Pengikut

Jumaat, 2 Mei 2014

Dapatkan Tetamu Istimewa di PBAKL 2014 di Booth ITBM

Assalamualaikum.


Tetamu Istimewa saya hasilkan dengan penuh tanggungjawab dan rasa untuk dikongsikan dengan pembaca sekalian. Tidak kiralah siapa gerangan pembacanya yang boleh sahaja kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. 

Saya sangat mengharapkan sokongan kalian semua. Apa lagilah yang boleh saya lakukan melainkan promosi di blog ini. Inilah satu-satunya laman sosial yang saya ada. Sekiranya ada yang sudi pautan di mana-mana sahaja laman sosial milik peribadi, amat saya hargai. 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 masih berbaki dua hari sahaja lagi sebelum melabuhkan tirainya. Saya menjemput kalian semua pembaca yang belum memiliki KUMPULAN CERPEN REMAJA: TETAMU ISTIMEWA, terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) ini untuk mendapatkannya di Booth ITBM. Tawaran potongan harga istimewa diberikan. 

Kepada yang sudah memilikinya, jika ingin memilikinya lagi boleh juga mendapatkannya di Booth ITBM ataupun saya sendiri. Memandangkan bulan Mei ini pelbagai sambutan akan berlaku antaranya Hari Ibu, Hari Guru malah Hari Lahir sekalipun. Jika ingin jadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiah kepada insan tersayang itu amatlah digalakkan. 

Guru-guru juga boleh jadikan Tetamu Istimewa ini sebagai hadiah galakan kepada murid-murid di sekolah yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Moga Tetamu Istimewa membawa semangat kepada anak-anak murid untuk lebih bersemangat, lebih menghargai ibu bapa mahupun guru-guru sendiri. 

Blogger-blogger yang sering membuat segmen atau GA, boleh juga jadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiahnya. Pastilah buku ini lebih memberikan kesan yang bermanfaat dan kekal lama. 

Atau ada yang ingin menjadi pengedar Tetamu Istimewa? Hubungi saya untuk perbincangan untuk tindakan selajutnya. Manalah tahu kalau-kalau blogger atau sesiapa sahaja sering terlibat dengan ceramah, kem, bengkel seumpamanya yang boleh memberikan input kepada masyarakat semua. 

Harga Istimewa akan diberikan kepada pembeli yang ingin membeli lebih daripada sebuah buku. 


9 ulasan:

  1. helmi kena buat satu fanpage kat facebook untuk promote semua hasil karya dan entri helmi kat sana..sebab facebook antara medium yang paling femes.fanpages mungkin dapat membantu helmi promote buku Tetamu Istimewa ini.

    BalasPadam
  2. bercadang nak ke PBAKL esok. Sesuai nak bagi hadiah utk adik2 yg masih bersekolah ni. :)

    BalasPadam
  3. INSYA ALLAH, kalau ada rezeki saya akan cuba dapatkan buku ni.
    adarain.com

    BalasPadam
  4. In shaa Allah, akan saya cuba usahakan disamping kerja2 seharian..

    BalasPadam
  5. Saya setuju dgn idea Kathy. Cikgu perlu lakukan lebih promosi melalui media sosial seperti FB, Instagram, Google g+, Twitter dan sebagainya. Satu lagi...cikgu kena belajar cara dan teknik promosi yang lebih mesra dan berkesan kerana saya lihat cara cikgu macam memaksa dan terpaksa jer.
    Saya pun kurang ilmu ni...cikgu kena belajar dari mereka yg berjaya dlm pemasaran. Tiada yang terlambat...semoga berjaya!

    BalasPadam
  6. Alah. Saya selepas membayar di kaunter baru teringat buku cikgu! Duit dalam poket tinggal RM10 sahaja. Kempunan saya.

    BalasPadam
  7. saya setuju pendapat kak kathy dan BM
    betul tu, cikgu perlu pertimbangkan pendapat mereka

    BalasPadam
  8. Saya sudah dapatkan satu lagi di PBAKL tempoh hari. Dijadikan hadiah kepada sahabat. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78