Pengikut

Jumaat, 27 September 2013

Alor Setar atau Alur Kundang?


Saya suka dengan kolum Mewah Bahasa dalam Berita Harian. Kolum Mewah Bahasa memperlihatkan adanya beberapa cara untuk menyampaikan sesuatu konsep yang sama dengan perkataan berbeza disebabkan perbezaan slanga, dialek, taraf sosial dan generasi. 

Untuk ruangan ini pada 25 September 2013 yang lalu, Dr. Nor Hisham Osman telah berkongsi tentang asal usul nama tempat iaitu Alor Setar

Tahukah kalian atau anak jati Kedah asal nama Alor Setar? Kalau tidak pasti, saya turukan petikan dialog yang diberikan oleh Dr. Nor Hisaham Osman.

Ayah: Hahahaa... Alor Setar tu bukannya sempena star fruit! Ce tengok betul-betul ejaannya tu. Setar bukan star...

Ira: Setar? Bukan star ke?

Ayah: Bukan! Bukan star, tapi setar! Bukan bintang dan bukan bahasa Inggeris, setar ni bahasa Melayu.

Ira: Bahasa Melayu? Apa bendanya?

Ayah: Buah! Buah setar...

Ira: Buah setar! Eh! Tak pernah dengar pun. Jenis buah tempatan ke?

Ayah: Ha'ah! Buah tempatan tapi kat sini kita panggil buah kundang atau setengah orang panggil remia, ada juga orang panggil gemia. 

Ira: Ooo... buah kundang! Tapi...

Ayah: Orang Kedah panggil setar. Kan tempat tu di Kedah, itu sebabnya guna dialek Kedah, sempena buah setar. Agaknya kawasan tu dulu adalah alur yang banyak pokok kundang, orang Kedah pun namakannya sempena pokok tu, jadilah Alor Setar. Alur yang banyak pokok setar, pokok kundang...

Ira: Tapi kenapa alor, bukan alur?

Ayah: Itu nama tempat, dah lama, dulu pakai ejaan lama. Kalau ikut ejaan lama, alur dieja alor. Tu yang kekal ejaan Alor Setar tu...

Ira: Oooo.... taulah dah.



30 ulasan:

  1. Assalammualaikum..oo..dinamakan sempena buah setar..sya pun bru tahu...
    Singgah ptg ke blog tetamu istimewa :)

    BalasPadam
  2. Assalammualikum..singgah ptg ke blog tetamu istimewa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, selamat petang. Terima kasih singgah sini ya. Jemputlah datang lagi.

      Padam
  3. Tapi kedua2nya masih dalam kategori buah jugak la kan hehehehehe

    BalasPadam
  4. hana asal kedah tapi xtahu asal usul alor setar.. tapi kalau buah setar hana tau la.. orang kedah panggil buah staq rasanya.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah tu, dekat Kedah kita panggil buah setaq. Ada juga yang panggil kundang dan remia.

      Padam
  5. heheheh..baru tau hari ni..tqvm helmi...

    BalasPadam
  6. OOO...Macam tu kesahnya. Setiap nama tempat itu mesti ada sejarahnya tersendiri..

    BalasPadam
  7. Oh.. entri yg berinformasi.. baru sy tau. Thanks sharing..

    BalasPadam
  8. pandai si ayag menerangkan ...

    BalasPadam
  9. Ooo macam tu ke..best jugakkan cerita asal usul ni..kadang-kadang terfikir asa sesetengah tempat tu nama dia sungguh mengerikan..mungkin ada cerita kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sesiapa yang rajin, bolehlah buat kajian untuk mengetahui kisah asal usul nama tempat. Pasti menarik.

      Padam
  10. aloq setaq. sebut ja tp x tau asai nama. sekarang dh tau.

    BalasPadam
  11. ooo.. baru tahu. dapat lagi satu ilmu.

    BalasPadam
  12. kat kampung dulu ada pokok setar.. dah lama tak makan...

    BalasPadam
  13. owwhhh baru tahu =) he3..sebelum ni terfikir juga..alor setar ke atau alor star..perkongsian yg bermanfaat

    BalasPadam
  14. unik nama asal usul sesuatu tempat itu.. baru aiza tahu asal usul nama alor setar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kita buat kajian betul-betul baru kita tahu. Namun, semuanya ada kaitan dengan budaya setempat.

      Padam
  15. Ya, ada sejarahnya. Setiap nama tempat yang diberikan pasti ada kisahnya.

    BalasPadam
  16. saya pun baru tahu ttg ini.hehe.tahniah cikgu, semakin lama saya lihat semakin berkembang corak penulisan blog di blog cikgu. Ada gaya tersendiri...:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78