Pengikut

Ahad, 22 November 2015

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014

Assalamualaikum.




Kategori A

Novel – Nenek – Razali Endut (ITBM)

Kumpulan Cerpen – Langit Tidak Berbintang di Ulu Slim – Malim Ghozali Pk (DBP)

Kumpulan Puisi – Jaulah Sampai Syurga – Muzaf Ahmad (Karyawan Publishing House)

Kajian Sastera – Oksidentalisme dalam Novel Melayu Sebelum Merdeka Hingga Era Mahathir – Dr. Saleeh Rahamad (ITBM)

Biografi/Autobiografi – Biografi Ishak Shaari Pejuang Bumi Semua Manusia – Dr. Mohamed Salleh Lamry (Penerbit UKM)


Kategori B

Cerpen Eceran

1. Al-Kisah Ratu Kebaya dan Walhal Naga – Zainal Rashid Ahmad (Berita Minggu, 14 September 2014)

2. Hingyaku – Ratna Laila Shahidin (Mingguan Malaysia, 31 Ogos 2014)

3. Bara Sang Suri – Zaniffa Azzura Abdullah (Mingguan Malaysia, 20 Julai 2014)

4. Infithaar di Taman Salju – Mawar Shafei (Berita Minggu, 3 Ogos 2014)

5. Selimut – Maskiah Haji Masrom (Mingguan Malaysia, 12 Januari 2014)

6. Delusisma 2.0 (Denggi) – Fahd Razy (Mingguan Malaysia)

7. Psiko – Fudzail (Mingguan Malaysia, 16 Jun 2014)

8. Pesanku Pada Hujan – Malim Ghozali Pk (13 Julai 2014)

9. Seru – Jais Sahok (Dewan Sastera, Mei 2014)

10. Cekur – Lee Keok Chih (Dewan Sastera, September 2014)


Puisi Eceran

1. Membaca Aksara (Buat Profesor Siti Chamamah) – Muhammad Haji Salleh (Dewan Masyarakat, Julai 2014)

2. Al-Kisah, Di Negara yang Memansuhkan Bahasa – Muhammad Haji Salleh (Antologi Puisi Nyala Api dalam Dada, ITBM 2014)

3. Kepada Perempuan Laut – Siti Zainon Ismail (Dewan Sastera, Mei 2014)

4. Rezeki Bumi -Siti Zainon Ismail (Dewan Sastera)

5. Perkebunan Budaya Melayu – Basri Abdilah

6. Di Padang Sarjana- Tuah Sujana (Mingguan Malaysia, 5 Januari 2014)

7. Tigris -Rosli K. Matari (Jendela Timur, Ogos 2014)

8. Dari Mimbar Shinjuku (dedikasi buat anakanda) – Syafiq Zulakifli (Mingguan Malaysia, 30 November 2014)

9. Mencari Jernih – Shapiai Mohammad Ramly (Antologi Puisi Cerita Alam Gelora Hujung Benua, DBP Wilayah Selatan)

10. Kalaulah Papa Memukulmu, Adib – Rahimidin Zahari (Mingguan Malaysia, 23 Februari 2014)


Esei/Kritikan Sastera

1. Penciptaan Drama Metasejarah Suatu Hasil Eksperimental – Mana Sikana (Dewan Sastera, Mac 2014)

2. Menilai Semula Makna Ekstetik – Prof Madya Dr. A. Halim Ali (Dewan Sastera, April 2014)

3. Teknoteks Menyepadukan Sastera, Teknologi dan Kritikan – Prof. Dr. Sohaimi Abdul Aziz (Dewan Sastera, Julai 2014)

4. Perhubungan Sastera dengan Wayang: Meneliti Genre dalam Prespektif Budaya -Dr. Norman Yusoff (Dewan Sastera, Oktober 2014)

5. Sastera Profetik: Kaffah dalam Revolusi yang Ditangguhkan – Saifullizan Yahaya (Dewan Sastera, Mei 2014)

6. Pembinaan Mercu Tanda Penulisan Malaysia: Yang Dipelajari Adalah Secara Saka (Perennial) – Prof Emeritus Dato’ Ahmad Ibrahim Bajunid (Sastera Teras Negara Bangsa, ITBM)

7. Pembinaan Mercu Tanda Sastera Malaysia: Sastera Sebagai Budaya Tinggi -S.M. Zakir (Sastera Teras Negara Bangsa, ITBM)


Kategori C

Novel Remaja – Gerbang Raudhah – Rohaidah Yon ( Koperasi DBP)


Kumpulan Puisi Remaja – Mimpi Kotaku – Hilmi Rindu (ITBM)

Novel Kanak-kanak – Rahsia Dhia – Zainun Mustapha (Koperasi DBP)

Kumpulan Puisi Kanak-kanak – Sakura – Mahaya Mohd Yassin (DBP)

Buku Bergambar Kanak-kanak – Di Mana Sebelah Lagi – Razisatul Asyifah Ismail (Cerdik Publication)

Penyampaian HSPM 2014 akan diadakan pada 25 November 2015 pukul 8.30 malam di Hotel Palace of the Golden Horses, disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sabtu, 14 November 2015

Koleksi Kumpulan Cerpen Ahmad J. Husein

Assalamualaikum.


Ahmad J Husein tidak perlu lagi diperkenalkan dalam bidang penulisan ini. Penulis mapan ini telah banyak menghasilkan cerpen yang bermutu. Kumpulan Cerpen: Terbalik merupakan kumpulan cerpen pertama beliau. 

Diikuti dengan Kumpulan Cerpen: Perjalanan Terakhir, Kumpulan Cerpen: Tiada Rahsia Lagi (DBP, 2014), Kumpulan Cerpen: Mimpi yang Bertaburan (Pekan Ilmu, 2015) dan Kumpulan Cerpen: Ketika Hujan Renyai-reyai (ITBM, 2015). 

Daripada lima kumpulan cerpen beliau yang telah terbit, saya masih mencari Perjalanan Terakhir. Kepada sesiapa yang menjumpainya boleh maklumkan kepada saya. 

Apabila sudah membaca karya seseorang penulis, selalunya saya akan mengumpul koleksi buku beliau. Berbanding membaca karya secara eceran, membaca kumpulan cerpen pastilah dapat melihat sejauh mana kekuatan penulis dalam berkarya. Kesatuan himpunan karya dalam satu buku menjadi penanda aras tahap ketinggian buku tersebut. 


Ahad, 8 November 2015

Bagaimana Saya Menulis

BAGAIMANA SAYA MENULIS...



Bagaimana hendak menjadi penulis eceran? Mudah atau susah? Jika anda menganggap menulis secara eceran mudah, anda silap. Banyak perkara yang saya belajar daripada menulis secara eceran. Jika anda tidak mampu melakukan apa yang saya lakukan atau buat yang lebih baik, saya rasa anda fikirkan semula untuk menulis secara eceran.

Sebelum saya menghantar karya ke media tertentu, saya beli dahulu surat khabar dan majalah tersebut untuk dibaca dan dianalisis. Buatlah pelaburan sedikit. Tidak rugi pun anda membeli dan membaca media tersebut.

Kenapa perlu beli dan baca? Daripada hasil pembacaan itulah saya tahu bagaimana pola karya yang sesuai dan selalu diterbitkan. Daripada hasil pembelian majalah dan surat khabar tersebut sudah pastilah banyak maklumat yang dapat saya perolehi.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa setiap kali saya menghantar karya, saya akan sertakan sekali surat rasmi. Surat rasmi mestilah mempunyai alamat media tersebut. Jadi, setiap surat saya mempunyai alamat media tersebut. Bukannya hanya tertulis kepada editor (tertentu). Selain itu, melalui media cetak tersebut, saya akan memperoleh alamat e-mel editor.

Pada awal pembabitan saya dahulu, dengan gigihnya saya membeli dan menganalisi sejumlah majalah dan surat khabar untuk meneliti ruangan cerpen dan puisi. Hingga kini walaupun tidak secara keseluruhannya, saya dapat nyatakan majalah dan surat khabar mana yang membayar honorarium dan berapa bayarannya.

Apabila membaca respons editor bahawa penulis yang menghantar karya kepada media tertentu tidak pernah pun membeli dan membaca media itu, oh, alangkah sedihnya saya. Saya terfikir, bagaimana dia mengetahui alamat e-mel editor tersebut? Dan untuk apa dia menghantar karya ke media tersebut?

Akhirnya, setelah menghantar karya, saya akan menyemak majalah dan surat khabar itu setiap bulan atau minggu untuk mengetahui sama ada karya saya tersiar ataupun tidak tersiar.

Alhamdulillah, sejak daripada tahun 2009 hingga 2015 karya saya pernah tersiar dalam media cetak berikut:
Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Harian Metro, Bacaria, Mingguan Warta Perdana, Media Terkini, Metro Perdana, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Tamadun Islam, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Jelita, Wanita, Harmoni, Perempuan, Era Muslimah, Aniqah, Anis, Mingguan Wanita, Fardhu Ain, Seri Dewi & Keluarga, Fokus SPM, URTV dan e-Baca.

Terima kasih saya ucapkan kepada editor di atas yang pernah menyiarkan karya saya.

Ahad, 1 November 2015

Promosi Pakej Tetamu Istimewa dan Madu di Tangan

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, lebih kurang 6 tahun saya terlibat dalam dunia penulisan, inilah hasilnya. Dua buah buku iaitu Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa (2014) dan Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan (2015) yang kedua-duanya diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

Saya bermula dengan menulis secara eceran dan menghantarnya ke surat khabar dan majalah. Sejak itu, tekad saya tidak pernah kendur untuk terus melangkah dalam dunia ini yang seterusnya memendam impian untuk memiliki buku pula. Akhirnya, berkat usaha gigih itu saya berjaya menggapai impian itu. 

Bagaimanapun, tanpa pembaca buku tidak akan pernah hidup. Oleh itu, saya menyeru kepada pembaca semua untuk memiliki pakej buku ini yang ditawarkan dengan harga istimewa. Sokongan kalian amatlah saya harapkan. Terima kasih. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78