Pengikut

Khamis, 14 November 2013

Selesai Sudah Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 SK Batang Kali

Assalamualaikum semua.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kalian semua yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada saya dalam mengacarakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini. Akhirnya, majlis ini berjalan dengan lancar. Biarpun ada sedikit kelemahan yang boleh dipertingkatkan lagi.

Tak sempat saya nak ambil gambar, tapi cukuplah saya kongsikan gambar pentas Hari Anugerah Kecemerlangan 2013 SK Batang Kali ini bersama kalian. Saya dapat banyak pengalaman menjadi sebagai seorang pengacara. Insya-Allah, akan saya kongsikan dalam entri lain nanti. 

Seperti yang sedia maklum juga hari ini keputusan UPSR diumumkan. Tahniah diucapkan kepada anak saudara saya di Sungai Limau Kedah, yang berjaya mencatat 5A dalam UPSR. 

SK Batang Kali pula telah mencatatkan 18 orang yang mendapat 5A dan 13 orang yang mendapat 4A 1B. Tahniah diucapkan kepada mereka. Sekalung penghargaan juga perlu diberikan kepada guru-guru yang mengajar, ibu bapa yang memberi sokongan dan individu-individu yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. 

Malam ini juga akan dilangsungkan Majlis Makan Malam Akhir Tahun dan Majlis Perpisahan Guru Besar SK Batang Kali dan GPK Kokurikulum yang akan berpindah ke sekolah lain. Semoga perpindahan mereka ini diberkati dan mereka mampu menyumbang bakti di sekolah baharu pula. 

14 ulasan:

  1. tahniah cikgu..majlis berjalan dengan lancar..tidak lupa kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang

    BalasPadam
  2. tahniah cikgu. teringat pulak zaman-zaman sekolah rendah dulu..

    BalasPadam
  3. tahniah buat semua..tahniah buat helmi juga..

    BalasPadam
  4. sekolah dah sampai ke penghujungnya...tahniah buat pelajar yang berjaya..UPSR hanya satu permulaan,,,

    BalasPadam
  5. alhamdulillah selesai.. tahniah di atas pencapaian sekolah helmi..
    bertemu dan berpisah sudah menjadi adat.. yang penting semangat mereka untuk menyumbang bakti kepada anak bangsa terus mekar walau di manapun berada..

    BalasPadam
  6. tahniah hem. hem yang dulu bukan yang sekarang, dulu yang malu sekarang yang bijak bicara.hehe

    BalasPadam
  7. Tahniah kepada yang berjaya . bertemu dan berpisah tu adat . walau dimana sekalipun , ilmu tetap dapat dicurah ...

    BalasPadam
  8. tahniah buat mereka yg cemerlang dalam upsr...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78