Semakin hampir semakin berdebar-debar pula rasanya hati ini. Kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR dijadualkan pada 8 September 2015. Sebelum ini saya ada berkongsi tentang Analisis Bahagian C UPSR.
Kali ini saya cuba berkongsi tentang Analisis Bahagian A: Memindahkan Maklumat (Bina Ayat). Walaupun wajarannya hanya 10 markah, namun untuk mendapat A, murid sekurang-kurangnya perlu mendapat 8 markah ke atas.
Tahun
|
Bentuk
|
Peristiwa
|
Lokasi
|
2005
|
Bersiri
|
Masyarakat
|
Pasar
|
2006
|
Tunggal
|
Sekolah
|
Kantin
|
2007
|
Tunggal
|
Sekolah
|
Dewan
|
2008
|
Bersiri
|
Masyarakat
|
Di Jalan raya
|
2009
|
Tunggal
|
Sekolah
|
Taman
|
2010
|
Tunggal
|
Masyarakat
|
Depan rumah
|
2011
|
Tunggal
|
Masyarakat
|
Dalam rumah
|
2012
|
Tunggal
|
Masyarakat
|
Kedai makan
|
2013
|
Tunggal
|
Masyarakat
|
Di kebun
|
2014
|
Tunggal
|
Masyarakat
|
Di sungai
|
Arahan Soalan
- 2005 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
- 2006 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
- 2007 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang persiapan tersebut.
- 2008 - Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.
- 2009 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
- 2010 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
- 2011 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.
- 2012 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kedai makan.
- 2013 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kebun sayur.
- 2014 - Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti tersebut.
Sekiranya diperhatikan, bentuk gambar Tunggal selalu ditanya berbanding gambar bersiri. Sejak daripada tahun 2010 hingga 2014, peristiwa yang ditanya merangkumi masyarakat. Adakah pada tahun ini peristiwa di sekolah pula akan ditanya? Oleh itu, guru-guru dan murid-murid bolehlah memberikan perhatian untuk peristiwa:
1. Gotong royong di dalam kelas
2. Perkhemahan
3. Hari sukan
4. Hari kebangsaan
5. Pasar raya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan