Semarakkan Merdeka
Langit merdeka luas terbentang
awan kemakmuran mengarak panji
di bawah satu gagasan perpaduan
menjalin ummah hakiki
kemerdekaan milik bersama.
Semarakkan merdeka
bukan laungan semata
bukan laungan semata
bebaskan fikiran terjajah
asahkan kikir minda
kibarkan bendera kemajuan
bakarkan lalang kebencian
menghargai setitik darah pengorbanan
kasih sayang yang terlebur di
medan juang
harumkan pusara tercinta dengan
doa kudus
moga jihad mereka tertebus
pahala.
Batang Kali, Selangor
P/S: Di manakah anda menyambut Kemerdekaan malam ini?
P/S: Di manakah anda menyambut Kemerdekaan malam ini?
Selamat Menyambut Kemerdekaan..Sambut di rumah saja.. Perempuan tak elok keluar malam-malam.. Hehe.. Esok baru ingat pi tengok perbarisan..
BalasPadamBetul tu kak. Tapi kalau keluar dengan suami atau keluarga bolehkan.
PadamBaguslah kalau dapat tengok perbarisan.
Puitis sajak. Abang helmi, boleh tak senaraikan semua alamat emel untuk hantar karya ke akhbar atau majalah? Terima kasih, abang
BalasPadamTerima kasih. Insya-Allah.
Padammerdeka!!! merdeka!! merdeka !!
BalasPadamBersemangat!
Padampuisi yang cukup indah =) sama-samalah kita semarakkan hari kemerdekaan..saya menyambut malam ni depan tv je cikgu..
BalasPadamTerima kasih sudi menghayatinya.
Padamsalam merdeka ! :)
BalasPadamerm .. nak pinjam puisi utk majlis merdeka nnti b0leh ?
Salam kemerdekaan.
PadamNak deklamasikan ke? Boleh. Jangan lupa sebut nama penulisnya ya.
a'ahh .. nak deklamasikan .. trima kasih ! :)
Padamnama penulis wajib sebut , jgn risau :D
Er... sesuai ke sajak ni nak dideklamasikan. Kalau sesuai cubalah.
PadamPertandingan ke> Semoga berjaya.
Selamat menyambut kemerdekaan negara, cikgu. Tahniah untuk sajak yang tersiar kalau tak silap Kak Long dalam majalah Jelita September 2013.
BalasPadamSalam kemerdekaan Kak Long. Terima kasih. Ya, belum sempat nak kongsikan di sini lagi.
PadamDi rumah, menghadap kerja sambil merusak blog :P
BalasPadamMerusak blog? Hebat.
Padamselamat menyambut hari kemerdekaan.. malam tadi aiza menyambut di rumah kakak aiza sahaja sambil menganyam ketupat daun palas.. :D
BalasPadamKetupat palas? Sedap ni. Mesti nak makan hari ni kan.
Padampandai berpuisi jugakk.sambut merdeka kat rumah je..haha
BalasPadamJom terjah sini Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-56
Salam kemerdekaan. Terima kasih. Insya-Allah, saya akan ke sana nanti.
PadamSalam manis dalam kemerdekaan...buat Cikgu Helmi Tetamu Istimewa :)
BalasPadamPersetua lara menangis menahan,
Waktu berarus ledakan sesaat;
Jiwa bersuara puitis kemerdekaan,
31 Ogos pekikan semangat.
Ummi menyambut merdeka berdua beranak depan tv ja...hujan gerimis :)
Waalaikumusalam, Ummi. Salam Kemerdekaan.
PadamRasanya Persetua Lara merupakan judul drama sempena hari wanita karya Siti Jasmina Ibrahim.
Saya memang tak pandai berpantun Ummi.
Ummi dah pun tonton drama Persetua Lara...yang bermaksud peristiwa yang menyayat dan menusuk hati....plotnya pun bagus... :D
PadamUntuk makluman Ummi, Siti Jasmina Ibrahim memang hebat dalam penulisan. Karyanya berilmu dan penuh nilai sastera. Beliau juga katif dalam menghasilkan skrip drama.
Padamemm2..nk cipta puisi gk ni..tapi xpndai..hehe
BalasPadamCubalah, mana tahu ada bakat terpendam.
Padamakak kat rumah jer...
BalasPadamOklah tu. Saya kali ini berpeluang ke Putrajaya. Tahun lepas tak ke mana pun.
Padam