Pengikut

Khamis, 1 Mei 2014

Sinopsis Kerana Terpaksa Aku Relakan - Umie Nadzimah di Slot Akasia TV3

Assalamualaikum. 

Satu persatu novel karya penulis tempatan diadaptasi ke bentuk drama. Dari satu segi, nampak perkembangan positif. Lantaran itu, ada yang melemparkan anggapan "penulis novel akan kaya atau pun untung". 

Benarkah situasi ini berlaku? Pada perkiraan saya, penulis hanya mendapat keuntungan sekiranya penonton membuat permintaan untuk membaca novel yang diadaptasikan itu. 

Oleh itu, apabila sambutan menggalakkan sudah pastilah penerbit akan mencetak ulang novel tersebut. Dalam konteks ini mungkinlah penulis mendapat keuntungan daripada royalti cetakan novel tersebut, tetapi tidak untuk pengadaptasian itu. 

Selepas drama Aku Isterinya berakhir, slot Akasia tv3 akan diisi pula dengan drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN karya UMIE NADZIMAH. Sesungguhnya setakat drama yang diadaptasi daripada novel, saya belum pernah membaca novel tersebut. 



SINOPSIS KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Akan datang di Slot Akasia, drama adaptasi dari novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan ini akan bersiaran selepas Aku Isterinya. Hero dan heroin, Amar Bahrin, Izreen Azminda.

Sinopsis novel. Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.


Drama adaptasi daripada novel 

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

Sumber: Karyaseni


10 ulasan:

  1. Wah. Pasti tonton. Sekarang masih tonton aku isterinya secara online je..

    BalasPadam
  2. mungkin juga seorang penulis akan menjadi kaya jika karyamya di adaptasi. sedang menanti karya helmi juga untuk di adaptasi. sinopsis menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kathy dah review buku Tetamu Istimewa....

      http://resipidarihati.blogspot.com/2014/05/review-novel-tetamu-istimewa-mohd-helmi.html

      Padam
  3. Kisah cinta yg ramai penonton suka ...

    BalasPadam
  4. e'eh.. umie nadzimah.. ni umie nadhirah kat sini haha~

    BalasPadam
  5. lepas 1, satu plak cerita dari novel.. hmm..

    BalasPadam
  6. Mcm menarik je cerita ni. T kasih atas perkongsian cikgu Helmi..

    BalasPadam
  7. Cikgu ada bakat menulis skrip tak? Kalau ada...bolehlah cuba2 untuk mengetengahkan antara cerita terbaik dalam buku Tetamu Istimewa untuk di angkat kepada drama atau teater. Macam tinggi sangat jer cita2 saya ni...tapi tidak mustahil kan. Cita2 itulah yang mendorong diri utk berusaha dan berjaya! :)

    BalasPadam
  8. wah ada nama ilyana lah!
    nama akak ilyana juga!
    macam kena tengok juga sebab ada nama sama..hehe

    BalasPadam
  9. Salam Cikgu Helmi;

    Rezeki penulis tu, makin laris, makin popular juga si penulis tu...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78