Pengikut

Sabtu, 14 September 2013

Membakar Malam Menghalau Sunyi

Assalamualaikum semua. 
Semalam aktiviti saya, menyaksikan bagaimana malam di bakar, sunyi dihalau oleh percikan warna-warni bunga api dan letupan bunga api di Putrajaya. 


Memandangkan telefon yang tak berapa canggih ni 
sempatlah menangkap beberapa keping gambar buat kenangan.


Semalam Putrajaya dibanjiri oleh masyarakat setempat untuk menyaksikan pertandingan ini.


Pertunjukan bunga api ini dipersembahkan oleh negara Perancis.


Pertandingan Bunga Api Antarabangsa ini disertai enam negara iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis dan Malaysia. Pertandingan ini berlainan daripada pertunjukan bunga api biasa kerana setiap pertunjukan diiringi muzik pilihan negara peserta. 


Jika yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan pertandingan ini, masih belum terlambat. Malam ini masih ada. Pertandingan ini telah bermula pada 30 dan 31 Ogos. Seterusnya, 13 hingga 15 September dan 2 Oktober 2013. 


28 ulasan:

  1. wah lamanya....sayangnya tak sempat nak tengok...hihihi...:)

    BalasPadam
  2. Cantiknya bunga api.. best lah kalau dapat turut serta melihat bunga api tu..

    BalasPadam
  3. ada lg pertandingan nie..ingat kan dh habis dh..:) cantik kan bunga api..

    BalasPadam
  4. tak tengok pun semalam.. siang semalam memang aiza ke putrajaya sebab bawa mak ke hospital..

    BalasPadam
  5. dengar jer drp rumah . berdentam dentum ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tinggal di Putrajaya ke? Mesti dapat tengok dari rumah kan.

      Padam
  6. dah lama tak gi bunga api camni..cantik nyerrr..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dah lama tak tengok pertandingan bunga api macam ni.

      Padam
  7. dh tgk haritu. lawa jugakla. cuma bunyi berdentum tu kuat sgt

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Ya, cantik. Kalau ada kamera canggih bolehlah ambil gambar yang cantik-cantik lagi.

      Padam
  9. cntik bunga api..syok klu ada sane gk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik. Masing-masing menunjukkan kraetiviti masing-masing untuk memikat hati juri.

      Padam
  10. zara tngok jauh2 je..dekat2 belum tngok lgi..teringin tengok depan..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila ada peluang nanti, pergilah tengok depan mata ya.

      Padam
  11. cikgu Helmi pun pergi tengok bunga api juga ke?? Negara mana persembahan bunga api paling cantik??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pergi tengok dua kali ja, Fais. Malam 31 Ogos dan 13 September. Dia buat banyak malam. Tapi, Malaysia pun cantik juga.

      Padam
  12. best jugak skali skala layan tgk bunga api kan...
    balas kunjungn dan done follow ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78