Pengikut

Isnin, 11 November 2013

Playboy itu Suami Aku Meminggirkan Bahasa Melayu

Hari ini bermulalah episod drama adaptasi novel PLAYBOY ITU SUAMI AKU. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu. Satu persatu drama adaptasi novel yang mengisi slot Akasia bermula Teduhan KasihSetia Hujung Nyawa, dan Love You Mr. Arrogant. Saya tidak mahu persoalkan jalan ceritanya. Itu hak penulis dan pengarah untuk mengangkat karya ini sebagai tontonan umum. 


Yang saya "kisahkan" sangat tentang pemilihan judulnya "PLAYBOY". Saya yakin, pemilihan PLAYBOY menunjukkan konotasi yang tidak baik. Atau ada yang berbangga dengan gelaran tersebut? 

Maafkan saya, kalau kalian tidak senang dengan entri saya ini yang banyak membangkang itu dan ini. Saya menyuarakan demi kedaulatan bahasa Melayu yang kian dipinggirkan oleh rumah penerbitan. 

Sebenarnya saya menyimpan hasrat untuk melakukan satu kajian dan seterusnya menulis satu tulisan tentang penjudulan karya yang meminggirkan bahasa Melayu. Namun masih belum berkemampuan lagi. 


Kepada yang berminat hendak baca sinopsis novel ini boleh klik di sini: SINOPSIS

30 ulasan:

  1. Ida pun setuju dengan pendapat cikgu. Realitinya perbualan harian juga sudah menjadi "bahasa rojak" ataupun "broken english" sebab tu mereka tidak kisah dan tidak mahu menilai bahasa melayu yang indah malah sewenang-wenangnya 'melacurkan' bahasa melayu itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat bersetuju dengan Kak Ida. Istilah melacurkan Bahasa Melayu tampak sungguh mendalam.

      Padam
  2. Teringat ada sesorag tlis dlm diary dia..mainan lelaki..hehe

    BalasPadam
  3. semuanya atas kepentingan komersial..

    BalasPadam
  4. setuju dengan cikgu...bahasa itu budaya kita...

    BalasPadam
  5. takut nnti diorg komplen, kalau nk kna ikut betol2 gaya bahasa melayu, nanti tak de kebebasan dalam berkarya bila penggunaan kata pun terikat.....
    :)

    BalasPadam
  6. Wah, besar impian cikgu dalam mengkaji tentang penjudulan. Semoga berjaya.

    BalasPadam
  7. bila suatu karya ingin mendapat nilai komersil, begitulah antara caranya cikgu Helmi. Saya juga pengemar novel melayu, tetapi novel masa kini banyak sangat nilai komersilnya.Dulu-dulu kita baca novel supaya bertambah perbendaharaan kata, tetapi kini jika anda baca novel, anda akan dapat menambah kosa kata juga cuma sayangnya kosa kata yang dikongsikan bukan memartabatkan bahasa kita, malah semakin merosakannya.Ini pendapat peribadi saya:).saya tidak nafikan ada juga penerbit yang masih menjaga mutu karya, dan pada masa yang sama masih karya itu masih mempunyai nilai komersil.Tahniah kepada penerbit yang begitu..;)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum wbt.
    Salam kenal dari cik...Cik dah follow sini :)

    BalasPadam
  9. aku benci bahasa rojak tapi kalau rojak aku suka

    BalasPadam
  10. Pihak berwajib yang menjaga kedaulatan Bahasa Melayu pun hanya membisu..
    Nak buat macam mana...Pak2 Menteri pun guna bahasa rojak...

    BalasPadam
  11. contoh tak baik kod . nama tajuk cerita pun macam tak kena.

    BalasPadam
  12. satu saya boleh ckap.. bayak sangat drama macam ni.. skrg.. dah boleh jangka jalan cerita dia.. :(

    BalasPadam
  13. acik setuju , apabila pentingkan tentang komersial lupa pada bahasa melayu yang asal.. ishh

    BalasPadam
  14. stesen tv kena letak syarat baru ttg bahasa baru lah penerbit akan ikut ...

    BalasPadam
  15. Baru tahu cerita apa yang ganti LYMA. Tapi tak nak komen apa2 sebab tak tengok lagi kualiti cerita tu macam mne. Dont judge a book by its cover ;)

    BalasPadam
  16. Saya setuju.. maksud "playboy" tu pun satu anasir yg x baik utk msykt kita, terutamanya generasi muda sbb anak2 muda ni biasanya lebih cenderung kpd perkara negatif dulu.. wallahualam..

    BalasPadam
  17. PPlayboy, erm xtengok lagi cerita tu. Ye saya faham pe yg cikgu cuba sampaikn

    BalasPadam
  18. Biasalah tu cikgu..judul yang diperlukan sebenarnya memang berperanan besar dalam menarik orang luar untuk membaca atau menonton..cuma kadangkala kalau dilihat dari sudut 'kayanya' bahasa kita sampai boleh mengolahkan judul tersebut sehingga menjadi 'kencang' dan hebat, makanya akak rasa bahasa ibunda kita inilah yang mewarnakannya juga! Kalau tak, mana datang istilah 'manglish'? Sebenarnya bahasa ibunda kita juga mampu mengangkat martabat dan kewibawaan budaya dan bangsa..hanya segelintir pengkarya sahaja nak melacurkan bahasa bangsanya sendiri..

    BalasPadam
  19. Samalah dengan drama sebelum ni...'Love you Mr, Arrogant' kenapa mesti nak letak tajuk dalam bahasa Inggeris? malah sebelum2 ini banyak lagi. The Movie... itu... The Movie ini... Kalau letak tajuk dalam bahasa Melayu tak hebat kot!

    BalasPadam
  20. Tajuk aje dah memberi tanggapan negatif... sy jarang tengok drama.. Tak sesuai untuk anak2 kecil sy :)

    BalasPadam
  21. Samalah , tak suka tajuk bahasa rojak ;)

    BalasPadam
  22. aah..mr arrogant pun kan...
    zmn skrg suka bahasa rojak

    BalasPadam
  23. campur2 bahasa...hehhehehe..

    BalasPadam
  24. Samalah cikgu.saya pun ada post status dekat Fb juga tentang tajuk
    ini yang tak berapa nak sesuai.Kalau tajuknya ditukar pun susah juga,sebab
    tajuk asal dekat novel pun dah begitu..:)

    BalasPadam
  25. kadangkala entri di blog aiza pun rojak juga, kerana ada sesetengah istilah jika ditukar kepada bahasa melayu maksudnya pelik.. seeloknya elakkan campur bahasa melayu dan bahasa inggeris.. bahasa jiwa bangsa..

    BalasPadam
  26. Saya sangat setuju dengan Tuan. Saya rasa kementerian mula lemah dalam menguatkan perkara ini. Usaha Tuan mengkritik perkara ini amat saya sokong.

    Kuasa DBP pun lemah dalam mengehadkan hal ini daripada berlaku.

    Namun saya percaya bahawa semua bermula dengan diri kita sendiri.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78