamKita harungi usia yang diberikan dengan penuh kebaikan. Apa-apa yang termampu kita lakukan yang terbaik.
PadamInnalillahirrojium....Cepat betul waktu berlalu...
BalasPadamItulah, Allah SWT lebih sayangkannya.
Padamhmm....alfatihah..memang banyak karya beliau..
BalasPadamYa, memang banyak karyanya. Banyak juga karyanya yang telah menjadi koleksi saya. Saya suka dengan gaya penulisan yang bersahajanya.
PadamSemoga kita dipanjangkan umur dgn amalan penuh kebaikan.. mudah2an dpt melihat kita yg lebih baik 40 tahun akan datang, in shaa Allah.. amin.
BalasPadamAmin, mudah-mudahan begitulah. Setiap hari eloklah kita muhasabah diri tentang amalan apakah yang telah dilakukan.
PadamSaya selalu je terfikir kehidupan saya yang akan datang..macam manalah perancangan Allah kepada kita ni..harap semuanya baik-baik je..
BalasPadamAmin. Kita semua mengharapkan yang terbaik daripada aturan-Nya.
Padam