Pengikut

Khamis, 19 September 2013

Tips Mudah Mempelajari KOMSAS?

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.

Banyak orang beranggapan mereka ini tidak mempunyai jiwa seni (sastera). Dan, apabila mereka berhadapan dengan bahan bacaan seperti puisi, cerpen, novel, sukar untuk mereka memahaminya. Akhirnya, akibat sukar memahami teks itu, jawapan yang sering keluar dari mulut adalah tidak belajar sastera. 


Sewaktu menjadi pelajar sekolah, saya juga bukanlah pelajar sastera Tingkatan Lima (SPM) dan Tingkatan Enam (STPM). Namun begitu, hakikatnya yang perlu kita akui selain mempelajari mata pelajaran sastera, menerusi mata pelajaran Bahasa Melayu juga telah diselitkan dengan Komponen Sastera (KOMSAS). 

Melalui pengenalan KOMSAS ini pelajar akan didedahkan dengan genre sastera seperti puisi tradisional (gurindam, syair), puisi moden (sajak), cerpen, drama dan hikayat. Ketika itu, pengajarannya lebih menjurus pada tema, persoalan, nilai. Soalannya juga menjurus pada aspek pembelajaran ini. 

Untuk memudahkan pelajar menjawab soalan, mereka haruslah terlebih dahulu membaca teks yang dipelajari. Ada juga pelajar yang membuat spekulasi bahawa teks yang dipelajari sukar difahami kerana teks itu ditulis oleh Sasterawan Negara ataupun penulis sastera. 

Adakah hanya kerana teks itu tercetak nama Sasterawan Negara ataupun penulis sastera teks itu sukar difahami? Perlukah Kementerian Pelajaran Malaysia dan panel pemilihan teks KOMSAS ini tunduk dan akur dengan desakan ini semata-mata untuk meluluskan pelajar? Tidak mungkin panel akan memilih SETIA HUJUNG NYAWA, KAMPUNG GIRL, mahupun ADAM DAN HAWA untuk dijadikan teks KOMSAS.

Senario percetakan buku "Kupasan KOMSAS" di negara kita amat menggalakkan. Dari satu segi baik. Pelajar dapat membeli untuk dijadikan sumber rujukan. 

Namun begitu, dari segi yang lain perkembangan ini secara tidak langsung akan merencatkan budaya membaca dan budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Mereka ini akan mengambil jalan pintas dengan membaca buku ini tanpa membaca teks secara keseluruhannya. 

Sebenarnya, mempelajari sastera atau KOMSAS di peringkat sekolah tidaklah susah. Saya membuat tanggapan begini bukan kerana saya ini penulis dan meminati sastera. 

Sebaliknya, pelajar harus tahu apabila mereka menyukai sesuatu pembelajaran itu nescaya sesuatu itu akan menjadi lebih mudah. 

Tips mudah untuk mempelajari sastera ialah pelajar harus membaca dan memahami keseluruhan teks yang dipelajari. Maka, sebarang soalan yang berkaitan dengan teks tersebut pasti pelajar tersebut boleh menjawab dengan jayanya.


35 ulasan:

  1. dulu masa TB form6 pn ada belaja,mula2 susah jugak nk paham..yerla klasik sikit ayat nye tp alhamdulillah getting better lepas mendalaminyee ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, beruntungnya! Saya masa di Tingkatan Enam tidak ambil sastera.

      Padam
  2. Sebenarnya pelajar malas untuk membaca tambahan pula bahan bacaan yang begitu lurus seperti buku berunsur Sastera.. Bagi Kak Erin pula, Sastera punya keunikannya yang tersendiri dan perlu dihayati oleh seorang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malas sebab mereka tidak suka memerah otak untuk berfikir.

      Padam
  3. Waalaikumsalam dan selamat pagi Kahmis juga buat Cikgu Helmi Tetamu Istimewa... :)

    Sedari dulu Ummi memang meminati kesusasteraan Melayu dan minat ini sudah bertunas sejak dari bangku sekolah rendah lagi sampailah sekarang, Ummi memang minat kesenian, bila dah mula berblogging Ummi teruskan niat sendiri dengan konsep pantun lantas lahirlah blog yang dinamakan JOM KITA BERPANTUN, nak buat macamna, dah sukaa....terimakasih share info yang berharga ini ya.... ^^,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan usaha Ummi itu. Tidak ramai yang boleh berpantun. Rasanya kalau Ummi bersungguh, bolehlah kumpul dan terbitkan sebuah koleksi pantun seperti yang saya sarankan.

      Padam
    2. InsyaAllah, terimakasih cikgu, sedang diusahakan... ^^,

      Padam
    3. Kalau ada apa-apa perkara yang hendak ditanyakan boleh bertanya dengan saya. Insya-Allah, saya akan bantu sedaya ada.

      Padam
  4. kekadang fizi pun hairan..kalau novel, komek, majalah, atau bacaan media..ramai yang mudah mengingati jalan cerita...bahasa atau watak...tapi bila baca buku seperti komsas nie..payah untuk ingat kembali..mungkin ada altenatif lain yang boleh disama kan sebagaimana bacaan nover dan sebagainya..

    budak2 sekarang bacaan sedemikian mmg power..sampaikan boleh mengigati rentetan cerita sehingga bertahun2 lamanya..kalau komsas habis sekolah je dh lupa...:) just pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita baca bertujuan untuk menjawab peperiksaan memang kita akan hafal dan lupa selepas menjawab peperiksaan.

      Tapi, kalau kita baca untuk menghayati kandungannya pasti kesannya lain.

      Padam
  5. Salam kenal dari Che Mid.. rasa istimewa bila masuk sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga dari saya. Oh, semua tetamu yang hadir ke sini istimewa.

      Padam
  6. pernah dgr komsas tp tak pernah belajar..:)

    BalasPadam
  7. salam kenal... terima kasih kerana sudi ke blog saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal juga dari saya. Cantik blog Mila@Rimbun.

      Padam
  8. masa skolah dulu suka dgn sastera ni..

    BalasPadam
  9. Sy amat setuju dgn pandangan saudara Helmi berkenaan KOMSAS, mmg ada baik & buruknya. Baik dari segi pemahaman yg mudah bagi mereka2 yg meminati utk mendalami sastera.. satu inisiatif asas penggalakan bagi mereka yg serius utk memperhalusi sastera, namun sbg jalan mudah bagi mereka yg ingin mengetahui cerita tanpa menyelami intipati didlmnya.
    Walaupun sy bukan penggiat seni atau kesusasteraan, tp sy amat menghargai nilai2 yg ada padanya & amat terguris bila ada pernyataan dari sesetengah pihak. Membaca walau tidak memahami intipati tersirat itu kadangkala tidak mengapa, tetapi x perlulah melepaskan dgn cara mudah utk mengatakan "saya tidak belajar sastera"..
    Perkongsian yg baik, T kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas respon yang diberikan. Seharusnya menjadi seorang Melayu harus mempunyai jiwa kemelayuan dengan mempelajari dan memahami sastera Melayu.

      Padam
  10. bg sy sastera ni unik, rugilah kalau orang tak nak ambil tahu, pernah belajar. Mungkin kena ada 1 usaha untuk menarik minat para pelajar tentang ni. Bila dah minat baru diorang rasa semangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, perlu ada satu pendekatan dan kaedah terbaik untuk mengajarkan sastera ni.

      Padam
  11. rindu zaman sekolah... buku komsas selalu jadi pemenan... hahahaha itulah parahnya suka akan sastera

    BalasPadam
  12. kathy memang ambik jurusan satera sejak form 4-6..

    BalasPadam
  13. Saya tidak pernah belajar sastera kerana dulu di aliran sains dan kejuruteraan tapi selitan sastera dalam pelajaran bahasa melayu, dapatlah juga memahami. Saya hanya boleh sikit2 berpantun...yang lain amat kurang mahir. Cerpen pun dalam proses mencuba...(kisah fifi - itu cerpen ke?)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sastera adalah inti patinya. Penulisan adalah medium penyampaian.

      Kemahiran itu berbeza-beza. Saya tidak mahir berpantun.

      Oh, cerpen adalah cerita pendek. Boleh dikatakan cerpen jika ada cerita, watak dan perwatakan, ditambah pula dengan persoalan dan konflik.

      Percubaan yang baik. Boleh diperbaiki lagi.

      Padam
  14. Ayat bermadah itu sebahagian daripada seni sastera.

    BalasPadam
  15. Seni ni memerlukan jiwakan cikgu..kalau tak ada feel memang susah nak imagine and berkarya..bertuah cikgu ada kelebihan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Serahkan jiwa untuk menguasai suasana.

      Padam
  16. masa zaman aiza takde lagi buku komsas ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78