Assalamualaikum semua. Selamat pagi.
kredit foto dari www.gaptekupdate.com |
"Menulis merupakan satu kemahiran dan bukannya wasiat yang boleh diwarisi kepada sesiapapun. Kemahiran itu lagaknya seperti pisau. Bukan namanya pisau andai tidak bermata dan mempamerkan ketajaman. Tidak selamanya pula ketajaman itu akan kekal lama. Sedarlah pisau juga boleh menjadi tumpul andai tidak diasah setiap hari. Untuk menguji ketajamannya tidak cukup sekadar menyeru dan menyebutnya berulang kali sebaliknya hasil tulisanlah yang membuktikan keberhasilannya. Jadilah pisau yang mengelokkan bukan melukakan."
Betul tu, menulis adalah supaya kita tidak lupa. Menulis adalah supaya kita lebih beringat. Menulis adalah supaya kita berfikiran lebih matang dan tajam. Menulis adalah supaya kita dapat menyebarkan ilmu. Menulis adalah suatu wakaf.
BalasPadamHarus mula menulis. Bukan sekadar melafaz sahaja kan.
Padamwaalaikumussalam dan selamat pagi,cikgu
BalasPadamcikgu,semalam baru saya terfikir sejak 3 tahun sebagai blogger,ada kawan2 blogger yang sudah 'dijemput' Ilahi.kadang2 kak lea singgah baca entri2 lama mereka,sedih sebab tiada yang dapat ambil alih blog,tu.terbiar sepi...mungkin keluarga tak minat menulis atau tak tau password :(
terfikir andai satu hari nanti tulisan kak lea terhenti tiba2,bolehkah diwasiatkan blog kepada anak2.sedangkan mereka masih kecil.nak bagi kepada adik,minatnya hanya di fb.baginya blog sesuatu yang menakutkan sebab tak reti nak tulis apa panjang2.
kak lea cukup suka menulis,cikgu.berangan satu hari nanti nak hasilkan puisi atau cerpen :)
Takziah kepada keluarga arwah.
PadamSelalunya terbiar begitu saja. Saya pernah mengikuti blog seorang penulis, namun setelah beliau pergi blog itu hanya tinggal usang.
Kak Lea, boleh mencuba.
Tidak kurang ada yg mencoret sebagai melepas apa yg terbuku dihati. Terasa lega bila sudah dilepaskan. Pada yg membaca pula mula menilai hasil dari penulisan tersebut.
BalasPadamTulisan sekarang ibarat lidah juga - kena berhati-hati.
Benar, lidah yang tidak bertulang ini amat bisa menyatukan dan melukakan.
Padamwah!! InsyaALLAH cikgu..=D
BalasPadamSama-samalah kita menulis untuk hari esok dan seterusnya.
Padamdalam maksudnya..
BalasPadamsalam jumaat bro :)
Salam Jumaat Fizi.
Padam...aku menulis bkn kerna nama....kerna sifat kasih,pada sesama insan,dan menyatakan kasih sayangkuuuu...:)
BalasPadamPengakuan yang sangat jujur.
Padamwslm....penulisan itu seni, seni tu plak indah ;)
BalasPadamBenar sekali. Menulis juga perlukan seni.
Padamyup sgt2 bersetuju.
BalasPadamTerima kasih bersetuju dengan saya.
Padammenulis pada mama ibarat melepas apa yang terbuku dalam jiwa ni.... dengan menulis, mama dapat kepuasan.. dengan menulis mama dapat berkongsi segala cerita.. yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan peringatan...
BalasPadamPenulisan juga merupakan seni bercerita. Itu bukan bermakna kita bebas melampiaskan sebarang emosi yang membuta-tuli. Oleh itu, kita harus mengawalnya dan lebih elok kita sampaikan dalam tersurat dan tersirat.
PadamSemoga berjaya mama.
salam jumaat.. suka dgn ayat entri ni.
BalasPadampenulisan itu boleh menarik hati sesiapa saja utk membacanya..
Salam Jumaat. Terima kasih.
PadamPenulisan yang bertenaga mampu memikat hati sesiapapun yang membacanya.
menulis apa yang terlintas di fikiran. bila dah lupa, baca balik entry lama. mungkin masa tu la baru kita ingat balik apa yang kita tulis.. otak kita bukan komputer yang bileh ingat semua benda.. :) teruskan menulis ya blogger :)
BalasPadamInilah satunya kelebihan blog daripada Facebook. Blog mempunyai arkib simpanan entri lepas.
Padamsuke menulis tapi x penah ada idea . Eh! mcm mana tu cikgu?
BalasPadamEm... boleh cuba yang kecil-kecil dulu. Tulis sedikit demi sedikit. Idea boleh dijana.
Padamkathy pun suka menulis sejak zaman sekolah lagi..kerap ikut pertandingan menulis esei..kekadang menang,kekadang kalh.hehehehe...
BalasPadamSaya juga bermula dengan menyertai pertandingan menulis esei di sekolah.
PadamAdat pertandingan, ada menang dan kalah.
hai...
BalasPadamfollow kembali...
biasa la tu, membaca dan menuliskan perlukan sesuatu yang dipanggil semasa. tak gitu?
haha!
Terima kasih, sudi singgah dan follow balik ya.
PadamBertuahnya orang yang ada bakat menulis, hanya perlu diasah setiap hari, tapi macam mana dengan orang yang tak ada bakat menulis macam saya...minat tinggi tapi kesungguhan tak ada, baru satu karya kena 'reject' dah mengalah...
BalasPadamOh, bakat itu kurniaan Allah SWT.
PadamKalau ada minat saja tidak mencukupi, perlu ada kesungguhan yang tinggi juga.
Jangan mudah mengalah. Penolakan pertama bukan bermakna sudah berakhir.
A. Samad Said pernah berkata, untuk menulis, kita perlu membaca, membaca, membaca dan barulah menulis.
BalasPadamAlhamdulillah Cik akak.
Dari dulu memang suka menulis. Pernah berangan nak tulis novel. Cheh, berangan je la. Sampai skang tak penah ada hasil. Haha! Tulis blog pun kadang2 fail :P
BalasPadamDari angan-anganlah akan tercipta impian dan seterusnya hasil. Semoga berjaya.
Padamtulisan tu ok jer cuma kadang - kadang komen yang diberi tu buat hati jadi terluka ...
BalasPadamKita tak dapat menjangkakan komen atau respon yang diberikan oleh pembaca. Kalau bolah kita hanya mengharapkan komen yang baik dan membina. Kalau yang tidak baik dan semata-mata untuk menjatuhkan itu, abaikan saja.
Padamaiza menulis sekadar luahan dari hati saja.. tak pernah terfikir untuk menulis sesuatu yang kreatif..
BalasPadamKreatif itu cuma cabang seni penulisan saja.
PadamSaya menulis agar bahasa Melayu terus kaya di alam Internet ini. Ilmu bukanlah mutiara. Ilmu didatangi, bukan mendatangi, pesan Imam Malik rahimullah.
BalasPadamAlhamdulillah, moga niat itu diberkati.
Padamkebanyakannya orang sastera ni pandai menulis..
BalasPadamMenulis memerlukan kemahiran juga Bunda.
Padamacik pula suka menulis untuk meluahkan dengan kata-kata melalui penulisan ,mahupun sajak dan cerpen acik pernah hasilkan.. dan menulis itu satu kepuasan
BalasPadamBenar, acik. Apabila kita dapat menulis pasti kepuasan dapat dicapai.
Padambest entry ni :)
BalasPadamTerima kasih.
Padammenulis tu kena asah hari2..
BalasPadamYa, kalau tak asah tak tajam.
PadamSatu pesanan yg baik buat diri ini.. in Shaa Allah.. akan terus melatih diri selagi diizinkan Nya..
BalasPadamYang baik elok dikongsikan. Moga bermanfaat.
PadamPesanan yang baik, bakat kena asah hari-hari, baru dapat diterjemahkan..inshaa'Allah..ada idea..boleh dikongsikan bersama
BalasPadamKalau yang berbakat besar pun jika dibiarkan begitu saja tidak ke mana juga kan Fais. Yang penting berusaha untuk maju ke hadapan.
PadamSatu suntikan motivasi buat saya yang baharu belajar menulis sesuatu yang bermakna dan bermutu...Terima kasih Cikgu.
BalasPadam