Pengikut

Isnin, 5 Mei 2014

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Assalamualaikum.



Tanggal 16 Mei 2014 tidak lama lagi bakal menjelma. Saya begitu yakin semua sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru pada peringkat sekolah. Selain daripada ucapan Guru Besar dan bacaan perutusan Sambutan Hari Guru yang bertema "Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi", sudah pastilah akan ada ucapan daripada wakil murid

Setelah saya membelek-belek akhbar sisipan Didik-Berita Harian, saya terjumpa karangan ucapan Sempena Hari Guru. Oleh itu, saya berasakan karangan ini sesuai dijadikan teks ucapan wakil murid sempena Hari Guru nanti. Cuma teks ucapan ini boleh disesuaikan dengan sekolah masing-masing. Oleh itu, saya telah menambah beberapa perkara dalam teks ucapan tersebut untuk disesuaikan dengan tema hari guru pada tahun ini. 

Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. 

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. 

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. 

Rakan sekalian, 
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. 

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang. 

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Sekian, terima kasih. 

Sumber: Didik-Berita Harian

14 ulasan:

  1. anak akak dah lama beli kad utk hari guru...

    BalasPadam
  2. wahh..bagusnyaa ada contoh teks macam nih..
    yang tak sempat buat persediaan tuh boleh la ambek idea sikit..:)

    BalasPadam
  3. selalu baca sajak karya Usman Awang ini...sangat puitis dan indah...

    BalasPadam
  4. Teringat waktu sekolah. Antara hari-hari yang kita orang semua looking forward. Macam-macam acara ada. Meriah..Rindu dengan semua cikgu-cikgu..

    BalasPadam
  5. Teringat pula masa jadi ketua murid dulu...hehe

    BalasPadam
  6. Waktu di sekolah menengah, saya selalu diberi kepercayaan utk membacakan ucapan pelajar klu ada pelawat rasmi dtg hehee.. nostalgialah cikgu Helmi.. :) :)

    BalasPadam
  7. salam..terbaca blog ni secara tidak sengaja..wahh rupanya pemilik blog ni merupakan sahabat saya di upm dan bekas senior kolej tun dr. Ismail.Saya Bada anak usak, jiran sebelah bilik d kolej dulu..itu pun jika nasih ingat dengan sya.Tahniah,teruskan perjuangan anda.

    BalasPadam
  8. Terima kasih admin..banyak membantu saya..terima kasih

    BalasPadam
  9. Wah saya berasa terharu dengan anak2 sekalian. Terima kasih kerana menghargai dan mengingatu

    BalasPadam
  10. Sangat berguna untuk semua.....
    Tyvm🙂

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78