Pengikut

Khamis, 21 November 2013

Rutin Pulang ke Kampung Membawa Buku


Cuti sekolah telahpun bermula. Saya masih di Batang Kali. Insya-Allah, hujung minggu nanti selepas menghadiri kenduri perkahwinan kawan, barulah saya akan pulang ke kampung. Selalunya, setiap kali saya pulang pasti beg saya penuh dengan buku ataupun majalah. Ketika itu, mengeluh sana mengeluh sini sebab berat mengendongnya dari Stesen Bank Negara ke Bandaraya dan terus ke Plaza Rakyat (ini cerita orang yang tak ada kereta).

Saya ingatkan cuti hari raya Aidiladha tempoh hari saya sudah bawa balik banyak buku. Rupa-rupanya lagi banyak saya bawa balik, lagi banyak buku yang bertambah. Mahu tidak mahu kenalah bawa balik juga. Ini belum campur dengan majalah yang bersusun dalam almari lagi. 

Entahlah, memang banyak sungguh duit saya "habis" dengan membeli buku-buku ini. Akhirnya, penuh di rak. Lepas ni kenalah fikirkan bagaimana hendak susun di rak yang sudah penuh itu. Silap haribulan saya akan beli rak baharu lagi. 

Perancangan itu ada, namun ruang di bilik saya yang sudah ada tiga rak buku itu tidak mungkin membolehkan saya masukkan satu rak lagi. Alamatnya, jika saya masukkan juga saya kena tidur di luar sajalah. 

Jika tidak berdaya membawa semua buku ini balik, akan saya tinggalkan sedikit di rumah Batang Kali ini. Niat di hati apabila bawa balik bolehlah membacanya nanti sewaktu bercuti. Tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang. 

Agak-agak berapa kilolah semuanya ya! 


27 ulasan:

  1. saya pun kalau pergi mana2 mesti angkut buku-buku sekali.. hehe.. dekat rumah pun dah ada 4 almari buku.. ada potensi untuk tambah almari lagi tapi dah tak ada ruang pula.. nafsu untuk beli buku memang sukar dibendung.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ingatkan nak beli lagi satu rak, tapi ruang membatasinya.

      Padam
  2. selamat bercuti. dulu aefa study kat melaka pung risau jugak nak bawak buku balik. sbb tak larat nak bawa, aefa pos je ke rumah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Oh, masa belajar ada juga angkut buku bawa balik.

      Padam
  3. berat tu.... huhu..tapi mmg susah nak tinggalkan buku bila time balik bercuti, mesti kena angkut jugak. :)

    BalasPadam
  4. cemburu saya tengok buku2 cikgu..:)
    selamat bercuti cikgu..selamat merehatkan fizikal (tak rehat gak kan?) hehehhe
    moga pulang nanti lebih sakti!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat bercuti. Terima kasih. Memang tak rehat pun. Ada saja kerja kan.

      Padam
  5. boleh pas majalah tu kat saya tak cikgu ... heheheee ... sungguh suka majalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, majalah tu saya simpan dulu dalam almari. Jika ada masa nanti akan saya bawa pulang juga. Bagi? Sayangnya...

      Padam
  6. hehehehehhehe...takpe..bawa ilmu..

    BalasPadam
  7. Wah banyaknya buku Cikgu.. Kat rumah kak Erin pun banyak juga buku... Memang duit habis beli buku.. Sebab buku adalah teman setia dikala diri keseorangan.. dengan membaca.. minda jadi lebih terbuka.. kadang kala kak Erin jadi tamak untuk baca semua buku.. Tambahan pula apabila ke Perpustakaan... segala-galanya nak baca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jarang ke perpustakaan. Jadi kalau ada duit lebih sikit, saya beli sendiri. Boleh buat koleksi.

      Padam
  8. tak rugi membawa balik ilmu.. mengisi masa terluang dengan membaca banyak manfaatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, memang tak rugi. Saya bawa balik mana yang larat saja.

      Padam
  9. Assalamualaikum.. lama tak singgah bertanya kabar.. :D
    Betul kene biasa kan diri untuk membaca even novel.. supaya biasa membaca..

    BalasPadam
  10. Berat juga tu.. bertambah berat jika dicampurkan dgn brg2 lain yg hendak dibawa. Semoga dipermudahkan segalanya buat cikgu Helmi.. mmbawa ilmu yg bermanfaat, in shaa Allah berkat kehidupan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Tuan Khir. Tapi saya bawa setakat mana yang larat saja.

      Padam
  11. Hehe, tak apa cikgu. Kalau semua buku dah penuh dalam rumah pun, bina pondok kecil pula untuk cikgu tinggal. Yang penting, buku selamat dan terjaga.

    Selamat bercuti dan membaca! Sekarang masa saya pula untuk menjadi sibuk dengan kuliah, dan tiada masa membaca. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... bina pondok lain ya.

      Selamat belajar ya.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78