Saya pernah menulis rencana di Dewan Bahasa berkaitan pembayaran honorarium kepada penulis. Kepada bakal penulis berikut merupakan jadual penerbitan yang memberi honorarium kepada penulis. *Segala pembayaran ini tertakluk pada perubahan semasa.
Nama
Syarikat Penerbitan
|
Nama
Majalah
|
Jenis
Karya
|
Dewan
Bahasa dan Pustaka
|
Dewan
Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Pelita Bahasa, Dewan Pelajar, Dewan Tamadun Islam,, Dewan Ekonomi, Dewan Siswa dan Dewan Kosmik.
|
Cerpen,
Puisi, Rencana, Komentar Bahasa, Berita
|
Utusan
Karya Sdn. Bhd.
Utusan Melayu (M) Berhad
|
Harmoni,
Wanita, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan.
|
Cerpen,
Puisi, Ulasan Buku, Rencana
|
Kumpulan
Karangkraf Sdn. Bhd.
|
Mingguan
Wanita, Sri Dewi & Keluarga, Remaja, Fokus SPM.
|
Cerpen
|
The
New Straits Times Press (NSTP)
|
Berita
Harian (BH)
|
Cerpen,
Puisi, Rencana
|
Penerbitan
Dian DarulNaim Sdn. Bhd
|
Era
Muslimah
|
Cerpen
|
Bayaran untuk setiap ruangan atau jenis karya adalah tidak sama. Moga perkongsian ini membakar semangat kepada penulis eceran di Malaysia untuk terus menyumbang karya dan memperkayakan khazanah persuratan Melayu.
Sumber: "Mencipta" Kerjaya melalui Bahasa Melayu, Dewan Bahasa Februari 2013-Mohd Helmi Ahmad.
Saya pernah tidak mendapat honorarium untuk karya pertama sehingga karya keempat saya yang tersiar dalam media. Terasa sangat kecewa. Tambahan pula saya seorang yang sangat baru dalam dunia penulisan. Namun, senior-senior dalam bidang ni selalu menasihati saya dengan kata-kata yang sangat membina.
BalasPadamApabila karya tersiar, itu sudah menjadi satu kebanggaan dan penghargaan kepada kita sebagai seorang penulis.
Dan terfikir semula kegembiraan saya yang melonjak-lonjak saat pertama kali melihat karya di media. Saya cuba hadam kata-kata mereka.
Saya cuma sedikit tawar hati untuk menyumbangkan karya kepada syarikat itu lagi, tetapi tidak pernah terfikir mahu berutus asa untuk terus menulis dan menulis. :)
Boleh saya tahu, adakah penerbitan tersebut tersenarai dalam jadual di atas?
PadamSaya berharap saudara jangan putus asa, Jangan perispaan bakat yang ada. Kembangkan dan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya.
Selamat berkarya.
Sebenarnya ada dalam senarai di atas. Pernah saya hantarkan surat rasmi, kemudian mendapat respon daripada editor majalahnya yang menghubungi saya lalu berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut.
PadamKemudian saya tunggu lagi beberapa bulan (ketika itu sudah lebih setahun sejak karya tersiar), tiada sebarang tindakan. Saya cuba hantarkan pula mesej melalui laman FB, mendapat respon daripada admin laman tersebut yang turut menghubungi saya. Kemudian berjanji akan menyelesaikan bayaran sesegera mungkin. Namun masih tiada.
Sehingga sekarang, sudahpun dua tahun menunggu. Mungkin bukan rezeki saya. :)
Saya juga pernah alamai benda yang sama. Pernah juga bertanya pada editornya. Namun rasanya belum bayar lagi kot. kalau tidak, mesti dihantar resit pembayaran kan.
PadamNice sharing.. :-)
BalasPadamAlhamdulillah, sama-samalah kita berkongsi ilmu yang ada.
PadamWah ini informasi yang sangat menarik, sekaligus bermanfaat untuk kita semua yang gemar menulis. Selain kita bisa menyalurkan hobby kita melalui tulisan, juga bisa memperoleh penghasilan. Terimakasih banyak kawan atas informasinya :)
BalasPadamSama-sama. Moga segala persoalan yang berlegar dalam kerangka fikir bakal penulis selesai sudah. Dan, tinggal usaha mereka untuk merancang proses penulisan pula.
Padamterima kasih cikgu, perkongsian yang sangat menarik ni:)khasnya kepada para penulis-penulis baru..:)
BalasPadamSama-sama. Perkongsian atas tiket pengalaman. Moga bermanfaat.
PadamAlhamdulillah, bakat kurniaan Allah SWT. saya hanya berusaha.
BalasPadamSy rs pengomen pertama tu wajar tanya penerbit knape xdpt...brg kali penerbit terlupa sbb nk handle dgn ramai penulis.lain ceritanya kalu submit karya tp xtersiar...
BalasPadamItulah yang saya tanyakan, adakah penerbitan itu tersenarai dalam jadual di atas ataupun tidak. Selalunya penerbitan di atas tidak ada masalah tentang pembayaran.
Padamperkongsian yang menarik.. :D
BalasPadamBerkongsi ilmu sedikit, moga manfaatnya banyak.
Padamwah, blog orang penting yang follow blog-ku... penting karena ahli linguistik, bidang yang akan saya geluti di perkuliahan universiti nanti.
BalasPadamFollowed ya, bang
Terima kasih sudi singgah sini dan follow. Tidaklah hebat seperti apa-apa yang difikirkan.
PadamMoga selamat ya.
baru tahu ni
BalasPadamMoga bermanfaat dan menambahkan ilmu.
Padaminfo yg baik ni utk semua
BalasPadamAlhamdulillah. Moga bermanfaat.
PadamMenarik, tapi adakalanya mungkin terlepas pandang atau tidak tahu mengapa... ada penerbitan yang memang dikenali membayar honorarium, adakalanya tidak membayar juga. Ada juga penerbitan di atas yang saya menerima bayarannya, tetapi ada rakan yang tersiar di penerbitan yang sama tidak pernah menerima bayaran. Saya pun tidak faham.
BalasPadamPerkara sama juga yang saya alami. Kalau ada penulis yang memaklumkan pada saya yang penerbitan ini tidak membayar sedangkan penerbitan itu berbuat demikian pada saya. Oleh itu, penerbit diharap bertindaklah wajar dan profesional kepada semua penulis. Baru ataupun mapan.
Padam