Ikuti sambungan cerpen RAHSIAKU KINI MILIKMU.
Bahagian pertama (i) klik di sini.
Pinah
tersentak. Semenjak dia berkahwin dengan Azlan belum pernah lagi Azlan naik
angin begitu sekali. Setakat tegur menegur, salah faham sedikit itu biasalah.
Azlan tidak
berniat untuk menyakiti hati isterinya tetapi melihatkan Pinah telah mengambil
tindakan yang melampau dia tidak tega duduk diam. Pinah perlu sedar bahawa
tindakannya itu akan mengundang masalah yang akibatnya bakal menimpa batang
hidungnya juga.
Hujung
minggu sememangnya masa terbaik untuk Azlan dan Pinah bersama. Sarapan yang
disediakan Pinah cukup mengecurkan liurnya. Namun kesunyian tetap menjadi
tembok penghalang kepada mereka pagi itu. Barangkali bara amarah Pinah belum
habis reda. Azlan pula membelek-belek surat khabar sambil menyuap karipap ke
mulutnya. Air teh sudah dituang Pinah.
Kesunyian
itu dinodai oleh nyanyian Maher Zain yang melantun bunyi daripada telefon
bimbit Azlan.
“Helo,
assalamualaikum. Ya, saya bercakap.”
Suara yang
membuat panggilan itu tiba-tiba saja karam.
“Siapa ni?”
“Cikgu, ibu
Aisyah…” Tenggelam timbul suara itu membuat percakapan.
“Kenapa
Aisyah? Bawa bersabar.”
“Ibu Aisyah
dah tak ada.” Akhirnya Aisyah tewas. Mengalir juga air mata suci itu.
“Innalillahhiwainna
ilai hirajiun.”
“Kenapa
bang? Siapa yang meninggal?” Pinah yang pada mulanya hendak merajuk panjang
akhirnya tidak jadi. Dia bertanya juga dengan sepatah kata.
“Penderma
buah pinggang awak itu dah meninggal.” Jawab Azlan yang tidak reti berselindung
lagi.
“Apa?
Penderma buah pinggang saya? Jadi, abang dah tahu siapa pendermanya?” Pinah
merasa tertipu kerana sebelum ini Azlan pernah memberitahu yang dia juga tidak
tahu siapa penderma itu walupun sudah berkali-kali mendesak doktor yang
merawatnya membocorkan rahsia itu.
“Sebenarnya
dah lama saya tahu. Cuma pendermanya saja tidak mahu saya mendedahkan kepada
awak. Jadi demi keselamatan dan menghormati hasrat penderma itu saya terpaksa
merahsiakannya daripada awak.”
“Ya Allah,
saya tidak sempat mengucapkan terima kasih kepadanya.” Tiba-tiba sahaja Pinah
bertukar menjadi seorang yang pandai menghargai. Perasaan amarahnya kepada
Aisyah sudah dipinggirkan dahulu.
“Belum
terlambat lagi Pinah. Dia masih ada pewarisnya.”
“Syukur
alhamdulillah. Marilah kita pergi ziarah dan bolehlah nanti saya berjumpa
dengan waris penderma itu.” Lapang terasa hatinya. Pinah tidak sabar-sabar
hendak berjumpa dengan waris penderma itu. Terasa di dunia ini masih ada orang
yang berhati mulia.
Pinah
mengenakan kurung putih dan kerudung hitam semasa menziarah tanah perkuburan.
Azlan cuma mengenakan baju teluk belanga dan bersongkok hitam. Hajatnya dia
mahu membaca surah yasin nanti untuk dihadiahkan kepada arwah. Pengorbanan
arwah terhadap keluarganya terlalu besar untuk dibalas.
Tatkala
Pinah memandang kelibat Aisyah tiba-tiba sahaja hatinya memberontak kembali.
Nafasnya jadi tidak teratur. Dia menarik tangan Azlan.
“Jomlah balik!”
“Kenapa
pula?”
“Itu, kenapa
budak itu ada sekali di sini? Ke mana sahaja kita pergi ada saja dia. Menyampah
saya,” tukas Pinah yang kedengarannya sinis menghiris hati.
“Sabar
Pinah. Nanti awak tahulah kenapa dia ada di sini.” Azlan cuba menenangkan
isterinya.
Aisyah
berjalan tertip mendekati cikgunya yang tidak jemu mencurah semangat kepadanya
selain arwah ibunya sendiri.
“Cikgu,
terima kasih kerana sudi datang ziarah kubur ibu saya.” Terasa begitu merendah
diri di pihak Aisyah menyambut kehadiran cikgunya itu.
Masya-Allah
Pinah mahu melurut jatuh ke tanah. Tidak silapkah dia mendengar pengakuan
Aisyah yang kubur itu adalah kubur ibunya.
“Jadi, ibu
kamu yang menjadi penderma buah pinggang kepada saya?”
Aisyah
memandang Azlan. Aisyah tidak tahu bagaimana hendak memberi respon terhadap
pertanyaan itu. Azlan sekadar mengangguk. Aisyah pula sekadar mampu menitiskan
air mata. Betapa kejernihan air mata itu menceritakan begitu mulianya hati
seorang anak yang sanggup mempertaruhkan masa depannya dengan mengizinkan
ibunya menjadi penderma.
“Ya Allah.”
Pinah tanpa rasa malu lalu memeluk Aisyah. Sebuah pelukan yang erat itu bersatu
dengan zat-zat kasih sayang yang sukar terungkai.
Sesungguhnya
kau cahaya mata yang berkaca Aisyah. “Sudikah Aisyah menjadi anak angkat saya?”
Pinah tidak bertangguh lagi meluahkan lamaran hatinya untuk mengambil Aisyah
sebagai anak angkatnya walaupun sebelum ini pernah disuarakan Azlan namun dia
tegas membantah. Tetapi kini Allah itu Maha Kaya doa Azlan sepertinya diperkenankan.
Tangisan
Aisyah semakin lebat. Kemudian di hadapan kubur ibu Aisyah mereka berdakapan
menandakan Aisyah kini telah menjadi sebahagian daripada keluarga Cikgu Azlan
dan Cikgu Pinah.
TAMAT
Cerita yang sangat menyentuh hati..bagus cerita yang cikgu karang ni..
BalasPadamTerima kasih Kak Erin sudi membacanya. Alhamdulillah, cerita ni penuh emosi sikit.
PadamAs salam cikgu. Tahniah, karya sajak tersiar dalam ruangan simfoni bahasa, Pelita Bahasa September 2013.
BalasPadamWaalaikumusalam, terima kasih Kak Long atas makluman dan ucapan ini.
Padamsayu pengakhirannya
BalasPadamJangan sedih-sedih ya.
Padamsedihnyer...
BalasPadamJangan menangis ya Kak Katyh.
Padamvery nice one, sebak rasa membaca
BalasPadamTerima kasih KA sudi membaca dengan emosi dan empati.
PadamCerita yang bagus..suka saya membacanya.
BalasPadamTerima kasih mmebaca ya. Sekadar luahan ekpresi ke dalam karya.
Padamsedihnya. tak tertahan air mata mengalir.. mulia sungguh hati ibu aisyah..
BalasPadamTerima kasih Aiza yang sudi baca. Oh, menitis air mata ke? Terharu rasanya.
PadamTerharu je baca, baru tahu yang mak Aisyah ada derma organ kepada Pinah..memang cerpen yang terbaik cikgu
BalasPadamYa, sengaja saya buat kejutan di situ.
Padammmng tersentuh hati zara...kesudahan cerita ini.. akhirnya tahulah knapa cikgu itu begitu rapat dgn mereka..
BalasPadamTerima kasih Zara, mengikuti cerpen ini.
Padam