sawah padi di kampung saya
MEMBACA LUKISAN ZAMAN
Tidak lama lagi kau petani
boleh pulang berjabat salam desa
berlebuh raya membelah sawah terbentang
mentari tersunging senyum di balik
kilau cermin kereta api.
Gerabak usia mengejar nostalgia
berlecak di petak menyulam benih impian
menabur hijau baja kesuburan
menanti pesta tampian emas menguning
lelah dan titis peluh berjudi nasib
tertebus dengan kalungan rantai kesenangan.
Membaca lukisan zaman yang carik
keras lambaian pohon kelapa patah tarinya
gesekan seruling angin sombong menampar pipi
cemburu tambur hilang bauan
lalu yang tinggal selayar rindu yang terpercik
pada sekeping kanvas alam menempek
di dinding kehidupan kau petani warisan.
Alor Setar, Kedah
Mohd Helmi Ahmad
6 Disember 2012
assalamualaikum,selamat pagi..indah puitis nye ;)
BalasPadamBegitulah gigihnya insan bernama petani
BalasPadamps: cantiknya kampung yg ada sawah bendang. Kakak tak pernah jejak kaki ke sawah padi walaupun kakak org kampung. Di JB tak ada sawah.
sawah padi yang mneghijau
BalasPadamsedapnya puisi tu..puitis..=)
BalasPadamlukisan zaman kini hanya menjadi kanvas penyeri kenangan :)
BalasPadamsubhanallah.. cantiknya sawah padi menghijau.. saujana mata memandang keindahan alam ciptaan Allah.. :D
BalasPadampandangan sawah padi yg memikat hati ...
BalasPadamPetani....
BalasPadamSalam Jumaat Cikgu..Cantiknya sawah padi tu....
BalasPadamSuka melihat sawah padi menghijau.. sungguh menenangkan.. :)
BalasPadamTerlalu puitis untuk memahami...cantik sungguh bait2 ayat dan perkataan yg digunakan.
BalasPadamCantiknya gambar sawah tu. Lagi cantik kalau cikgu ada sekali dalam gambar.
BalasPadamBuat gaya seperti petani warisan. :)