Pengikut

Sabtu, 7 September 2013

MITOS Ramlee Awang Murshid

Sebenarnya saya dah lama tak beli surat khabar hari sabtu. 
Selalunya wajib beli hanya hari Ahad. 
Tapi, hari ini tergerak nak beli sebab pertama nak baca tentang PPPM. 
Tak sangka pula, rupa-rupanya ruangan novel bersiri Ain Maisarah telah tamat 
dan digantikan pula dengan 
 MITOS-Ramlee Awang Murshid
Sudah pasti ramai yang mengenali novelis seram ini. 


RAM muncul dengan siri 1 (Perbalahan pemburu dan pemangsa) untuk ruangan Novel Inspirasi di Berita Harian, Sabtu. Kepada peminat RAM bolehlah ikuti siri seterusnya 
pada minggu hadapan. 

Saya pernah menulis artikel tentang RAM yang disiarkan di Dewan Bahasa. Saya petik artikel itu untuk dikongsikan di sini. 

Ramlee Awang Murshid pernah mencatat pendapatan lebih daripada RM500 ribu dalam tempoh lapan tahun. Ramlee Awang Murshid tampil dengan genre yang tidak banyak diceburi oleh penulis tanah air berbanding tema cinta romantis. Trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta telah mencatat kutipan yang membanggakan selaku seorang penulis novel. Bersama penerbit Alaf 21 (Kumpulan Karangkraf), Ramlee Awang Murshid telah berjaya menerbitkan sebanyak 20 buah novel, antaranya Tombiruo (1998), Ranggau (1999), Mandatori (2000), Semangat Hutan (2001), ADAM (2002), Satu Janji (2003), Tombiruo Terakhir (2004), Rahsia Perindu (2005), Bagaikan Puteri (2005), Hatiku Diharajuku (2006), Cinta Sang Ratu (2007), Ungu Karmila (2008), Hijab Sang Pencinta (2008), Mikhail (2009), 9 Nyawa (2010), Cinta Sufi (2010), Rayyan Fantasi (2011), Sutera Bidadari (2011), Fiksyen 302 (2011), dan Sunan Musafir (2012).



30 ulasan:

  1. Wahh banyaknya karya beliau yg begitu unik . Tapi belum berkesempatan nak baca lagi ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya masih ada yang terbaru. Untuk koleksi novel awalnya saya ada menyimpannya.

      Padam
    2. Boleh saya tahu koleksinya, saya berminat untuk menjadikan karya beliau sebagai ebook utk simpanan saya sendiri

      Padam
  2. salam cikgu.wah macam tu saya tak nak ketinggalanlah beli BH setiap sabtu.saya baru je mengumpul 3 novel RAM.saya pernah bagi kawan baca,dia kata pening kepala sebab RAM kan suka guna teknik flash back dan forward :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, Kak Lea.

      Kalau yang tak biasa baca novelnya tentu tak berapa suka dan pening. Tapi kalau peminatnya saya percaya memang mereka ni suka.

      Padam
  3. Kak erin baru pinjam buku fiksyen 302 dari perpustakaan..sedang baca buku tu sekarang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum baca lagi. Dah lama tak baca karya RAM sebenarnya.

      Padam
  4. Assalamualaikum Cikgu. Terima kasih atas perkongsian ini, sudah lama tak beli akhbar 'kertas'. Sebagai peminat RAM, sudah pasti ini menarik perhatian saya. terima kasih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Lepas ni bolehlah beli setiap minggu.

      Padam
  5. acik dah bace dah :) acik sangat meminati RAM sejak first time bace A.D.A.M sehingga kini..RAM mmg terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, cepat acik ni ya. Tahu saja kalau ada karya RAM kan.

      Padam
  6. Assalamualaikum Cikgu...sorry lambat singgah sini...Saya busy sikit...Wahh banyaknya karya beliau yg begitu unik .... Tapi saya belum berkesempatan lagi ...sekolah dulu selalu jugak baca...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Tidak mengapa.

      Memang banyak karya RAM. Saya pun tidak ada semua.

      Padam
  7. aiza tak pernah mengikuti perkembangan beliau.. tentunya menarik karya kisah seram.. tapi aiza ni penakut.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang suka genre ini RAM adalah pilihan tepat.

      Padam
  8. Perghh.. 500 ribu?/ sblan??? bnyk tu.. mna taknya karya beliau smua hbat2x

    BalasPadam
  9. banyak jugak karya beliau yang cikgu ikuti yea...heheheh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak semua karyanya yang saya miliki. Ada sesetengah saja terutama novel awal penerbitannya.

      Padam
  10. masa zaman sy minat baca novel dulu, novel RAM adalah antara novel wajib yang saya akan cari..gaya penulisan RAM yang lain dari kebiasaan penulis-penulis biasa memang akan menarik perhatian pembaca-pembaca yang gemarkan genre baru :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. RAM telah berjaya mengumpul peminatnya yang ramai. Dan kini dah ada kelab peminatnya sendiri. Sangat kagum.

      Padam
  11. satu pn shark x pnah bli novel RAM nie..
    tp ramai yg bg feedback bagus untk RAM,
    mmg lain ler kalu bawa genre seram,
    rasanyer shark akan cr satu novel RAM nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak lah semua ada novelnya. Sekarang ni pun dah lama tak ikuti novelnya.

      Bolehlah cuba cari. Mana tahu terpikat.

      Padam
  12. tak berapa nak perasan tentang penulis tersebut..munkin zara pernah baca tapi tak tengok siapa penulisnya..hehehe...adoiiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulis tersebut juga pernah menjadi pengacara Selamat Pagi Malaysia.

      Padam
  13. genre seram =) lain dari yang lain, saya ni tak pernah pun nak ambil tahu pasal novel..tapi nama penulis tu saya kenal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama penulis kenal pula ya. Oh, mungkin tak minat baca novel kot.

      Padam
    2. Saya sangat menyukai karya-karya R.A.M

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78