Pengikut

Rabu, 4 September 2013

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata...

Assalamualaikum semua. 
Nampaknya lambat saya menerbitkan entri baru pada hari ini. 
Maklumlah sibuk juga hari ini. Memandangkan ada kegiatan kokurikulumm di sekolah pada hari rabu. 

Sudah lama sebenarnya saya hendak menyiapkan satu tulisan tentang bahasa Melayu ini. Namun begitu, masih belum ada kekuatan dan semangat untuk menyudahkannya. Berasa pula untuk berkongsi sesuatu peristiwa sejarah yang telah dilakarkan oleh rakyat Malaysia sendiri pernah suatu ketika. Ingatkah lagi anda akan peristiwa ini? 



Jika anda semua masih ingat pada bulan Ogos tahun 2006, pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia, dengan bangga menzahirkan sikapnya yang merendahkan bahasa Melayu dengan ucapan “It will sound stupid if I speak Malay...
                                                   
(Waris Pejuang-Ruhaini Madarin)



Bukan niat saya untuk memburuk-burukkan sesiapa, ingatlah pepatah Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Badan Binasa.


28 ulasan:

  1. siapa cakap bahasa melayu ni senang nak pelajari..
    sememangnya susah.. fiza baru tahu perasaan guru BM, now terpaksa study balik.. untuk mengajar.. hhmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bercakap memang senang. Tapi, nak ajar sesuatu yang betul itulah yang rumitnya.

      Padam
  2. Sepatutnya kita berbangga dengan bahasa kita..tapi kak erin pun kadang-kadang guna bahasa rojak..lepas ni kena fokus kepada satu satu bahasa sahaja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kitalah warganya yang harus memartabatkan Bahasa Melayu.

      Padam
  3. bersama kita memartabatkan bahasa melayu.. tak sepatutnya beliau berkata begitu.. lagi pun bahasa melayukan bahasa rasmi malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, kalau bangsa lain tidak apa. Ini bangsa kita juga.

      Padam
  4. kemahiran berbahasa yang berbagai itu satu kelebihan, merendah-rendah itu yang tidak dibolehkan. biar siapa pun kita, bahasa menunjukkan juga 'bahasa hati' kita..:)

    BalasPadam
  5. aah..ingat
    mungkin kerana belum matang, n bercakap secara spontan..tu la terkeluar ayat tu..
    bila terlajak cakap...habis la..sure org ingat sampai bila2
    tp semua org sememangnya x dpt lari dri melakukan kesilapan...
    bahasa melayu..bahasa jiwa bangsa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, lepas ni kenalah berhati-hati. Jangan terlalu ghairah meraikan sesuatu.

      Padam
  6. kathy bangga berbahasa melayu..sebolehnyer dalam dunia blog kathy nak guna BM sepenuhnya walau ada juga bahasa rojak kathy guna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kitalah pendukung bahasa melayu yang betul. Sebagai penutur bahasa ibunda jadilah contoh atau model terbaik dalam memperagakan bahasa Kebangsaaan.

      Padam
  7. Saya pernah masuk form 6. Walaupun saya minat kesusateraan tidak kira dalam bahasa apa, tapi saya tetap susah untuk skor. heee. belajar hingga akhir nyawa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesusasteraan ini seharuslah lebih awal dipupuk dalam diri. Lebih menjadi kelebihan pada seseorang jika ada minat yang lebih daripada orang lain.

      Padam
  8. Betul2. Banyak org terlajak kata termasuk diri nad sendiri. Harap kita berfikir sebelum berkata kata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berfikir dahulu sebelum berkata-kata adalah langkah terbaik.

      Padam
  9. artis ni melayu tulen ker , separuh ker atau orang putih celop sampai sanggup menafikan bahasa melayu kat M'sia nih ?

    BalasPadam
  10. hak.sape ckp camni?? dah tu..pi berambus, kalau x suka ckp melayu. jngn dok malaysia. <--- hak3. ayat kejam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adalah orang tu kan. Kalau tanya sesiapa yang minat dunia hiburan pasti tahu ni.

      Padam
  11. ingat lagi saat tu..memang semua orang senyap, tak menghargai asal usul betul. Saya bangga dengan bahasa ibunda kita ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Segalanya terbentuk dalam diri. Kalau jati dirinya kuat pasti tiada keterlanjuran kata yang sebegini tahapnya.

      Padam
  12. hati2 ble berkata ... kerana mulut badan binasa cewahh hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pepatah Melayu yang sesuai untuk menunjukkan situasi ini.

      Padam
  13. mama lagi suka berbahasa melayu... ajar anak mama buat struktur ayat melayu dengan betul dari sekarang, dulu mama menang tempat kedua dalam negeri dalam menulis karangan pendek bahasa melayu... masa tu mama darjah 6, mama menang peringkat sek, karangan lagi... stpm yang bahasa melayu tu,hihi (poyo lak mama ni cikgu).. malu...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu tindakan yang betul mama. Teruskan usaha ini. Melntur buluh biarlah daripada rebungnya. Tahniah!

      Padam
  14. betul tu cikgu..kerana mulut ..badan binasa..lebih baik diam dari berkata2..sbb tak semua kita cakap betul untuk orang lain..cakap bila rasa boleh membawa faedah untuk kita dan orang sekeliling

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu Zara. Fikirlah dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78