Assalamualaikum.
Saya pernah menulis begini di Facebook: "Alhamdulillah, buku yang dibeli selamat diterima. Saya membeli buku ini untuk membaca dan tanda sokongan kepada rakan penulis. Saya tidak menunggu orang (penulis) membeli buku saya, barulah saya membeli bukunya. Jika kita sesama penulis tidak menyokongnya, siapa lagi dan janganlah hanya menyeru rakan-rakan membeli bukunya, sedangkan dia tidak."
Ya, sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan terutama rakan penulis yang menerbitkan buku sendiri, penulis diharapkan dapat memberikan sokongan dengan cara membeli buku tersebut. Kalau dilihat, mungkin penulis akan anggap sebagai paksaan, tetapi tidaklah sampai begitu sekali.
Sebagai balasan itu, penulis buku Kembara Mencari Cinta dan Kembara Mencari Pelangi Salleh Kausari pernah membeli Tetamu Istimewa dan Madu di tangan. Begitu juga dengan Haniff Yusoff penulis buku Zombi Rumi yang pernah membeli kedua-dua buku saya itu. Sebagai penulis muda, tiadalah saya berkira untuk membeli Empunya Hikayat tulisan Zainal Rashid Ahmad yang terkenal dengan karya yang hebat.
Saya juga tidak pernah berkira untuk memperuntukkan sedikit perbelanjaan untuk membeli buku setiap bulan. Menjadi harapan saya, buku-buku itu bukan hanya untuk bacaan saya sahaja. Manalah tahu, suatu hari nanti saya dapat buka perpustakaan mini selepas saya pencen nanti. Perpustkaan itu pula boleh dijadikan tempat untuk masyarakat membuat rujukan dan membaca.
bagus menyokong antara satu sama lain..
BalasPadamMemamg macam itulah sepatutnya, saling sokong.
BalasPadamSaling menyokong..membina aura positif..
BalasPadamSebagai seorang kenalan blogger pun kak erin beli buku cikgu..bukan sekadar sokongan..tapi buku yang cikgu tulis tu..memang bagus.. :)
BalasPadamTahniah dan terima kasih atas usaha cikgu dalam menyokong penulis-penulis. Mungkin tampak kecil, tetapi besar impaknya buat tuan punya buku dan tentunya untuk cikgu sendiri yang rancak membaca, membaca dan terus membaca.
BalasPadam