Pengikut

Khamis, 28 November 2013

ITBM Bolot Lima Kemenangan dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012

Assalamualaikum semua.
Sememangnya Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) merupakan antara pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada penulis dalam bidang sastera. Menggenggam pencapaian dan kemenangan menerusi HSPM bolehlah dianggap karya itu hebat! 

Setelah diumumkan semalam, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) telah membolot lima kemenangan menerusi kategori yang dipertandingkan. Sesungguhnya kemenangan ini amat bermakna sekali kepada penulis dan penerbit. Usaha keras ITBM dalam memperkayakan bahan bacaan sastera dalam era teknologi moden ini sangat membanggakan dan harus diberi pujian. Antara karya yang memenangi HSPM 2012 ialah:

1. Kategori Kumpulan Cerpen - Selamat Datang ke Malaywood (Roslan Jomel)
2. Kategori Kumpulan Puisi - Alien Menchari Chinta (Ramzah Dambul)
3. Kategori Novel Remaja - Ke Pulau Sebatik 1 (Nur Mustika)
4. Kategori Kumpulan Cerpen Remaja - Inspirasi Cinta (Rozninah Abd. Azib)
5. Kategori Kumpulan Puisi Kanak-kanak - Bijak Si Katak Bijak (Siti Zainon Ismail)

Daripada lima buah karya ini, saya memiliki dan sudah membaca tiga daripadanya iaitu Selamat Datang ke Malaywood, Alien Menchari Chinta dan Inspirasi Cinta. Ya, saya akui karya ini memang layak memenangi HSPM.


Saya tertarik dengan kumpulan puisi Alien Menchari Cinta yang disertakan sekali dengan doodle hasil tukangan Ramzah Dambul. Puisinya cukup menarik dan memikat. Adakalanya membuatkan pembaca cair dan mahu mengulang bacanya berkali-kali.



Selamat Datang ke Malaywood pula sangat hebat gaya penyampaiannya. Kalian jangan terkejut apabila membaca sejumlah cerpen yang termuat dalam kumpulan ini.

Watak-wataknya amat "aneh" dan kadangkala plot ceritanya sangat sulit untuk difahami. Sebaliknya, gaya penulisan begini tidak akan membosankan pembaca. Satu lagi, keunikan Roslan Jomel ialah cerpen-cerpennya sangat panjang untuk disudahkan. 


Inspirasi Cinta, karya mantan editor Dewan Sastera ini membugarkan jati diri remaja dalam menghadapi arus kehidupan. 16 buah cerpen yang dimuatkan dalam kumpulan ini banyak memberi motivasi kepada remaja. 

Kebanyakan cerpennya pula menyentuh hal perjuangan bahasa, hidup dan kemandirian wataknya menghadapi perjalanan hidup. 


20 ulasan:

  1. bagaimana cara dapetkan buku tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkan di laman ITBM. Boleh beli secara online di sana.

      Padam
  2. tb pn ske mace cerpen2 mengesahkan pasal kehidupan ;0

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kehidupan yang boleh dijadikan panduan dan pedoman hidup.

      Padam
  3. semua karya tersebut nampak menarik.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang menarik untuk dibaca. Rasanya tak rugi memiliki kelima-lima karya tersebut.

      Padam
  4. Salam ziarah. Lama tak singgah blog cikgu. Nampaknya, saya dah kena mula simpan duit. Tunggu PBAKL tahun depan, nak borong semua sekaligus. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bolehlah simpan duit untuk ke PBAKL tahun depan.

      Padam
  5. cikgu hemi buat la sinopsis cerita buku tersebut :D

    BalasPadam
  6. Inspirasi Cinta. Saya rasa biasa sahaja membacanya. Saya lebih suka karya Tuah Sujana "Cinta Senafas Angsa". Walaupun kurang faham istilah-istilah yang dia nukilkan, tetapi tidak cliche seperti cerpen dalam Inspirasi Cinta.

    p/s: Nanti nak beli kumpulan cerpen Tuan pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasti ada yang istimewanya sebab itulah karya ini diangkat sesuai dengan penaakulan remaja. Ya, saya tak nafikan Cinta Senafas Angsa lebih sarat intelektualannya.

      Oh, terima kasih. Jangan berharap sangat dengan kumpulan cerpen remaja pertama saya itu. Barangkali karyanya masih mentah dan boleh diperbaiki lagi.

      Padam
  7. Kenapa Alien Menchari Chinta tu ejaannya macam tu?

    BalasPadam
  8. Klu tanya ayut sastera alamak.....amik tahu blh kot tp utk feeling tu kurang rasa yer...

    BalasPadam
  9. Suka melihat tajuk Aliem Menchari Chinta... tajuknya ada aura klasik.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78