Pengikut

Sabtu, 21 September 2013

Menulis Bukan Satu Wasiat

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. 

kredit foto dari www.gaptekupdate.com 

"Menulis merupakan satu kemahiran dan bukannya wasiat yang boleh diwarisi kepada sesiapapun. Kemahiran itu lagaknya seperti pisau. Bukan namanya pisau andai tidak bermata dan mempamerkan ketajaman. Tidak selamanya pula ketajaman itu akan kekal lama. Sedarlah pisau juga boleh menjadi tumpul andai tidak diasah setiap hari. Untuk menguji ketajamannya tidak cukup sekadar menyeru dan menyebutnya berulang kali sebaliknya hasil tulisanlah yang membuktikan keberhasilannya. Jadilah pisau yang mengelokkan bukan melukakan." 


53 ulasan:

  1. Betul tu, menulis adalah supaya kita tidak lupa. Menulis adalah supaya kita lebih beringat. Menulis adalah supaya kita berfikiran lebih matang dan tajam. Menulis adalah supaya kita dapat menyebarkan ilmu. Menulis adalah suatu wakaf.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus mula menulis. Bukan sekadar melafaz sahaja kan.

      Padam
  2. waalaikumussalam dan selamat pagi,cikgu

    cikgu,semalam baru saya terfikir sejak 3 tahun sebagai blogger,ada kawan2 blogger yang sudah 'dijemput' Ilahi.kadang2 kak lea singgah baca entri2 lama mereka,sedih sebab tiada yang dapat ambil alih blog,tu.terbiar sepi...mungkin keluarga tak minat menulis atau tak tau password :(

    terfikir andai satu hari nanti tulisan kak lea terhenti tiba2,bolehkah diwasiatkan blog kepada anak2.sedangkan mereka masih kecil.nak bagi kepada adik,minatnya hanya di fb.baginya blog sesuatu yang menakutkan sebab tak reti nak tulis apa panjang2.

    kak lea cukup suka menulis,cikgu.berangan satu hari nanti nak hasilkan puisi atau cerpen :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takziah kepada keluarga arwah.

      Selalunya terbiar begitu saja. Saya pernah mengikuti blog seorang penulis, namun setelah beliau pergi blog itu hanya tinggal usang.

      Kak Lea, boleh mencuba.

      Padam
  3. Tidak kurang ada yg mencoret sebagai melepas apa yg terbuku dihati. Terasa lega bila sudah dilepaskan. Pada yg membaca pula mula menilai hasil dari penulisan tersebut.

    Tulisan sekarang ibarat lidah juga - kena berhati-hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, lidah yang tidak bertulang ini amat bisa menyatukan dan melukakan.

      Padam
  4. Balasan
    1. Sama-samalah kita menulis untuk hari esok dan seterusnya.

      Padam
  5. dalam maksudnya..

    salam jumaat bro :)

    BalasPadam
  6. ...aku menulis bkn kerna nama....kerna sifat kasih,pada sesama insan,dan menyatakan kasih sayangkuuuu...:)

    BalasPadam
  7. wslm....penulisan itu seni, seni tu plak indah ;)

    BalasPadam
  8. Satu fakta yang menarik.....
    yang penting rajin membaca kerana ia membuat mata pena menari-nari menyanyikan nyanyian shadu...
    Penulisan yang hebat datangnya dari keturunan..tapi terhasil kerana minat dan ilmu membaca :)

    cikgu..tak lama lagi follower tu nak 500....:)
    tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. A. Samad Said pernah berkata, untuk menulis, kita perlu membaca, membaca, membaca dan barulah menulis.

      Alhamdulillah Cik akak.

      Padam
  9. yup sgt2 bersetuju.

    BalasPadam
  10. menulis pada mama ibarat melepas apa yang terbuku dalam jiwa ni.... dengan menulis, mama dapat kepuasan.. dengan menulis mama dapat berkongsi segala cerita.. yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan peringatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulisan juga merupakan seni bercerita. Itu bukan bermakna kita bebas melampiaskan sebarang emosi yang membuta-tuli. Oleh itu, kita harus mengawalnya dan lebih elok kita sampaikan dalam tersurat dan tersirat.

      Semoga berjaya mama.

      Padam
  11. salam jumaat.. suka dgn ayat entri ni.
    penulisan itu boleh menarik hati sesiapa saja utk membacanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat. Terima kasih.

      Penulisan yang bertenaga mampu memikat hati sesiapapun yang membacanya.

      Padam
  12. menulis apa yang terlintas di fikiran. bila dah lupa, baca balik entry lama. mungkin masa tu la baru kita ingat balik apa yang kita tulis.. otak kita bukan komputer yang bileh ingat semua benda.. :) teruskan menulis ya blogger :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah satunya kelebihan blog daripada Facebook. Blog mempunyai arkib simpanan entri lepas.

      Padam
  13. suke menulis tapi x penah ada idea . Eh! mcm mana tu cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Em... boleh cuba yang kecil-kecil dulu. Tulis sedikit demi sedikit. Idea boleh dijana.

      Padam
  14. kathy pun suka menulis sejak zaman sekolah lagi..kerap ikut pertandingan menulis esei..kekadang menang,kekadang kalh.hehehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga bermula dengan menyertai pertandingan menulis esei di sekolah.

      Adat pertandingan, ada menang dan kalah.

      Padam
  15. hai...

    follow kembali...

    biasa la tu, membaca dan menuliskan perlukan sesuatu yang dipanggil semasa. tak gitu?

    haha!

    BalasPadam
  16. Bertuahnya orang yang ada bakat menulis, hanya perlu diasah setiap hari, tapi macam mana dengan orang yang tak ada bakat menulis macam saya...minat tinggi tapi kesungguhan tak ada, baru satu karya kena 'reject' dah mengalah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, bakat itu kurniaan Allah SWT.

      Kalau ada minat saja tidak mencukupi, perlu ada kesungguhan yang tinggi juga.

      Jangan mudah mengalah. Penolakan pertama bukan bermakna sudah berakhir.

      Padam
  17. Dari dulu memang suka menulis. Pernah berangan nak tulis novel. Cheh, berangan je la. Sampai skang tak penah ada hasil. Haha! Tulis blog pun kadang2 fail :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari angan-anganlah akan tercipta impian dan seterusnya hasil. Semoga berjaya.

      Padam
  18. tulisan tu ok jer cuma kadang - kadang komen yang diberi tu buat hati jadi terluka ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak dapat menjangkakan komen atau respon yang diberikan oleh pembaca. Kalau bolah kita hanya mengharapkan komen yang baik dan membina. Kalau yang tidak baik dan semata-mata untuk menjatuhkan itu, abaikan saja.

      Padam
  19. aiza menulis sekadar luahan dari hati saja.. tak pernah terfikir untuk menulis sesuatu yang kreatif..

    BalasPadam
  20. Saya menulis agar bahasa Melayu terus kaya di alam Internet ini. Ilmu bukanlah mutiara. Ilmu didatangi, bukan mendatangi, pesan Imam Malik rahimullah.

    BalasPadam
  21. kebanyakannya orang sastera ni pandai menulis..

    BalasPadam
  22. acik pula suka menulis untuk meluahkan dengan kata-kata melalui penulisan ,mahupun sajak dan cerpen acik pernah hasilkan.. dan menulis itu satu kepuasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, acik. Apabila kita dapat menulis pasti kepuasan dapat dicapai.

      Padam
  23. Satu pesanan yg baik buat diri ini.. in Shaa Allah.. akan terus melatih diri selagi diizinkan Nya..

    BalasPadam
  24. Pesanan yang baik, bakat kena asah hari-hari, baru dapat diterjemahkan..inshaa'Allah..ada idea..boleh dikongsikan bersama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang berbakat besar pun jika dibiarkan begitu saja tidak ke mana juga kan Fais. Yang penting berusaha untuk maju ke hadapan.

      Padam
  25. Satu suntikan motivasi buat saya yang baharu belajar menulis sesuatu yang bermakna dan bermutu...Terima kasih Cikgu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78