Assalamualaikum semua. Selamat pagi dan selamat berhujung minggu.
Daripada semalam lagi saya mengikuti siaran berita yang memperkatakan tentang PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) 2013-2025.
Hari ini selepas balik dari mengajar kelas tambahan Tahun 4, saya ke kedai untuk membeli surat khabar. Pasti beritanya dan keluaran Khas PPPM ini akan disiarkan.
Muka hadapan Berita Harian Hari ini memperlihatkan kerajaan dan Kementerian Pendidikan begitu serius dan komited dalam memastikan kualiti pendidikan negara menuju ke dunia.
Sebagai seorang guru ataupun agen pelaksana, memikul tugas dan tanggungjawab yang tinggi dalam menjayakan misi ini.
Dalam surat khabar juga turut dimuatkan tentang perjalanan perancangan dan pihak terlibat sebelum PPPM dilancarkan. Semua pihak termasuk guru besar, guru, murid, pegawai JPN,PPD, ahli PIBG dan orang awam diberi peluang untuk bersuara dan berdialog.
Sehubungan dengan itu, satu tindakan telah diputuskan yang mana pemilihan guru adalah berdasarkan calon yang cemerlang sahaja.
Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada pemohon memiliki tiga gred Kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISM).
Kementerian Pendidikan juga akan menghentikan pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana PPPM memerlukan guru yang benar-benar mahir dan terlatih dengan sistem pengajaran.
Setelah desas-desus sebelum ini untuk mewajibakan mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM akhirnya terlaksana mulai 2016. 61,000 guru BI wajib menduduki Ujian Penempatan Cambridge bagi membolehkan murid mengikuti pembelajaran daripada guru yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa.
1. Gelombang 1 - 2013-2015
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan kepada kemahiran utama.
2. Gelombang 2 - 2016-2020
Memacu peningkatan sistem.
3. Gelombang 3 - 2021-2025
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi.
Sumber: Berita Harian, 7 September 2012.
makin tinggi standard pelajar kita nnti..
BalasPadamharap akan ada kemajun dr segi pendidikan kelak.
Insya-Allah, itulah harapan kita.
Padamsemoga program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan.. :D
BalasPadamAmin. Berdebar-debar juga sebenarnya. Besar tanggungjawab ni.
Padammemang sepatutnya bahasa Inggeris ni subjek wajib lulus...bahasa kedua yang terpenting di dunia...lagipun bila menyambung ke peringkat pengajian tinggi semua sumber rujukan adalah dalam bahasa Inggeris
BalasPadamBetul tu. Namun bab sumber rujukan ni, menjadi cabaran kepada sarjana kita untuk memperbanyakkan bahan dalam bahasa Melayu.
Padamsama-samalah kita merealisasikan PPPM
BalasPadamMarilah sama-sama ya.
Padamsemalam ada tgk juga berita...hampir separuh masa berita mengenai pppm..:)
BalasPadamSudah pasti kerana PPPM salah satu penentu pembangunan negara.
Padamnegara berpendidikan pemancu ke hadapan :D
BalasPadamSetuju. Pendidikan mampu menjayakan matlamat pembangunan negara.
PadamDalam mengorak usia ke senja (iyalah tu...) dibahu saya turut tergalas tanggungjawab itu...
BalasPadamSama-sama kita realisasikan hasrat PPPM ini.
PadamHebat! Yang nak melaksanakannya juga perlulah tabah dan sabar.
BalasPadamGood info and nice sharing..
BalasPadamMungkin perlu banyak membaca lagi untuk lebih pemahaman.
PadamBanyak betul program sekarang niekan...Nice sharing cikgu..
BalasPadamUsaha ini untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dan kualiti murid kita.
Padamsemoga usaha ini dapat seimbang dengan pembangunan yang semakin maju...huhuhuh!!!!
BalasPadamBetul tu, pembangunan jiwa juga perlu dititik beratkan.
Padamnampaknya serius kerajaan kali ni, banyak yang dah ditinggakan standardnya..harap pendidikan di Malaysia terus berkembang maju sejajar dengan pembangunan negara..
BalasPadam