Pengikut

Sabtu, 23 November 2013

Artikel: Tiada Lagi Skor A di Dewan Masyarakat

Assalamualaikum semua. 


Seperti biasalah kan, kalau saya paparkan kulit depan sesebuah majalah pasti ada karya saya yang tersiar. Jika sebelum ini cerpen, kali ini pula artikel. Rasanya sudah lama saya tidak menulis artikel. Dan, artikel yang tersiar ini pun sudah lama saya tulis sekitar awal tahun . 

TIADA LAGI SKOR A, disiarkan di Dewan Masyarakat-November 2013. Artikel ini berkisar tentang sistem peperiksaan kita yang mengalami transformasi dari orientasi peperiksaan (A) kepada pentaksiran band. 

Banyak lagi perkara yang saya kupas dalam artikel ini. Sekiranya berminat untuk membaca, bolehlah dapatkan Dewan Masyarakat. Saya juga masih belum memilikinya. Khabarnya, majalah langganan saya juga belum sampai. 

Terima kasih kepada editor yang sudi menyiarkan artikel ini. 


19 ulasan:

  1. semakin hari semakin hebat karya2 cikgu helmi.. cikgu mengajar bahasa melayu ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Parang lagikan asah, lagi tajam. Ya, saya mengajar Bahasa Melayu.

      Padam
  2. helmi juga yang terbaik..

    BalasPadam
  3. cikgu, saya masih kabur sistem band, sudah diterangkan oleh pihak sekolah. dan khabarnya pihak guru juga kurang berpuashati dengan pelaksanaan sistem ini. Saya maksudkan dari sudut kelancaran sistem, trafik maya dan penilaian kendiri.mohon pencerahan, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika perkaranya berkaitan sistem, saya pun tak dapat bantu. Ada yang cakap kena bangun awal pagi untuk isi markah. Kalau banyak kelas yang diajar memang susah sikit. Harap-harap tahun depan, dah ok. Untuk Tahun 4, tahun depan rasanya dah tak pakai online.

      Padam
  4. Tahniah cikgu...semakin murah rezeki..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. cikgu Helmi mmg hebat. Semoga membawa kebaikan kpd semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Tidaklah hebat, Tuan Khir. Saya menulis sekadar yang mampu untuk berkongsi.

      Padam
  6. Balasan
    1. Terima kasih Tuan Khairuddin yang sudi singgah di sini. Insya-Allah, jika ada masa akan saya ke sana nanti.

      Padam
  7. tahniah helmi.. helmi salah seorang dari bakat muda yang semakin menyinar.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Oh, masih banyak yang harus saya pelajari.

      Padam
  8. Nampaknya isu yang dibawakan oleh cikgu agak besar ya. Saya agak tertarik sebanarnya dengan isu-isu seperti itu. Mungkin sebagai insan yang 'tak tahu' apa-apa, saya sekadar membaca dan mengambil tahu sahaja. Tapi saya yakin, perkara-perkara seperti ini sangat besar maknanya.

    Setakat ini saya pernah membaca Dewan Masyarakat, tetapi hanya di sekolah dahulu. Nak langgan, harga agak mahal sedikit. Mungkin kena tunggu kewangan ada, baru dapat dilanggan kelak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini saya hanya melanggan Dewan Sastera, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Ya, Insya-Allah, jika saudara sudah bekerja nanti dapatlah melanggan majalah kesukaan ini.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78