Pengikut

Ahad, 22 September 2013

Mengenali Kelakuan Orang Melalui Bahasanya

Akhirnya berjaya juga saya menghabiskan bacaan buku MONOLOG KECIL TAHUN-TAHUN GELORA karya Sasterawan Negara Baha Zain yang setelah 364 halaman tidak termasuk biodata dan indeks. 

Koleksi tulisan Baha Zain yang pernah dimuatkan dalam kolum Monolog Kecil di Dewan Sastera ini sangat hebat. Pemikiran yang terkandung dalam tulisannya mampu membuatkan kita berfikir setelah membacanya. 

Saya tertarik satu tulisan yang berjudul "Mengenali Kelakuan Orang Melalui Bahasanya"

Saya petik tulisan tersebut untuk dikongsikan bersama.

"Nada bahasa yang kita ucapkan, gaya ungkapan yang digunakan, buah butir yang dikeluarkan, dan bahasa anggota badan yang menyertainya sewaktu berucap, rupa-rupanya menjadi alamat tentang tingkah laku, perangai dan tabiat kita. Berhati-hatilah membuka jendela diri supaya tidak kelihatan terlalu banyak tentang siapa kita. Betullah kata peribahasa Melayu: Bahasa menunjukkan bangsa.


Dalam erti kata lain, jagalah pertuturan kita. Selalunya, orang akan menilai siapa diri kita dengan hanya melihat tingkah laku dan mendengar tutur kata yang keluar dari mulut kita.


26 ulasan:

  1. Assalamualaikum & selamat petang Helmi! Datang singgah sini membalas kunjungan.. Terima kasih sudi singgah ke blog Mieza.. Mieza sendiri pun selalunya akan menilai seseorang tu dari segi percakapan dan lenggok badan dia.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, Mieza. Bahasa mampu mengungkap sikap seseorang.

      Padam
  2. betullah .. bahasa menunjukkan bangsa :p

    BalasPadam
  3. Setuju aje..normally gaya percakapan dan body language ni susah nak control..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya pertuturan bahasa yang sopan ini datangnya dari dalam diri. Tidak boleh dibuat-buat. Kalau hendak berlakon memang susah.

      Padam
  4. mama setuju dengan kata-kata itu cikgu, :)

    BalasPadam
  5. kadang-kadang lebih baik diam daripada berkata-kata

    BalasPadam
  6. :) bahasa jiwa bangsa..eh?mcm lari topik ni.hihihi...tp mmg pon setiap tingkah laku dan percakapan kita adalah 1st impression sape kita..

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Bahasa yang kita tuturkan ini juga boleh dijadikan pertimbangan dan penilaian di akhirat kelak.

      Padam
  8. Subhanallah.. mmg betul tu saudara Helmi. Pertuturan & bahasa tubuh itu dapat menjelaskan cermin personaliti sebenar seseorang itu.. kpd yg mahu memerhati.. T kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa ialah cermin hidup yang mampu menyuluh personaliti diri.

      Padam
  9. bahasa mencerminkan diri kita.. lazimnya tanggapan awal orang mengenai diri kita berdasarkan bahasa kita sama ada lisan atau tidak lisan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa lisan dan tulisan amat penting untuk dikuasai.

      Padam
  10. Hmm.. Selalunya memang macam tu. Kalau yang pakar baca gerak-geri semua ni, mesti dah khatam perilaku manusia tu macam mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah keistimewaan yang dapat kita perolehi daripada sesuatu bahasa.

      Padam
  11. kerana mulut badan binasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, jagalah mulut. Kesian dekat anggota yang lain juga.

      Padam
  12. Betul tu cikgu =) terlajak kata, binasalah jawabnya..tak nak binasa kenalah jaga pertuturan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78