Assalamualaikum semua.
Hari ini lewat saya terbitkan entri. Tadi bawa juga laptop ke sekolah. Ingatkan bolehlah terbitkan entri, tapi masa tidak mengizinkan. Akhirnya, bawa balik begitu sahaja.
Saya pasti minggu terakhir ini, kebanyakan sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan untuk mengiktiraf pencapaian murid sepanjang tahun 2013. Sekolah saya akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan pada hari Khamis, 14 November 2013 iaitu hari keputusan UPSR akan diumumkan. Pastinya debaran tambah terasa.
Debaran itu pula bertambah-tambahnya lagi apabila saya dilantik menjadi Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 bersama Cikgu Sakinah bt. Awang. Oh, sama sekali saya tidak menjangka! Terperanjat dibuatnya. Maklumlah sebelum ini saya tidak pernah menjadi pengacara mana-mana majlis yang bagi saya sangat besar ini. Jadi, sekarang ini bertungkus lumus menyiapkan teks pengacaraan tersebut. Esok pula sudah bermula acara raptai.
Ada yang pernah jadi pengacara majlis? Bolehlah kongsikan tipsnya. Terutama semasa majlis berlangsung. Sudah pastilah banyak protokolnya. Memandangkan suara ini bukanlah sedap sangat, saya cuba juga akan lakukan yang terbaik. Doakan segalanya berjalan dengan baik.
Gemuruh je bila berdepan dengan orang ramai...gemuruh lagi nak tau keputusan anak2 buah...hhehe
BalasPadamSalam kejayaan selalu.
BalasPadamaefa tak pernah jadi pengacara majlis besar mcm tu hehe. tapi bg setiap majlis, rasanya pengacara mesti tau cara nak tarik perhatian hadirin lagi-lagi majlis yang dihadiri oleh pelbagai peringkat umur. :) semoga urusan berjalan dengan lancar. banyakkan berlatih. InsyaAllah.. :)
BalasPadamSantai2 sikit jangan terlalu sangat mengikut skrip... nanti audien bosan...
BalasPadamteringat masa saya jadi emcee Hari Anugerah Cemerlang masa sekolah menengah dulu. masa tu Sultan Abdul Halim mencemar duli merasmikan majlis. Gementarnya hanya Allah yang tahu. sampai sekarang tetap menjadi pengacara. praktikum di sekolah baru-baru ni pun cikgu-cikgu dapat kesan yang saya boleh mengacara :)
BalasPadampaling penting, banyakkan baca surah AlFatihah sebelum naik pentas dan ulang Allahumma Yassir wa la tu'assir selalu insyaAllah takkan gementar sepanjang majlis.
*perkongsian dari insan kerdil :)
ini majlis formal kan? buat yang terbaik ye. al the best. kalau gemuruh selawat bebanyak. Practice baca script dengan lancar agar tampak lebih yakin sewaktu mempengerusikan majlis.
BalasPadamJadi pengacara kena banyak idea baru tetamu tidak bosan hihihi good luck..
BalasPadamAssalamualaikum, cikgu. Boleh Kak Long tahu, siapa orang kenamaan yang bakal hadir? Jika tidak melibatkan Raja, Menteri, SUK ataupun ADUN, (atau dengan kata lain, melibatkan insan-insan persekitaran), tak banyak sangat protokol. Boleh juga diselitkan pantun dsb. yang bersesuaian. Lagi baik kalau pantun ciptaan sendiri. Jika ada orang kenamaan, kena formal.
BalasPadamWaalaikumusalam, Kak Long. VVIP yang datang Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor. Taklah menteri. Tapi mesti ada protokolnya juga kan. Teks dah saya siapkan. Saya cuba yang terbaik. Maklumlah majlis ni, boleh dikatakan formal juga.
PadamWahhh selamat maju jaya cikgu
BalasPadamtahniah helmi. jadi pengacara, ada bakat dan aura tersendiri. sebab tu selalunya pengacara ni "tetap dan berpencen". lenggok suara dan intonasi memainkan peranan. kak anim ni selalu bahagian belakang2..kalau tak hadiah, jamuan le..heee
BalasPadampha is berminat nk jadi pengacara majlis, tapi jarang dapat tawaran ni.. selalunya dlm majlis2 yg pha is handle, dapat jadi ajak teknikel je.. hmm..
BalasPadamHa, saya pernah ikuti program pengacaraan bersama-sama Fedtri Yahya di sekolah dahulu. Banyak juga yang diajar. Jadi saya kongsikan dengan cikgu.
BalasPadamPertama, suara kena lantang, bersemangat dan sebutan mesti jelas.
Sebutan baku digalakkan. Alamak, saya terlupa apa istilah bakunya. Tetapi sebutannya bukan berbunyi 'aa' sepenuhnya. Bunyinya 'ae'. Lebih menarik. (Ni apa yang saya belajar dalam teknik berpidato.)
Seterusnya, intonasi memainkan peranan utama. Jangan hilang semangat sehingga suara jadi lemah dan tidak jelas.
Kalau majlis anugerah, tentu banyak menyebut nama penerima hadiah pada satu-satu masa.
Jadi, gunakan intonasi dan lenggok berbeza-beza untuk setiap nama agar pendengar tidak bosan.
Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Selamat berjaya cikgu. :)
acik kerja 4 time di syarikat event sama ada untuk formal mahupun tidak formal.. semasa event berlansung pastikan tandakan yang sudah di baca dan alert tentang tentative program
BalasPadamCuma sekarang cikgu, tidak lagi disebut sebegini : "Mengumumkan ketibaan ..." sebaliknya terus ucapkan "Ketibaan ...", sebabnya pengacara sudah sedia mengumumkan ketika itu. Inilah kesalahan paling ketara seseorang pengacara majlis. Dulu pun Kak Long sering juga menyebutnya begitu.
BalasPadamKak Long sarankan, untuk lebih mendalami hal berkaitan pengacaraan secara lebih teratur, cikgu bolehlah memohon mengikuti "Kursus Pengacaraan Majlis" kendalian INTAN Wilayah Utara. Yuran pendaftaran RM 30.00 sahaja.
Sebagai makluman cikgu, adik Kak Long juga ada mengendalikan kursus ini tetapi lebih terperinci lagi. Tenaga pengajarnya Ahmad Fedtri Yahya dan Suhaimi Mohamad. Tetapi biasalah, apabila melibatkan orang ternama dan terkenal ni, maka bayarannya agak berbaloi jugalah dengan ilmu pengacaraan yang diberikan kedua-dua selebriti ini.
Tak rugi cikgu jika berhasrat mempelajari ilmu pengacaraan ni. Bolehlah menambah duit poket :)
Wah tahniah.. cabaran yg menyeronokkan tu cikgu.. Semoga berjaya ye.. :)
BalasPadamsekurang2nya dapat timba pengalaman baru
BalasPadamhmmmm..hebatlah helmi..
BalasPadamaiza tak pernah lagi menjadi pengacara majlis.. semoga berjaya helmi.. :D
BalasPadam