Assalamualaikum semua.
Semalam aktiviti saya, menyaksikan bagaimana malam di bakar, sunyi dihalau oleh percikan warna-warni bunga api dan letupan bunga api di Putrajaya.
Memandangkan telefon yang tak berapa canggih ni
sempatlah menangkap beberapa keping gambar buat kenangan.
Semalam Putrajaya dibanjiri oleh masyarakat setempat untuk menyaksikan pertandingan ini.
Pertunjukan bunga api ini dipersembahkan oleh negara Perancis.
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa ini disertai enam negara iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta.
Jika yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan pertandingan ini, masih belum terlambat. Malam ini masih ada. Pertandingan ini telah bermula pada 30 dan 31 Ogos. Seterusnya, 13 hingga 15 September dan 2 Oktober 2013.
Cantiknya bunga api.. best lah kalau dapat turut serta melihat bunga api tu..
BalasPadamCantik. Kali ni berpeluang tengok.
Padamada lg pertandingan nie..ingat kan dh habis dh..:) cantik kan bunga api..
BalasPadamAda. Tengok tarikh yang saya nyatakan tu.
Padamtak tengok pun semalam.. siang semalam memang aiza ke putrajaya sebab bawa mak ke hospital..
BalasPadamOh ya ke. Mungkin lain kali boleh tengok.
Padamdengar jer drp rumah . berdentam dentum ...
BalasPadamTinggal di Putrajaya ke? Mesti dapat tengok dari rumah kan.
Padambest!
BalasPadamSeronok. Cantik dan kreatif.
Padamdah lama tak gi bunga api camni..cantik nyerrr..
BalasPadamSaya pun dah lama tak tengok pertandingan bunga api macam ni.
Padamdh tgk haritu. lawa jugakla. cuma bunyi berdentum tu kuat sgt
BalasPadamMemang kuat. Kalau duduk dekat lagilah terasa kuat.
PadamSaya dah dua kali tengok ni.
BalasPadamwah...cantiknya!
BalasPadamYa, cantik. Kalau ada kamera canggih bolehlah ambil gambar yang cantik-cantik lagi.
Padamcntik bunga api..syok klu ada sane gk..
BalasPadamCantik. Masing-masing menunjukkan kraetiviti masing-masing untuk memikat hati juri.
Padamzara tngok jauh2 je..dekat2 belum tngok lgi..teringin tengok depan..hehehe
BalasPadamBila ada peluang nanti, pergilah tengok depan mata ya.
Padamcikgu Helmi pun pergi tengok bunga api juga ke?? Negara mana persembahan bunga api paling cantik??
BalasPadamSaya pergi tengok dua kali ja, Fais. Malam 31 Ogos dan 13 September. Dia buat banyak malam. Tapi, Malaysia pun cantik juga.
Padamcantik view nya..
BalasPadamKalau gelap lagi jelas gambar bunga api tu.
Padambest jugak skali skala layan tgk bunga api kan...
BalasPadambalas kunjungn dan done follow ;)
Seronok.
PadamTerima kasih ya.