Assalamualaikum.
Alhamdulillah, pagi tadi Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014 telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama. Ingatkah lagi kalian dengan entri saya ini, Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013? Hari ini buat kali kedua saya diberi kepercayaan untuk menjadi pengacara majlis lagi.
Pada mulanya, memang agak berat memandangkan majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali), namun saya cuba yang terbaik.
Teks pengacara majlis |
Sewaktu hendak menyiapkan teks pengacara majlis ini, saya cuba juga membuat rujukan dengan mencarinya di internet. Bagi saya, teks yang ada kurang menepati cita rasa saya. Ada yang terlalu ringkas, ada yang terlalu panjang. Barangkali juga, telah disesuaikan dengan atur cara majlis mereka sendiri.
Saya yakin, banyak mesyuarat PIBG yang dijalankan pada bulan ini dan bulan Mac nanti. Oleh itu, cikgu yang dilantik menjadi pengacara majlis sibuk hendak membuat teks pengacaraan. Di sini saya kongsikan teks yang saya buat (bukan hasil cetusan asli saya, sebaliknya setelah dicampur, ditambah dan diedit daripada teks yang lain juga) untuk dikongsikan bersama.
Bil
|
AGENDA
|
TEKS
|
1.
|
Ketibaan
para jemputan dan ibu bapa
|
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan (Ahli Dewan
Undangan Negeri Batang Kali) dengan diiringi
En. Mahmud bin Karim (Yang
Dipertua PIBG), En. Mohamad Akhwan bin Jamil (Guru Besar), Guru-Guru Penolong
Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan
Batang Kali.
|
2.
|
Nyanyian
Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku
|
Sidang
Hadirin yang dihormati,
Marilah kita sama-sama berdiri dan
seterusnya
menyayikan lagu negeri Selangor dan lagu Negaraku.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas
nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
|
3.
|
Kata
Alu-aluan Pengacara Majlis
|
Kompang Bergema Pusaka
Bangsa
Dipalu oleh Si Anak
Muda
Hadir Tuan Puan meriah
suasana
Kami menyambut penuh
gembira.
Bismilahhirahmanirahim...
Yang Berhormat Tn. Mat
Nadzari bin Ahmad Dahlan
Ahli Dewan Undangan
Negeri Batang Kali
Yang Berbahagia
_________________________________
Wakil Pegawai
Pendidikan Daerah Hulu Selangor
Yang Berusaha En.
Mohamad Akhwan bin Jamil
Guru Besar SK Batang
Kali
Yang Dihormati
En. Mahmud bin Karim
Yang Dipertua PIBG SK
Batang Kali
En. Azhar bin Jusan
Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali
Barisan Guru Penolong Kanan
Barisan Ahli
Jawatankuasa PIBG
Barisan pendidik,
Seterusnya, Tuan-tuan,
Puan-puan hadirin sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah
rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 tahun
2014 ini.
Pihak majlis serta seluruh warga SK Batang Kali, turut sama merakamkan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat
khususnya kepada Yang Berhormat Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada hari ini.
|
4.
|
Bacaan
Doa
|
Bagi memberkati
majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan bin Ismail. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan
terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan bin Ismail atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.
Hadirin
yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan
dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan
dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera
kehidupan yang semakin mencabar ini.
Justeru,
kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting
dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.
|
5.
|
Ucapan
Alu-aluan oleh Guru Besar
|
Seterusnya, majlis
menjemput En. Mohamad Akhwan bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala
hormatnya, dipersilakan
……………….
Majlis merakamkan
ucapan terima kasih kepada En. Mohamad Akhwan bin Jamil atas ucapan alu-aluan
itu tadi.
|
6.
|
Ucapan
Perasmian ADUN Batang Kali
|
Kini tibalah masa , untuk
kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat
Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali kali ke 39 bagi tahun 2014.
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
………………….
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari
bin Ahmad Dahlan atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan
ucapan YB itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.
|
7.
|
Majlis
Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2013/2014
|
Majlis diteruskan lagi
dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2013/2014. Untuk itu,
majlis menjemput YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, dengan diiringi En.
Mohamad Akhwan bin Jamil untuk menyampaikan cenderahati tersebut.
Dipersilakan....
En. Mahmud bin Karim –
YDP PIBG
En. Mohamad Azhar bin
Jusan – NYDP PIBG
Pn. Shafiah binti
Hussain – Setiausaha
Pn. Suriha binti
Shamsuddin – Bendahari
AJK Ibu Bapa
En. Muzammil bin Mohd
Nor
En. Abd Rani bin Napi
En. Sharizal bin
Shahidin
Pn. Faridah Hanim
binti Mohd Ali
Pn. Zarina binti
Marjunit
Pn. Nor’ashikin binti
Jumaan
AJK Guru
En. Hamka bin Ramlan
En. Mahadi bin Omar
En. Afifuddin bin
Mohamad
En. Norsalawati binti
Shafie
Pn. Israhana binti Mohd
Shahril
Pn. Maria Wan
Majlis mengucapkan
terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan atas penyampaian
cenderahati itu tadi.
Sebagai tanda terima
kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan En. Mohamad Akhwan bin Jamil untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada YB Tn. Mat Nadzari bin. Ahmad Dahlan.
Terima kasih diucapkan
kepada Tuan Guru Besar.
|
8.
|
Majlis
Penutup
|
Dengan berakhirnya
penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun 2014.
Dari mana asalnya,
usah diusul
Molek budinya menambat
hati
Dua tiga bicara salah
tersasul
Jangan dibawa ke dalam
hati.
Kami mewakili AJK PIBG
dan SK Batang Kali, merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Tn. Mat Nadzari
bin Ahmad Dahlan atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa,
guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh…..
Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mahmud bin Karim untuk
meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Batang Kali, kali ke-39 bagi tahun
2014.
|
Wahhh semakin menyerlah cikgu jadi MC yer ;)
BalasPadamBaru berjinak-jinak sahaja, Ida. Banyak lagi yang perlu dipelajari.
PadamIda ada kenal seorang abg ni... dia kawan emak Ida. Memula dia hanya jadi MC di dalam jabatan PDRM saja. Dan dia memang ada gaya dan style semasa berucap dalam mengendalikan majlis. Sekarang dia sudah mula dikenali ramai dan dijemput ke majlis2 rasmi yang lain...sehinggakan ke majlis protokol Sultan Johor juga... kalau satu malam org sanggup bayar seribu...ermmm berduit cikgu...Harap cikgu juga boleh jadi macam itu ;)
Padamdulu pernah juga jadi presenter satu majlis, berpeluh habis..hihihi..
BalasPadamMemang berpeluh, Fizi.
PadamBaik perkongsan ini. Boleh dijadikan rujukan yg buat mereka yg memerlukan.
BalasPadamBerkongsi sekadar untuk memudahkan pembaca untuk membuat rujukan. Masih boleh ditambah baik.
Padamsuka jadi MC sebab kathy suka bercakap..hehehe..
BalasPadamOrang yang suka bercakap memang sesuai jadi pengacara.
PadamBunda takder bakat jadi MC...gemuruh depan orang ramai..
BalasPadamSaya pun bukannya selalu jadi pengacara, malu juga di depan orang ramai.
PadamApabila diberi sesuatu tugas itu.. bermakna orang meyakini kebolehan kita.. :) Semoga cikgu Helmi terus berjaya dalam kerjaya..
BalasPadamRamai juga yang berkata begitu, jadi saya berfikiran positiflah.
Padambagus perkongsian ini sebagai panduan kepada semua..
BalasPadamMoga bermanfaat.
PadamWah.. MC ni boleh jadi platform utk menyokong kerjaya cikgu.. bayangkanlah klu sesebuah sekolah tu tiada calon MC yg sesuai.. boleh haru biru juga klu nak buat majlis rasmi.. silap2 kena import cikgu sekolah lain hahaa.. Semoga cikgu Helmi terus berjaya.. aamiin.. :)
BalasPadamtq atas perkongsian ini cikgu.mohon sy jadikan panduan utk sy jd mc mggu ini..
BalasPadamassalamualaikum cikgu..terlebih dahulu sy ingin mhn mf sbb menggunakan sebahagian teks ucapan di atas. Ape pun sy amat berterima kasih kerana teks di atas byk membantu saya yg ditugaskan menjadi MC.
BalasPadamcikgu thank you so much..teks cikgu byk membantu saya...mf kerana x meminta izin dulu..
BalasPadamtq atas perkongsian.. mohon untuk saya gunakan sebagai panduan
BalasPadamthanks..saya minta izin gunakan teks ini
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian skrip ni. Baru sahaja selesai digunakan. Memang sangat membantu...
BalasPadamThanks lot for sharing
BalasPadamassalamualaikum cikgu,
BalasPadamterima kasih atas perkongsian...
saya mohon izin untuk gunakan teks pengacara ini...
assalamualaikum cikgu, mohon keizinan untuk menggunakan sebahagian isi teks ini.thank you.
BalasPadamterima kasih daun keladi...saya suka yg simple dan saya jadikan contoh utk mesyuarat PIBG di sekolah saya pada bulan Mac ini...tenkiu lagi sekali ;-D
BalasPadamTerima kasih yaaa....kebetulan pulak saya esok kena jadi pengacara bidan terjun....huhuhu nasib baik la ada contoh macam ni.
BalasPadamterima kasih ckgu...saya ambil idea ni
BalasPadamDAH BEBERAPA KALI JD MC.. TP TTP BERPELUH JG HUKHUKHUKK
BalasPadamMohon jasa baik cikgu untuk membenarkan saya menjadikan skrip ini sebagai bahan rujukan pada majlis akan datang.
BalasPadamsalam ..mohon membenarkan saya share skrip ni ye..tmkasih.
BalasPadam