Pengikut

Isnin, 18 November 2013

Ulasan Penilaian: Rombongan Masuk Jawi (HSKU ExxonMobil 2012)

Assalamualaikum semua.

Di sini saya perturunkan ulasan penilaian daripada panel hakim HSKU ExxonMobil 2012 tentang cerpen saya yang memenangi Hadiah Penghargaan Kategori Cerpen Remaja iaitu Rombongan Masuk Jawi. 


Cerpen "Rombongan Masuk Jawi" mengupas persoalan berkaitan kesetiakawanan dan perpaduan kaum dalam kalangan remaja. Elemen-elemen budaya telah dimanfaatkan sebagai wahana untuk menampung subjek. Tuntutan "masuk jawi" dari sudut agama telah diperluas menjadi satu bentuk budaya positif yang dapat diamalkan secara kolektif. Penglibatan pelbagai kaum menunjukkan penerimaan mereka terhadap amalan budaya yang menyumbang kepada kepentingan menjaga kesihatan. Sikap sedemikian mewujudkan rasa saling menghormati antara satu sama lain.

Penggunaan teknologi siber dalam kalangan remaja ditampilkan secara positif. Perkongsian maklumat diwacanakan secara bijaksana oleh watak-watak remaja pelbagai kaum. Amalan dalam kalangan pengguna teknologi terkini secara berhemah untuk mendatangkan manfaat dideskripsikan dalam naratif. Selain itu, penggunaan media Internet secara bijaksana berupaya menyanggah tanggapan negatif terhadap kelekaan golongan remaja yang menyalahgunakan Internet.

Saya pernah menulis tentang entri Rombongan Masuk Jawi di sini ketika cerpen ini tersiar.

Nota: Terima kasih atas ucapan daripada kalian semua. Untuk makluman, cerpen Rombongan Masuk Jawi telah saya masukkan dalam Kumpulan Cerpen Remaja "Tetamu Istimewa" terbitan ITBM. Buku ini dikhabarkan telah siap dicetak. Insya-Allah, jika sudah berada di tangan saya akan saya buka untuk tempahan. Sokongan kalian amat saya hargai.


20 ulasan:

  1. InshaAllah cikgu.... ida nantikan war-war dari cikgu...teringin juga untuk memilikinya

    BalasPadam
  2. Tahniah sebab sudah siap dicetak! Tunggu nak dilancarkan sahaja. Tak sabar nak dapatkan satu nanti.

    BalasPadam
  3. Assalam
    Tahniah dan selamat terus maju jaya

    BalasPadam
  4. Assalam
    Tahniah dan terus maju berjaya

    BalasPadam
  5. wah, karya cikgu masuk bahagian jawi pula. jumlah pengikut blog cikgu pun semakin meningkat :D

    BalasPadam
  6. Abang Helmi, tahniah! Tak sabar nak tunggu buku kumpulan cerpen Tetamu Istimewa. :)

    BalasPadam
  7. tahniah cikgu :) jika siap untuk di beli ,bagitahu ye :)

    BalasPadam
  8. semoga terus berjaya menghasilkan karya ...

    BalasPadam
  9. wow.. siap ada buku sendiri.. tahniah..
    igtkan rombongan masuk meminang tadi.. hehe

    BalasPadam
  10. tahniah.. dalam bahasa jawi pula tu :)

    BalasPadam
  11. jangan lupa habaq bila buku tu dah ada di pasaran nanti:-))

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum, saya telah follow blog saudara. Terima kasih juga kerana sudi singgah di blog saya. Saya tak sangka cerpen dan karya yang saya baca selama ini merupakan hasil tulisan saudara. Tahniah saya ucapkan atas kejayaan yang dikecapi oleh saudara. Bagi saya, saudara dan penulis yang lain sangat bertuah kerana mempunyai kelebihan menulis dengan bahasa yang amat indah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78