Pengikut

Khamis, 1 Ogos 2013

Menilai Kepercayaan Melalui Password

Assalamualaikum semua. Nampaknya semakin hampir kita menuju ke penghujung Ramadan dan Insya-Allah akan menyambut Aidilfitri. 

kredit foto dari  scitechie.com 

Pernahkah diri anda dikunci dengan Password ataupun Kata Laluan? Oh, tidak. Segala-galanya kini harus dan perlu menggunakan Password. Adakah masyarakat sekarang ini sudah tidak boleh dipercayai? 

Sebenarnya, untuk tujuan apa kita meletakkan Password dalam sesuatu situasi? Adakah untuk menghalang daripada orang lain menceroboh rahsia kita? Adakah untuk melindungi sesuatu rahsia kita daripada terbongkar? Atau apa? 

Sememangnya, apabila dunia kini memerlukan Password untuk mengunci setiap apa-apa perkara sekalipun, pasti berpunca daripada soal kepercayaan. Dan, apabila sudah diletakkan Password menjadi satu kerja pula untuk mengingatnya. Kalau hanya satu tempat sahaja tidak mengapa, ini lebih daripada satu itulah yang membuatkan kita bermain dengan teka-teki.

Sebagai gurupun, banyak Password yang perlu diingat, antaranya SPBBS, SPLG, SAPS, EMIS, APDA, E-OPERASI dan ada beberapa lagi. 

OH.....Dunia bukan hanya semata untuk mengingat Password. 

47 ulasan:

  1. Balasan
    1. Saya pun kadang-kadang. Kena tulis baru boleh ingat.

      Padam
  2. betol...kekadang sampai password sndiri pon tak ingat..aiyooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dah banyak memang tak ingat. Terutama kalau yang tak selalu guna.

      Padam
  3. Kad bank pun ada nombor pin.. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya pernah juga terlupa nombor pin. Sebab yang satu tu jarang guna.

      Padam
  4. Betul cikgu..mng sekarang apa2 pun kna pakai password..ada kebaikannya disitu..untuk melindungi hak kita jgk.. supaya tidak mudah mereka mencerobohi tanpa kebenaran..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, bila dah guna password kenalah ingatkan. Sesuatu tu ada kelemahan dan kelebihannya. Tapi, kalau banyak kelebihan daripada kekurangan eloklah kita terima.

      Padam
  5. Semuanya bersebab.. Kalau semua manusia di dunia nie boleh dipercayai, rasanya x perlu kot letak password...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah manusia sekarang ini masih mempunyai sifat yang kurang boleh dipercayai. Kalau semua jujur, boleh ditiadakan password.

      Padam
  6. password ada baiknya juga cikgu,,sekurangnya maklumat peribadi atau perkara yg harus dirahsiakan kita ada kunci keselamatan..nanti x der la org luar sewenang2nya mengekses maklumat kita....:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, seharusnya apabila maklumat atau perkara itu adalah rahsia, hanya kita sahaja yang perlu tahu. Orang lain, jangan gatal-gatal tangan hendak akses. Caranya meletakkan password. Kadang-kadang tu tak faham juga, bila dah menjadi rahsia, ada pula yang cuba nak menceroboh. Padahal bukan haknya pun untuk tahu.

      Padam
  7. krn tu password sy lbh krg sm je...byk2 sgt pening kepala

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah macam tu. Dan mesti password itu kuat hingga boleh disamakan.

      Padam
  8. Selalunya saya catat semua kata kunci di satu tempat khas. Ops tak boleh bagitau sebab rahsia. Heh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah...nasib baik ada brek. Kalau tak... dah terlepas. Baguslah ambil tindakan yang baik.

      Padam
  9. Kata kunci keselamatan itu perlu, cikgu. Memang sedikit menyusahkan, namun ada kebaikannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sudah terbukti dapat menyimpan maklumat kita. Tapi, kadang-kadang kalau terlupa memang menyulitkan.

      Padam
  10. Saya buat hampir semua password sama. Malas nak fikir kalau letak lain2. Nanti pening. Hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun begitu, lebih kurang sama password saya. Yang jadi masalahnya kalau buat lain-lain takut susah nak ingat. Banyak sangat.

      Padam
  11. nilai kepercayaan kian luput kerana manusia, kalau tak ada password abis segalanya ingin di selongkar.. fb acik beberapa kali pernah di cuba hack.. begitu juga blog .. tanpa password yang strong maka tamatlah riwayat lama social acik heehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Jadi, mereka cuba hendak ambil apa yang orang ada. Seharusnya sikap begini dihapuskan dalam diri.

      Padam
  12. yumida buat notepad khas utk letak segala jenis password
    dgn cara ni..insha Allah xkan lupa
    tp klo buat password demi sebuah kepercayaan...ermmmmmm.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus, tindakan yang diambil. Bersedia dengan segala kemungkinan yang terjadi seperti terlupa.

      Kepercayaan diragui menyebabkan password diletakkan.

      Padam
  13. aiza selalu lupa password.. akhirnya request balik dan dihantar ke emel password sementara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah terjadi untuk emel. Memang susah bile terlupa. Mujur atas bantuan kawan emel saya dapat kembali dengan password baru.

      Padam
  14. kalo takde password senangla manusia nak cerobohhh...kalo nak ingat password letak 1 atau 2 password je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dnegan cadangan tu. Tapi kena pastikan password itu kuat. Jika tidak, kerana satu password, habis semua untuk login yang lain juga.

      Padam
  15. password ~~~ alahai.. sume password fiza letak yang same.. senang nak ingt.. tp ade jugak yg berlainan =) hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh janganlah sama semua. Ada risikonya juga.

      Padam
  16. nasib baik no pin bank ingat kan cikgu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahha...pernah juga terlupa. Jadi melunggu sekejap.

      Padam
  17. semua bnda letak password same, bhaya tak ?

    BalasPadam
  18. nak taknak dalam dunia serba canggih ni password perlu digunakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, perlu untuk keselamatan bukan hal sangat untuk kepercayaan.

      Padam
  19. boleh kata banyak benda kena guna password sekarangni...banyak yang kena ingat dan banyak yang terlupa...lagi satu password kena "storng" skngni kalau tak senang kena hack huhu...contoh macam kat FB sekarangni...banyak member2 krole kena hack..kalau boleh elakkan password ada kaitan dengan diri kita...contoh nama, tarikh lahir dan yang sewaktu denganya~

    BalasPadam
  20. betul tu..saya ni boleh di katakan banyak juga la akaun dalam internet, tapi kebanyakannya mesti tak ingat password..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak yang katakan kita perlu tulis. Dan simpan di tempat yang selamat.

      Padam
  21. Password...samalah dengan dunia realiti, setiap rumah mesti mempunyai pintu, yg semestinya ada kunci, xcukup dgn itu...ada pula pagar, ada kunci juga. Ada pula yg berpagar dan sekuriti di kawasan perumahan. Semua itu untuk apa? Ya...sudah tentu untuk keselamatan.

    Ianya bukan sebab hilangnya kepercayaan atau buruk sangka kpd sesama manusia tapi jenayah dan kecurian juga berlaku di dunia siber. Apa pilihan yg kita ada...kena buat dan ingatlah password demi keselamatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, baik analoginya. saya suka.

      Jadi, sediakan payung sebelum hujan kan.

      Padam
  22. ayut pon yg bkn cikgu byk je password kena ingat..hahahah..kdg2x tu mmg kena reset pastu bt blik password baru :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajinnya. Saya selagi password tu kuat dan boleh digunakan sampai bila-bila pun akan guna.

      Padam
  23. Balasan
    1. Itulah kan, muda-muda pun kita sellau lupa. Saya kadang-kadang pun macam tu juga.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78