Pengikut

Isnin, 9 September 2013

200 Bahasa Lenyap di India

Assalamualaikum semua. Selamat petang. 
Maaf ya, lambat terbitkan entri hari ni. 

"200 bahasa lenyap di India". 

Saya tidak terkejut apabila membaca berita ini di akhbar semalam. Sekiranya penutur bahasa Melayu juga tidak menghargai dan menuturkannya dengan baik, maka saya percaya, bahasa Melayu bakal mengikut jejak ini. Alangkah sedihnya bahasa Melayu yang indah itu lenyap dek sikap penuturnya sendiri.  


Tahukahlah kalian, perkembangan dan pemantapan sesuatu bahasa itu bergantung pada seramai mana penuturnya. Jika ramai penutur yang menuturkan sesuatu bahasa, maka bahasa itu akan terus hidup dan lestari hingga akhir hayat. Andai kata bahasa itu dipencilkan dan disisihkan maka bahasa itu akan lenyap dan mati. 

Sebab apa bahasa Inggeris mampu menjajah dan menawan dunia? Satu sebab yang nyata penuturnya ramai tidak kiralah penutur ibunda, asli atau "penutur celup" Bayangkan, apa akan berlaku sekiranya bahasa Inggeris itu dipencilkan dan disisihkan? 

Oleh itu atas kesedaran inilah, kita sebagai penutur jati bahasa ibunda harus terus memartabatkan bahasa Melayu. Jangan sewenang-wenangnya merojakkan dan melacurkannya demi sebuah pembangunan fizikal. Pembangunan yang seimbang adalah pembanguan yang turut menitik beratkan hal-hal kebahasaan. 


34 ulasan:

  1. betul jugak tu..kena ambil tahu lepas nie...kalau boleh taknak rosakkan bahasa..

    BalasPadam
  2. saya setuju dengan entry ni.
    ramai yang memegang status warga negara masih gagal bertutur dalam bahasa melayu dengan baik. pelik juga.

    tapi mempelajari bahasa lain merupakan satu keperluan bagi saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba tengok dalam tv la..bangsa bukan melayu ramai yang tak pandai berbahasa melayu.bukan ke tu adalah syarat untuk jadi warganegara masa dulu bleh berbahasa melayu..betulkan saya kalau silap..

      Padam
    2. Apabila kita terbiasa dan mengambil mudah dalam soal bahasa ini, maka kita akan menganggap kesilapan itu sekadar biasa-biasa saja. Kalau kita wujudkan satu undang-undang yanag mana penutur bahasa Melayu sekiranya melakukan kesalahan bahasa akan dikenakan denda, tentu ramai yang tidak berani buat salah lagi.

      Ya, saya tak nafikan. Pelajarilah seberapa banyak bahasa pun. Itu satu keperluan. Namun bahasa Melayu tetap nombor satu.

      Padam
    3. Tomato oren,

      Jangan katakan bangsa bukan Melayu, penutur Melayu juga bertutur sekerat ular sekerat belut.

      Padam
  3. benar, mama mengaplikasinya dalam kehidupan seharian anak mama, bukan saja mama minta dia pelajari bahasa mandarin, tapi mama juga mengajar dia penggunaan bahasa melayu dengan betul. biarlah dua-dua seiring... takut jika kita fokus pada mandarin sahaja, bahasa melayu dia sendiri akan tunggang terbalik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu langkah yang baik mama. Moga usaha mama ini membuahkan hasil yang baik satu masa nanti. Tahniah!

      Padam
  4. Betul tu..ada juga belajar sedikit tentang bahasa lenyap ni terutamanya dalam sosiolinguistik berkenaan kepupusan bahasa...nce sharing..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali. Sosiolinguistik mampu mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Masa di UPM, belajar juga subjek ini.

      Padam
  5. betul tu sis
    bahasa harus dibukukan and sebaiknya digunakan seharian
    agar x hilang ditelan zaman serba english ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa baku selalunya digunakan dalam urusan rasmi. Itu tidak bermakna dalam urusan harian kita mengabaikan aspek bahasa.

      Padam
  6. Takkan melayu hilang didunia...Insyaallah, bahasa melayu juga tidak akan lenyap selagi ada insan2 seperti cikgu. Semoga bahasa melayu terus kukuh bertahta sebagai bahasa utama di Nusantara.
    Peranan yg harus di lakukan oleh setiap individu termasuk kita sebagai blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-samalah kita memperjuangkan agar bahasa ibunda kita ini terus martabat dan dijulang tinggi.

      Padam
  7. betul tu cikgu..kalau kita sendiri tak memartabatkan bahasa kita, siapa lagi yang boleh kita harapkan betul tak :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat. Penuturnyalah yang bertanggungjawab.

      Padam
  8. Bahasa pun dah dikacukkan.. KAdang-kadang dalam percakapan terselit juga bahasa-bahasa lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang tak betulnya. Kalau nak bercakap dalam bahasa lain, cakap sepenuhnya. Jangan rojak-rojakkan.

      Padam
  9. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan siap ada kempen lagi tapi Inggeris juga diutamakan..so which one bahasa nak guna nie?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita kembali pada jati diri. Bahasa Melayu harus diutamakan.

      Padam
  10. Hargailah bahasa kita..."bahasa kita budaya kita"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar sekali. Melalui bahasa kita mampu telesuri budayanya.

      Padam
  11. Mari bangga dengan bahasa Ibu kita...

    BalasPadam
  12. betul tu cikgu, tengok sekarang pun dah berojak-rojak bahasa yang digunakan, kadang-kadang saya pun tak faham..harap sangat bahasa melayu tak hilang di Malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika mahu bahas akita terus dimartabatkan, ayuh sama-sama kita menggunakannya dengan betul.

      Padam
  13. Balasan
    1. Sebaik-baik penutur adalah penutur yang menghargai, bukan merosakkan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78