Pengikut

Khamis, 12 September 2013

Jualan Buku Bergerak @ But Kereta Usman Awang

Pernahkah kalian mengunjungi jualan buku bergerak @ but kereta (Car Book Sale)? 

kredit foto dari FB Dewan Sastera
Sebenarnya saya tidak pernah menghadiri acara ataupun aktiviti begini. Kelihatannya sangat menarik untuk dikunjungi. Nampaknya di Malaysia penjualan buku begini belum lagi popular. 

Saya membayangkan, pada satu hari nanti, kita sudah tidak perlukan bangunan atau kedai yang ideal untuk menjual buku, sebaliknya hanya berbekal sebuah kereta kita mampu mempromosikan buku dan menjual buku dari satu kawasan ke satu kawasan dengan lebih cepat dan mudah. 

Oleh itu, pembaca tidak perlu lagi ke kedai buku dan hanya menunggu di depan rumah seperti menunggu penjual aiskrim, pasembor dan apa-apa saja lagi yang dijual di kawasan perumahan kalian. 

Kepada yang berminat boleh mengunjunginya pada 28 September 2013 dari pukul 9.30 pagi 2.30 petang. 



29 ulasan:

  1. teringin jgk nak join , tapi tengoklah luangan masa ada atau tidak

    BalasPadam
  2. wah..suka karya usman awang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya turut meminati karyanya. Sangat romantis dan patriotik.

      Padam
  3. tak pernah lg join.. mesti best bukan

    BalasPadam
  4. Sekarang ni pun sudah ada satu kelompok yang dipanggil 'Buku Jalanan'. Mereka akan jual buku dan adakalanya ada bicara karya secara santai di taman-taman rekreasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah aktiviti macam ni. Dapat mencambahkan idea dan ilmu.

      Padam
  5. tak pernah join, kalau buku dijual menggunakan kereta, pasti harga lebih mahal kan =) perkongsian yang bermanfaat cikgu

    BalasPadam
  6. penulis yang terkenal masa zaman sekolah :D

    BalasPadam
  7. Wah.. teknik penjualan terkini.. kreatif ya..!!

    BalasPadam
  8. teringin gak nak tngok dan merasa suasana tu..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada masa pergilah. Mungkin dapat merasai satu suasana yang baru.

      Padam
  9. salam Jumaat cikgu.wah menarik ni.ibu bapa pun patut rebut peluang bawa anak2 untuk kenalkan dengan karya tulisan usman awang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, Kak Lea.

      Sangat bagus aktiviti begini. Penulis yang hendak diperkenalkan juga bukan orang sembarangan. Sasterawan Negara Usman Awang.

      Padam
  10. kalau dekat, nak juga join. selalu car boot sales jual barang antik dn sebagainya. kalau buku Usman Awang, saya angkat tangan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, pernah juga dengar car boot sales ni ada juga yang jual barang antik.

      Padam
  11. Yup cikgu ..rasanya kat malaysia memang tak banyak rasanya..tapi kalau kat oversea memang famous car boot sale ni..senang kan tak payah susah-susah fikir pasal sewa semua..

    BalasPadam
  12. buku bergerak. pernah rasanya sekolah dulu ada lori datang

    BalasPadam
  13. menarik tu.. tak pernah dengar lagi.. kalau perpustakaan bergerak tu aiza pernah la dengar, selalu meminjam buku masa sekolah rendah dulu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78