Pengikut

Isnin, 19 Ogos 2013

Cerpen: Anugerah Syawal Nan Mulia di Dewan Pelajar

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah, cerpen saya yang berjudul ANUGERAH SYAWAL NAN MULIA telah disiarkan di DEWAN PELAJAR, Ogos 2013 dalam ruangan Kisah Bulan Ini. 


Cerpen ini telah lama saya hasilkan sebenarnya. Namun rezekinya belum ada walaupun pernah mencuba di beberapa buah media tempatan. Mungkin disebabkan cerpen ini sekadar mengisahkan dunia kanak-kanak dan watak utamanya juga didukungi oleh kanak-kanak, cerpen ini sukar untuk mendapat tempat di mana-mana media pun kecualilah yang mengangkat kanak-kanak sebagai subjek terbitannya seperti Dewan pelajar. 


Sebenarnya, media yang ada di Malaysia masih kekurangan untuk menampung karya kanak-kanak. Selain Dewan Pelajar, mungkin Asuh, e Baca, Kuntum sahaja yang mengfokuskan tentang kanak-kanak. Jadi, ruangannya agak terhad jika hendak dibandingkan dengan ruangan karya untuk umum dan remaja. 

Terima kasih kepada editor yang memilih cerpen ini untuk dikongsikan dengan adik-adik semua. 

27 ulasan:

  1. wahh, bagusnya. waktu kat sekolah dulu, saya minat juga dengan bidang sastera ni.

    BalasPadam
  2. masa sekolah buku ini jdi favorite... wahh hebat cikgu tahniah teruskan menulis,.. nanti share lah di blog ini satu cerita ..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum, tahniah juga untuk Samad Menulis Surat Cinta yang tersiar di Fokus SPM Julai 2013. Salam karya.

    BalasPadam
  4. sy suka menulis, tapi dlm English....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak mengapa dalam bahasa apaun, asalkan baik mutunya. Teruskan.

      Padam
  5. Tahniah cikgu...kepelbagaian menghasilkan karangan mengikut peringkat usia bukanlah sesuatu yg mudah. Cikgu berjaya melakukannya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, ya sukar juga untuk menghasilkan karya kanak-kanak ni. Sekadar mencuba. Impian saya, nak terbitkan kumpulan cerpen kanak-kanak.

      Padam
  6. Assalamualaikum.

    Sukar rupanya untuk meletakkan karya kita di media cetak ya helmi..

    Helmi, shingga skrg, dah berapa bnyk karya helmi yg dah tersiar kat majalah2 tmptn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam,

      ya, memang sukar kerana perlu melalui tapisan ataupun saringan daripada editor. Kalau sesuai baru diterbitkan.

      Alhamdulillah, puisi dan cerpen kedua-duanya melebihi 50 buah yang tersiar.

      Padam
    2. Saya kira..itu banyak bagi org mcm sya, yg mmg tak pernah hantar apa pun.

      Bakat saya bukan kesana. Semoga masa2 akn dtg lebih bnyk krya yang dpt dihasilkan.

      Satu lgi helmi, katakan la ia diterbitkan, lepastu kita sbg penulisnya boleh tak publish kt tmpt lain? Cth mcm helmi, publishkn kt blog?

      Padam
    3. Setiap karya ada hak ciptanya. Begini, setiap karya yang dihantar ke penerbitan, hanya boleh dihantar ke satu penerbitan sahaja, tidak boleh dihantar lebih daripada itu dalam satu-satu masa. Kalau tak siar, dalam tempoh lama barulah hantar surat penarikkan balik dan baru boleh hantar ke media lain.

      Dan apabila tersiar, mengikut tempoh penerbitan, kalau majalah bulanan contohnya, bulan ini. Penulis dilarang menerbitkan semula karya itu sebelum tamat tempoh edahnya, maksudnya kalau nak siarkan juga tunggu bulan berikutnya. Kalau yang harian, tempohnya sehari saja, esok dah boleh kongsikan, kalau nak kongsi.

      Keduanya, karya yang hendak dihantar ke media penerbitan tidak boleh diterbitkan dahulu di blog, FB dan sebagainya. Itu sudah melanggar hak cipta.

      Padam
  7. Alhamdulillah =) tahniah cikgu..bangga betul la saya dengan cikgu..semoga cikgu terus berkarya dan maju selepas ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih. Saya juga berbangga dapat rakan blogger yang memberi sokongan.

      Terima kasih.

      Padam
  8. Tahniah cikgu Helmi.. Selamat berkarya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Erin. Moga membakar semangat akak untuk turut berkarya.

      Padam
  9. Tahniah cikgu..teruskan usaha cikgu dan semoga cikgu lebih berjaya berkat usaha gigih cikgu..=)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78