Pengikut

Sabtu, 10 Mei 2014

Permohonan Online e Rayuan UPU SPM/STPM ke IPTA 2014/2015

Assalamuaalikum. 

Sehari dua ini menyepi bukannya apa, sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan. Keduanya, sekali lagi saya diserang demam, batuk dan selesema. Antibodi semakin lemah. Bagaimanapun, blog ini tidaklah boleh dibiarkan sepi begitu sahaja. Oleh itu, sekurang-kurangnya entri ringkas ini dapat memberikan sedikit makluman kepada pembacan yang berkenaan.


Hebahan Makluman: 

Kepada calon yang gagal mendapat tawaran mengikuti kursus atau program lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2014/2015 bolehlah membuat permohonan rayuan melalui sistem e Rayuan melalui pautan ini:


(Rayuan dibuka pada 16 Mei sehingga 26 Mei 2014)

Semakan Keputusan Rayuan UPU - Terkini
(12 Jun 2014)


"Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu. 

"Keputusan rayuan pula akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun dan jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan itu dianggap gagal," menurut kenyataan itu. 


36 ulasan:

  1. kalau yang rayuan ni nak kena pakai no pin tak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tidak perlu. Boleh guna nombor pin sewaktu buat permohonan dahulu. Walau bagaimanapun, tunggu sahaja 16 Mei nanti.

      Padam
  2. Hak ah..klau nj buat rayuan kna pkai no pin x?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tidak salah, guna nombor pin sewaktu buat permohonan tempoh hari.

      Padam
  3. kalu hilang no pin macam mana ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu saya tak tahu nak cakap macam mana. Rasanya kena beli baru lah.

      Padam
  4. kalau tak buat permohonan sebelum ini tetapi hendak buat permohonan untuk rayuan ni boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya rayuan ini hanya untuk calon yang membuat permohonan sebelum ini sahaja.

      Padam
  5. saya nak tahu tarikh kemasukan bagi pelajar yang berjaya membuat rayuan

    BalasPadam
  6. Boleh membuat rayuan dengan menukar kos yang kita minta semasa permohonan itu hari ?

    BalasPadam
  7. Sy seorg guru.. sy pun hairan dgn senario ipta.. seorg calon sek sy sgt bgs tp dia hanya mendpt 4a 4b 1d.. kesilapan yg tdk tersangka dlm kimia tp shbtnya yg hanya pelajar sederhana dpt 2a 3c tp tiada d dpt diploma sains... sy sgt terkilan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya tahu dia ada sistem merit. A tu dikira mengikut subjek ap..biasanya kalu sains kimia fizik dan bio tu ada cara kira merit die..bole try google cara kira merit. lepas tu tgk jgk sistem kuota..lelaki dan perempuan...

      Padam
  8. Semoga dipermudahkan kpd yg terlibat.. aamiin.

    BalasPadam
  9. encik...tumpang tanya..kenapa e rayuan masih belum dibuka jugak ..sedangkan hari ni dh 16 mei...sebenarnya macam mana nk buat rayuan masuk ke uitm...saya bingung sngat skrng ni..

    BalasPadam
  10. Kalau dh buat rayuan ni, bila kita boleh tahu sama ada dapat or tak?

    BalasPadam
  11. kalau saya dapat poli adakah saya layak memohon rayuan utuk upu?

    BalasPadam
  12. kenapa tahun 2014 klu dpt poli x leh buat rayauan

    BalasPadam
  13. bila e-rayuan untuk ipta bagi calon lepasan stpm akan di buka?

    BalasPadam
  14. xblh pun nak guna kata laluan yg lama utk e-Rayuan.

    BalasPadam
  15. saya dah guna kata laluan masa permohonan utk e-Rayuan ni. tapi xblh pun.
    Saya nak beli kata laluan kat BSN tadi, diorg ckp xde kata laluan utk e-Rayuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti pula, mungkin ada kesilapan semasa mengisi kata laluan tersebut. Cuba lagi.

      Padam
  16. keputusan rayuan upu bagi lepasan spm kuar bila? saya bingung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, saya kurang pasti. Tapi saya dengar kata minggu kedua bulan Jun ni.

      Padam
  17. Betul ke 10B lebih bagus dari 6A 1B 1C n 2D ? Pelajar keliru....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat subjektif untuk menjawabnya. Selalunya orang akan melihat yang mendapat A itu subjek apa. Jika subjek teras, memang baiklah. Tapi semuanya rezeki juga.

      Padam
  18. Bagaimana dengan pelatih PLKN kumpulan 2???!!! Saya x sempat pon buat rayuan ni..... Help me ples.... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tarikh rayuan dah tutup. Boleh cuba berhubung dengan bahagian rayuan tersebut.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78