sekadar gambar hiasa -kredit foto dari biaqpila.blogspot.com |
Sewaktu menaiki komuter pulang dari rumah kawan tadi, saya tertanya-tanya juga akan keprihatinan kita sebagai pengguna perkhdimatan awam. Selalunya, yang kita dengar berilah tempat duduk kepada orang yang lebih memerlukan. Ada juga yang apabila terlihatkan orang tua lalu mereka memberikan tempat itu kepada orang tua itu.
Tetapi, bagaimana dengan sesetengah pengguna yang tidak menghiraukan pengguna lain tidak kiralah orang muda atau orang tua, sihat atau sakit-mereka ini sewenang-wenangnya meletakkan beg di atas kerusi berhampiran mereka. Seolah-olah tiket yang mereka beli itu adalah untuk dua kerusi. Satu tempat duduk dan satu lagi tempat meletak barang.
Oh, inikah yang kita hendak bangga-banggakan! Mengapa tidak kita letak beg itu di atas lantai dan memberikan tempat duduk itu kepada orang yang berdiri?
Paling membuatkan saya kurang puas hati apabila mereka ini buat "selamba badak" saja seolah-olah tempat duduk sudah penuh!
Mungkin suatu hari nanti, kerusi yang mampu mengalirkan cas elektrik apabila diduduki golongan tertentu akan dihasilkan untuk menghukum mereka yang biadab ini.
BalasPadamMula-mula saya baca komen ni, memang terasa lucu. Tapi, fikir-fikir balik. Memang betul juga. Harap-harap ada yang menciptakannya nanti.
PadamTerima kasih ya, singgah dan follow di sini.
Ada segelintir rakyat Malaysia yang ego..Tidak prihatin..tengok di jalan raya sudahlah..penggunaan hon tu diaplikasikan dengan sesungguhnya.. Potong di laluan kecemasan dan sebagainya.Tentang sikap suka chup tempat duduk dan ambik sit berlebihan tu perkara biasa saja bagi mereka..
BalasPadamRakyat kita bab ini memang gagal. Perlu ada disiplin diri barulah boleh berubah dan maju.
Padamdah ada iklan ttg hal ini di TV tp masih ramai yg x peka..
BalasPadamItulah, berulang kalipun masih buat tidak faham juga kan. Kalau mereka alami sendiri barulah nak terasa.
PadamTerima kasih singgah dan follow di sini.
di mana2 ada sahaja sikap pentingkan diri sendiri
BalasPadammoga kita sentiasa sedar..akan persekitaran
adanya insan yg memerlukan
Setuju. Bertimbanglah rasa sikit. Ingatlah, tidak selalu kita beruntung. mana tahu esok lusa kita pula yang berdiri apa perasaan kita. Sedangkan kerusi belambak lagi yang dihuni oleh beg-beg saja.
Padamyer..kadang2 naik geram juga di buatnya...
BalasPadamKalau kita seorang yang memahami pasti tidak akan berlaku hal ini kan.
Padamdatang membalas kunjungan..selamat berkenalan
BalasPadamTerima kasih memenunhi undangan. Salam perkenalan.
Padamselalu kene bile naik bas klang..ya!!warga asing tolong cop tempat duduk untuk kawan mereka!!aduss!!!!!
BalasPadamWarga asing memang banyak sekarang ni yang gunakan perkhidmatan awam.
Padamdimana2 pun ada sikap macam ni...mungkin kita pun pernh buat...sebab dah penat , lama sangat berdiri..
BalasPadamItulah, bukannya satu-satu tempat saja yang berlaku.
Padamsalam tetamu istimewa..
BalasPadammereka dah besar..
akal dah tahu beza mana yang betul dan salah..
semoga mereka yang berkenaan berubah..
InsyaAllah..^^
Assalammualaikum..sya folo kmbali blog tetamu istimewa...
PadamSalu nek bas cmni la...yg sihat2 wat x tau je kat warga2 emas yg brdri..wuu
Waalaikumusalam, Gee GTG. Itulahkan. Masing-masing dah boleh berfikir. jadi, gunakan akal yang waras.
Padamadrianna syaz, waalaikumusalam. Terima kasih ya.
lama dh tak naik komuter..
BalasPadamSaya selalu juga guna perkhdimatan komuter ni. Jadi, dapatlah tengok gelagat penggunanya.
PadamItulah pengguna kita. Janganlah pentingkan diri sendiri sangat kan.
BalasPadamkalau naik lrt atau komuter mesti nampak senario begini..
BalasPadamBetul tu. Senario begini selalunya berlaku terhadap perkhidmatan bas dan komuter.
Padamaiza selalu jumpa manusia macam ni, tak kira di dalam bas atau LRT atau komuter.. semoga semua golongan masyarakat menyedari bahawa budi bahasa itu adalah budaya masyarakat Malaysia.. tak rugi pun kita membantu mereka yang lebih memerlukan, bukannya nak kena bayar pun..
BalasPadamsituasi lain pula, jika helmi perasan komuter ada gerabak yang dikhaskan untuk wanita sahaja, tetapi entah macam mana kaum adam boleh menyelitkan diri bersama-sama kaum wanita.. rasa sangat tak selesa terutamanya apabila dia berdiri di sebelah kita..
Ya, saya perasan. Saya melihat dua segi dengan pembinaan gerabak ni. Pertama baik kerana di situ terletakkan golongan hawa. Tetapi kebanyakan yang berpasangan kekasih ni, peluang merekalah untuk masuk gerabak yang campur ni. Bukankah pembinaan gerabak ini untuk menghalang lelaki dan perempuan berpelukan dan sebagainya juga.
Padambiasa la memana pergi mesti ada yg menarik perhatian kite, prihatin kita, tak semestinye prihatin mereka... memasing dah dewasa n berakal, tapi kalo tak guna akal yg Allah berikan sebaiknya...ntahla.. pikirla sendiri kan...
BalasPadamSalam kenal En Helmi.. terima kasih sudi singgah blog saya n folo anda juga.
Betul tu, kalau boleh jadilah kita manusia yang prihatin.
Padamsalam kenal juga. Terima kasih singgah dan follow di sini. Jemput datang lagi ya.
selalu sahaja ada yang buat-buat tidur tak nak bagi yang sepatutnya duduk...tapi yang paling hamba tidak gemar ialah lelaki masuk ke bahagian yang telah dikhaskan kepada kaum hawa
BalasPadamKalau macam tu, perlulah ada pemeriksaan dari masa ke masa.
Padamsabar jelah setiap kali naik ni
BalasPadamKesabaran separuh daripada iman.
Padamada yang buat tidur..ada yang buat tak nampak..macam-macam hal..huhu
BalasPadamtapi yang paling hamba tidak gemar ialah lelaki masuk di ruang wanita sahaja...sangat tidak selesa
Tidur tu, kena simbah dengan air baru sedar kot.
Padamorang sekarang banyak pentingkan diri dahulu..
BalasPadammgkn perjalanan dia jauh kot..:)
Jauh tidak menjadi masalah. Beg itu, letaklah di bawah. Bolehlah kerusi itu diberi kepada orang lain duduk.
Padampernah terjadi kat saya macam ni..tapi adalah seorang pakcik ni, dia main redah je duduk..he3, baru dia tahu yang tempat duduk ni untuk duduk..bukan tempat letak barang..
BalasPadamYa, betul tu. Kalau berlaku macam ni, buat muka tak malu saja. Duduk. Baru orang tu sedar kot.
Padam