Pengikut

Sabtu, 30 Januari 2016

Cerpen dan Puisi yang Disiarkan dalam BH, MM dan SH Januari 2016

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, mulai tahun ini insya-Allah, saya akan cuba kongsikan karya (puisi, cerpen, artikel) yang tersiar dalam surat khabar Berita Harian, Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.

MINGGU KELIMA
BERITA HARIAN (BH) - 31 JANUARI 2016
Cerpen 
Ular di Kepala - Ariff Mustaffa
Puisi 
Di Pusara Waktu - Shamsudin Othman
Antara Langit dan Bumi - Hairul Anuar Harun
Di Muzium Ingatan - Khalil Zaini
Cinta Camar Laut Marmara -Ezani Haji Daud
Di Dapur Seorang Isteri - Shapiai Mohd Ramly

MINGGUAN MALAYSIA (MM)
Cerpen 
Safar Pulang Tanpa Tanya - Fauzan Zain
Puisi 
Kutinggalkan Rindu di Sini - M. Asri Anwar
Membaca Mata - Abdullah AR
Sungai Bil - Chai Loon Guan
Bahasa Diam - Abidai @ Zainal Abidin Suhaili

SINAR HARIAN (SH)
Ikon - Sastera Melayu tiada tolok bandingnya (Ramlee Wahab)
Cerpen
Beradu dengan Setan (Episod 1) - Ismail Hashim
Puisi 
Karya Sepanjang Zaman - Sejambak Bunga Karang Tsunami dan Dalam Isyarat (Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah - Kemala)
Sayang - Norhidayah Mohd Rasid
Merak Tidak Mengigal Lagi - Azmi Yusoff
Dia Menulis Apa - Mohd Farihin Hassan

MINGGU KEEMPAT
BERITA HARIAN (BH) - 24 JANUARI 2016
Cerpen 
Mimbar - Abdul Muiez Ruslee
Puisi
Malam di Lesbos - Faisal Mat Zawi
Pertanyaan Bahasa Pertiwi kepada Insani - DrRaja Rajeswari Seetha Raman
Kuala Lumpur - Nor Salmi Abdul Rahim
Anak-anak Kerikil - MN Hadi
Antara - Sairien Nafis

MINGGUAN MALAYSIA (MM)
Cerpen 
Sepanas Marrons Chauds - Dr Maskiah Haji Masron
Puisi 
Hablur Rindu di Matamu - Muzaf Ahmad @ Muz Ahmad
Maskhah Perjananan - Solihin Osman
Jadilah Seperti Kaktus - Iwan Reaz Ridzuan Ghazali
Rencana
Panel Pemilih Dipersoalkan - Roslan Hanafi
Pantai Kasih diserang kerana tidak faham sastera - Rahman Shaari

SINAR HARIAN (SH)
Ikon - Sulhie Yusuf @ Arjunasukma
Cerpen 
Kau Bukan Kekasihku (Episod Akhir) - Samiron Rahmat
Puisi
Kawan - Datuk Dr Zurinah Hassan (Karya Sepanjang Zaman)
Bacalah Gubahan Allah - Azmi Yusoff
Menuju Hidayah-Mu - Aloy Indra

MINGGU KETIGA
BERITA HARIAN (BH) - 17 JANUARI 2016
Cerpen
Secangkir Latte Malam Sabtu - Dilfroz Sayhals
Puisi
Tanah yang Jauh - Rudi Mahmood
Senja - Ismail Hashim
Perisai Besi - Muz Ahmad
Pasar Percuma, Seorang Anak Kecil dan Segugus Senyuman - Fazleena Hishamuddin

MINGGUAN MALAYSIA (MM)
Cerpen 
Silikon dan Besi - Muhammad Musoddiq Jaafaaf
Puisi
Pesanan tanpa Suara Seorang Ibu - Nordin Saad
Kunci dan Pintu - Abdul Hadi Yusoff
Hirau Endau - Shapiai Mohd Ramly
Seperti Puisi, Tiada Penggalan Tentang Semalam - Hani Salwah Yaakup
Kaca Maruah - Ezani Haji Daud
Artikel 
Kejayaan Menumpulkan Pena - Wan Nor Azriq
Pengalaman Rahman Shaari dalam Penunggang Kenyataan - Ramlee Wahab

SINAR HARIAN (SH)
Ikon - Prof Arbak Othman
Cerpen
Kau Bukan Kekasihku (Episod 3) - Samiron Rahmat
Puisi
Masihkah Kau Bermain Seruling - Datuk Dr Zurinah Hassan (Karya Sepanjang Zaman)
Rumah - Fauzan Zain
Pantun Nasihat - Sukma Rindu

MINGGU KEDUA
BERITA HARIAN (BH) - 10 JANUARI 2016
Cerpen 
Misteri Ejen Rahsia - Zainal Rashid Ahmad
Puisi
Menelan Nasib di Bumi Sendiri - Asmui Mustapa
Kepada Dua Ribu Lima Belas - Zulfazlan Jumrah @ Fazlan Iskandar
Perlumbaan Apa Sebenarnya - Pauzi Mohd Isa
Buatmu Kekasih - Amir Asyraffudin

MINGGUAN MALAYSIA (MM)
Cerpen 
Sos Spageti Hotel Bajet - Zainal Rashid Ahmad
Puisi 
Isteri dan Bantal Peluk - Wanrazuhar
Kisah Si Pencuri Epal di Lorong Gelap - Adnie Bahiah @ Sricahya Surga
Sesudah Tamat Musim Bunga Pertama - Abham T.R
Sedekad Bersamamu - Wadiassofi Jaafar @ Wadi Sofi
Siapa Sudi Membina Kubu Denganku? - Iwan Reaz Ridzuan Ghazali

SINAR HARIAN (SH)
Ikon 
Media Sosial Ruang Bersastera - Ahmad Sarju
Cerpen 
Kau Bukan Kekasihku (Episod 2) - Samiron Rahmat
Puisi
Angan-angan dengan Gurindam - Omar Mustaffa ( Karya Sepanjang Zaman)
Kau ini Bagaimana - Kh Mustafa Bisri

MINGGU PERTAMA
BERITA HARIAN (BH) - 3 JANUARI 2016
Cerpen
Rabun - Md Nizar Parman
Puisi 
Ketika Tahun Baru Menjelma - Hilmi Rindu @ Mohd Abdullah
Catatan Doktor Seusai Membedah Seorang Lelaki yang Dijangkiti Virus Waham - Muhamad Fitri Abu Bakar @ Muhamad Fitri
Bermain Bayang-bayang - Abizai @ Zainal Abidin Suhaili
Akar Umbi - Abdulhadi Muhamad
Busana Takwim - Zulkifli Mohd Top

MINGGUAN MALAYSIA (MM)
Cerpen 
Yang Aneh-aneh - Daeng Daengramliakil
Puisi
Pesona Kata - Mazli Husma
Hari dan Diri - Abdul Hadi Yusoff
Nantikan Aku - Marsli NO
Menatap Diari Musim - Husna Nazri @ Nazri Hussein
Dosa Pandai Bahasa - Ramlee Wahab

SINAR HARIAN (SH)
Cerpen 
Kau Bukan Kekasihku - Nurimas SN
Puisi 
Unggun Bersih - A.Samad Said (Karya Sepanjang Zaman)
Kiriman Pembaca
Puisi
Pahlawanku - Rezha Hidayat
Haiku Musim Tengkujuh - Azmi Yusoff
15 September Bertahun Lalu - Azmi Yusoff


Ahad, 24 Januari 2016

Sinopsis Darah Titik Di Semantan Komsas Tingkatan 2

Assalamualaikum.





Novel Darah Titik Di Semantan diguna pakai oleh murid Tingkan 2 mulai 2016. Novel ini digunakan di ZON 4 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Sinopsis Darah Titik Di Semantan 


Sebuah lagi kisah perjuangan anak bangsa menentang penjajah. Kali ini gelanggangnya di Pahang. Pendukung utamanya, Datuk Bahaman dan anak-anak buahnya. Antagonisnya, Inggeris bukan sahaja mencabuli perjanjian yang telah dibuat tetapi menghina anak negeri dengan sikap tamak dan angkuh. 

Sejarah menjadi bukti bahawa perjuangan menegakkan kebenaran dan mengembalikan hak banyak sekali dugaannya. Ada kalangan yang menangguk di air yang keruh, menjadi talam dua muka, mengkhianati bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Inggeris bijak memainkan jarum, mendalang orang yang mudah diperalatkan dan menyebar fitnah bagi melumpuhkan perpaduan rakyat.

Perjuangan yang bersejarah ini dilihat daripada kaca mata anak-anak remaja yang cekal dan berani, yang menginsafi erti maruah dan harga diri. 

Terdapat 14 bab dalam novel Darah Titik Di Semantan

Bab 1 Cemas 
Bab 2 Lubuk Terua Tergugat
Bab 3 Mencari Penyelesaian
Bab 4 Budi Kedapatan
Bab 5 Inggeris Mencabar Lagi
Bab 6 Kedatangan Mat Kilau
Bab 7 Retak Menanti Belah
Bab 8 Darah Titik di Semantan
Babv9 Ada Ubi Ada Batas
Bab 10 Inggeris Mesti Dikalahkan
Bab 11 Desborough Datang Lagi
Bab 12 Tipu Helah Inggeris
Bab 13 Sebuah Perjanjian
Bab 14 Jatuhnya Lubuk Terua


Jumaat, 22 Januari 2016

Senarai Pemenang Anugerah Sastera Negeri Kelantan 2015

Assalamualaikum.





KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH SASTERA NEGERI KELANTAN 2015

1. KATEGORI A: ANUGERAH SASTERA NEGERI KELANTAN 
Penerima: Fatimah Busu (Fatimah binti Busu@Che Su)

2. KATEGORI B: HADIAH CEKAL SASTERA NEGERI KELANTAN 
Penerima: Wadi Leta S.A. (Wan Ahmad @ Wan Adnan bin Wan Daud)

3. KATEGORI C: HADIAH SASTERA NEGERI KELANTAN
Bahagian A- Buku (Puisi, Cerpen, Novel, Drama, Esei/Kritikan)
i) Kumpulan Puisi - Tidakkah Kita Berada di Sana? (Rosli K. Matari, Peradaban, 2014)
ii) Kumpulan Cerpen - Naratif Jurnalis (Nassury Ibrahim, ITBM, 2013)
iii) Novel - Jogho yang Tewas (Rohani Deraman, terbitan Rohani Deraman, 2013)
iv) Drama – tidak ada pemenang
v) Esei/Kritikan - Pemikiran Dharmawijaya – Menterjemahkan Sosialisasi Masyarakat Desa dan Kota (Naffi Mat, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 2013)

Bahagian B- Karya Eceran (Puisi, Cerpen, Drama, Esei/Kritikan)
a) Puisi – Lima (5) Hadiah
i) “Kau Turun Seperti Biasa” (Rudi Mahmood dlm. Pentas, Januari-Mac 2014)
ii) “Sajak Besi kepada Kayu” (Wadi Leta S.A. dlm. Dewan Sastera, Mac 2013)
iii) “Pinjamkan Aku, Rindu” (Rahimidin Zahari dlm. Dewan Sastera, April 2013)
iv) “Tanah Bergaris Matahari” (S.M. Zakir dlm. Berita Harian 2014)
v) “Benih Tumbuh” (Suwanlerd Pro Poul dlm. Dewan Sastera, April 2014)

b) Cerpen – Lima (5) Hadiah
i) “Janji Juita” (Abdul Hadi Yusoff dlm. Saadong, Antologi PPK 2014)
ii) “Pemburu Malam Delionic” (Adnie Bahiah dlm.Tunas Cipta, Disember 2014)
iii) “Charole” (Eh Deng Eh Chik dlm. Dewan Sastera, Jun 2014)
iv) “Pada Suatu Nama” (Nazmi Yaakob dlm. Mingguan Malaysia, 10 November 2013)
v) “Hujan Keruh di Jogja” (S.M. Zakir dlm. Berita Minggu, 26 Januari 2014)

c) Drama- Dua (2) Hadiah
i) “Biring Si Kunani” (Rahimidin Zahari dlm. Dewan Sastera, September 2014)
ii) “Pocong” (Norhisham Mustaffa dlm Pentas, Oktober – Disember 2013)

d) Esei/Kritikan – Dua (2) Hadiah
i) “Haiku Melayu: Seiras Tidak Serupa” (Darma Mohamad dlm. Dewan Sastera, September 2013)
ii) “Realisme Baru Zainal Rashid Ahmad” (S.M. Zakir dlm. Mingguan Malaysia, 10 Ogos 2014)

Bahagian C: Hadiah Sastera Penulis Harapan Negeri Kelantan
Penerima: Rohani bin Deraman

Bahagian D: Hadiah Penghargaan Penggerak Sastera Negeri Kelantan
Penerima: Dr. Abham T.R. (Abdul Aziz bin Mahmood)

Ahad, 17 Januari 2016

Sinopsis Novel Pantai Kasih Bab Demi Bab

Assalamualaikum.


Pantai Kasih Karya Azmah Nordin

Novel Pantai Kasih digunakan untuk Tingkatan 4: 



SINOPSIS BAB DEMI BAB


BAB 1

Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti Doktor Idolanya itu. Raiha juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan menyebakan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang.


Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan  gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan tugas Felicia dibayngi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.


BAB 2

Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun dihantar belajar di sekolah swasta berasrama  seawal usia tujuh tahun lagi sehingga anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang  langsung kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan menantunya menerajui PRPK.


Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.


Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angku dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.


BAB3

Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini menyebabkan keadaanya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.


Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang kejururawatan dahulu.  Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.


Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.


Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha.  Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan  melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.


BAB4

Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam milinya yang terletak tidak jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya. Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah neneknya yang membesarkannya selama ini.  Arwah neneknya yang berketurunan Idaan menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau.


Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau panggilannya ‘Ayu’.


Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu.  Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini.


Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri.    


Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.


Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan  Felicia terjelopok, namun itu hanyalah hayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.



BAB 5


Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu.


Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanita-wanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat.


Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini.  Hal ini seolah-oleh menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu.  Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.



BAB 6


Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke kondminiumnya. TIdak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan wajah muncung dan merungut-rungut.


Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan tersebut amat penting.


Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang dalam ingatannya.  Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’ menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu.  Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.


Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam preawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.


Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah arwah ayahnya  menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.


BAB7


Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.


Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.


Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.


Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong SIron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat.  Raiha menyatakan bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron.  Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu.  Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada kali ini.



BAB8


Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti. Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul. Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya yang rentung datang kembali. Apatahlagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.


Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron  menawarkan diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan  dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut  Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.


BAB  9


Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya. Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya menjadi akut sekaipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur. Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.


Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpagan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.


Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak peremuan tua itu.


Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang memngekori lori minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.


Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih menyelematkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk di bahagian pergelengan tangan  dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian sendi pada anggota tersebut.


Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.


Sabtu, 16 Januari 2016

Novel Pantai Kasih Tidak Sesuai Jadi Teks Komsas Tingkatan 4???

Assalamualaikum.


Polemik hangat yang diperkatakan tentang kesesuaian novel Pantai Kasih dipilih menjadi teks Komsas Tingkatan 4. Pantai Kasih karya Azmah Nordin ini tiba-tiba seperti api dalam sekam yang telah merebak dan "baru" tersedar setelah novel ini sudah setahun digunakan. 

Kontroversi yang melanda novel ini apabila dikatakan ada satu bahagian yang mana pemeriannya tidak sepatutnya didedahkan kepada murid. Petikan itu merujuk pada situasi ini:

“Bagaikan tidak dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya. Raiha telah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz ke dalam badan Raiha..." 


“Doktor Sadiz terus menyeringai dan terus giat menyempurnakan autopsi ataupun bedah siasat ke atas jasad Raiha yang terhimpit dan terlentang di atas lantai lif itu”.


Sinopsis Pantai Kasih karya Azmah Nordin


Sesebuah novel dihasilkan bertujuan untuk merakamkan kisah kehidupan manusia berdasarkan imaginasi seseorang penulis. Setiap penulis mempunyai cara yang berbeza untuk mempamerkan corak perjalanan kehidupan manusia.

Cerita ini mengisahkan pergolakan hidup petugas-petugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang diburu keresahan dan ketakutan sebagai akibat terjadinya kes penyamaran seorang lelaki yang kurang siuman sebagai doktor di pusat rawatan itu. Dua orang doktor, iaitu Raiha dan Uwang juga mempunyai masalah peribadi yang tersendiri. Raiha diburu kegelisahan setelah kematian anak dan suaminya. Doktor Uwang pula tersepit antara desakan kata hatinya untuk memburu keuntungan dengan keinginan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakitnya. Namun begitu, kegagalan menyelamatkan seorang pesakit remaja setelah menjalani lima kali pembedahan di pusat rawatan tersebut juga telah menyebabkan berlakunya konflik antara mereka.

Meskipun padat dengan beberapa masalah semasa, namun penulis cuba mengetengahkan hal ini untuk dijadikan panduan kepada para pembaca. Semoga isu yang cuba dikupas oleh penulis dalam buku ini dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dan murid sekolah amnya, dalam meneruskan kehidupan yang penuh cabaran pada masa ini.


Biodata Azmah Nordin

AZMAH NORDIN dilahirkan di Kulim, Kedah Darul Aman pada 10 Januari 1958. Kini, beliau bermastautin di Sabah semenjak tahun 1973. Pada tahun 1985 Azmah Nordin mula melibatkan diri dalam dunia penulisan dan giat menghasilkan karya-karya dalam genre cerpen dan novel termasuklah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sehingga hari ini, beliau telah banyak menghasilkan karya. Yang berikut ialah karya-karya yang telah dihasilkan oleh Azmah Nordin.

Senarai Karya Azmah Nordin

1. Si Bidul (DBP, 1987)
2. Noor Ainku Sayang (DBP, 1988)
3. Dukanya Abadi (DBP, 1988)
4. Setulus Sarina (Fajar Bakti, 1989)
5. Kembara Planet (Fajar Bakti, 1989),
6. Timulak Kapal Perang (DBP, cetakan pertama edisi pelajar 2000)
7. Sewangi Hati Irani (Pustaka Mastika, 1989)
8. Permata Biru (Federal Publication, 1989 )
9. Gadis Pinggiran (Pustaka Maju Mastika, 1990)
10. Pejuang Bawah Bayu (SASBADI, 1990)
11. Kukui (DBP, 1990)
12. Jauh Tidak Berantara (Maju Mastika, 1990)
13. Dilambai Debur Cinta (Fajar Bakti, 1990)
14. Tanaut (RAN Publisher, 1994)
15. Janji (DBP, 1991)
16. Biar Kasihmu Terukir (DBP, 1991)
17. Ribut di Gua Gomantong (DBP, 1992)
18. Melatiku Sayang (Longman Malaysia, 1992)
19. Debur Menerpa
20. Sembilu Kasih (Fajar Bakti, 1992)
21. Si Tarra (Longman Malaysia, 1992)
22. Dari Dalam Cermin (DBP, 1992)
23. Siti Ariana (DBP, 1993 )
24. Fatin
25. Dibawah Unggulnya (1993)
26. Ima Puteri Air (DBP, 1994)
27. Puteri Khairuni (DBP, 1994)
28. Pantai Kasih (Fajar Bakti, 1994)
29. Tanaut (Penerbit RAN, 1994)
30. Puteri Harapan (DBP, 1994)
31. Impian Akuatik
32. Kewujudan Maya (DBP, 1995)
33. Halusinasi (DBP, 1995)
34. Misteri Aini (DBP, 1995)
35. Menongkah Lumrah (DBP, 1996)
36. Puteri Indrasariayu
37. Awang Kirana Mudir Besar (Fajar Bakti, 1996)
38. Antara yang Terhebat
39. Puteri Angin
40. Singgahmata (Fajar Bakti, 1997)
41. Merentas Selat (Fajar Bakti, 1997)
42. Syumul ( DBP, 1998)
43. Dedikasi di Planet Marikh (DBP, 1999)
44. Pesanan untuk Ira (DBP, 1999)
45. Titian Gelora (DBP, 2005)
46. Mega Nisaa (DBP, 2005)
47. Bantogen (DBP, 2009)
48. Puteri Delima (DBP, 2009)

Pencapaian: Hadiah/Anugerah

Sepanjang tempoh penulisan, Azmah Nordin juga telah banyak memenangi hadiah dalam peraduan atau sayembara yang dianjurkan, antaranya termasuklah:

1. Hadiah Menulis Novel DBP (Kukui)
2. Hadiah Menulis Novel Kanak-kanak (Noor Ainku Sayang)
3. Hadiah Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan & GAPENA, 1988 (Timulak Kapal Perang)
4. Hadiah Puisi dan Cerpen DBKL-DBP, 1990 (“Wizurai”)
5. Hadiah Cerpen Malayan Banking-DBP, 1991 (“Mikrotome”)
6. Hadiah Novel Remaja Berunsur Islam, 1992 (Di Bawah Unggul-Nya)
7. Hadiah Sastera Malaysia DBP 1992/93 (Dari Dalam Cermin )
8. Peraduan Menulis Novel DBP Cawangan Sabah /Jabatan Ketua Menteri (Dari Dalam Cermin)
9. Hadiah Sastera Sabah (Dari Dalam Cermin )
10. Hadiah Cerpen ESSO/Gapena Sayembara VIII, 1991 (“Kuntum Perdamaian”)
11. Hadiah Khas Novel ESSO/GAPENA
12. Hadiah Sastera Sabah DBP, Cerpen/Novel Dewasa, (Dukanya Abadi - 1988 dan 1989, “Singkowoton - 1992,1993,1994,1995,1996 dan1997)
13. Hadiah Sastera Sabah DBP, 1998/1999 (Syumul)
14. Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP, 1996/1997 (Menongkah Lumrah)
15. Hadiah Sastera Perdana Malaysia DBP, 1996/1997 (“Permainan Kematian”)
16. Hadiah Sastera Malaysia DBP, 1988/89 (“Singkowoton”)
17. Hadiah Malayan Banking Berhad - DBP
18. Hadiah Sastera Kanak-kanak Mobil – Mabopa, 1995
19. Hadiah Sastera Kerajaan Negeri Sabah & DBP Cawangan Sabah, 2002/2003
20. Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001 (“Kasih Seputih Kemboja”)
21. Hadiah Karya Sulung Sempena Perayaan 25 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.
22. Hadiah Sastera Sabah 2004/2005 (“Rahsia” )

Kredit: Goodreads

Walau bagaimanapun, "siasatan" telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, nantikan keputusan daripada penl KPM tentang isu ini. 



Isnin, 11 Januari 2016

Sinopsis Novel Meniti Impian Komsas Tingkatan 2 2016

Assalamualaikum.



Sisopsis Meniti Impian karya Osman Ayop

Novel ini menceritakan kegigihan remaja bernama Zahar, pelatih IKM dalam bidang vokasional dan kerjayanya sebagai pembuat perabot. Anak muda ini ingin berdikari dan amat yakin dengan pegangan hidupnya. Dalam usahanya mengejar cita-cita untuk menjadi seorang usahawan perabot, dia dipertembungkan dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Semuanya ini adalah kerana adanya Suhaili dan Norimi dalam hidupnya. Yang pertama, teman sekolahnya semacam menghinanya lalu meninggalkannya. Yang kedua pula, teman yang memahaminya dan simpati tetapi sarat dengan rasa cemburu. Hasil cipta sastera ini memperlihatkan keupayaan pengarangnya mengemukakan sebuah cerita yang padat, di samping latar vokasional yang jarang diketengahkan oleh pengarang-pengarang lain. 

Novel ini digarap melalui bab demi bab. Terdapat 24 bab dalam novel ini. 

Kandungan Meniti Impian

Bab 1 - Cita-cita
Bab 2 - Tawaran 
Bab 3 - Cabaran
Bab 4 - Pertemuan
Bab 5 - Dilema
Bab 6 - Perjalanan 
Bab 7 - Suai Kenal
Bab 8 - Kemahiran 
Bab 9 - Kepulangan 
Bab 10 - Nota
Bab 11 - Parut Luka
Bab 12 - Kejohanan
Bab 13 - Kemenangan 
Bab 14 - Ujian 
Bab 15 - Semangat 
Bab 16 - Perjuangan 
Bab 17 - Harapan 
Bab 18 - Matlamat 
Bab 19 - Kekesalan 
Bab 20 - Tiada Kemesraan 
Bab 21 - Tentang Dia 
Bab 22 - Cinta dan Cita-cita
Bab 23 - Terbinanya Impian 
Bab 24 - Impian Terlaksana

Sabtu, 9 Januari 2016

Laporan Panel HSPM 2014 tentang Kemenangan Tetamu Istimewa

Assalamualaikum.

Ahli panel telah dilantik oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menilai dua katergori iaitu kategori sastera remaja dan kategori sastera kanak-kanak. Untuk sastera remaja beberapa genre telah dinilai iaitu novel remaja sebanyak 46 buah kumpulan cerpen remaja sebanyak 13 buah. Kumpulan puisi remaja 12 buah dan cerpen eceran remaja sebanyak 10 buah. Sementara untuk kategori kanak-kanak, panel telah menilai 10 buah novel kanak-kanak, 2 buah kumpulan cerpen, 44 buah cerita bergambar dan 5 buah kumpulan puisi kanak-kanak. Jumlah bagi kategori remaja sebanyak 81 buah, kategori kanak-kanak 61 buah. Jumlah keseluruhan sebanyak 142 yang  telah dinilai terdiri daripada berbagai genre.

KUMPULAN CERPEN REMAJA



TETAMU ISTIMEWA KARYA MOHD HELMI AHMAD

Kumpulan cerpen Tetamu Istimewa mengandungi 15 buah cerpen yang mesejnya berkisar kehidupan keluarga, guru dan masyarakat. Isu tentang masalah ibu bapa dengan anak-anak: anak yang suka berfoya-foya, menghabiskan harta ibu bapa, pengorbanan ibu bapa demi pelajaran anak-anak, bagi keluarga Tionghua, sikap membenci anak perempuan kerana dianggap membawa sial kepada keluarga diolah dengan kreatif dengan memberi penyelesaian yang menginsafkan. Kepentingan pendidikan agama kepada anak-anak ditonjolkan dalam buku ini.

Selain dari itu hubungan antara guru atau pensyarah dengan murid dan pelajarnya juga  menjadi isu yang diangkat oleh pengarang. Kisah seorang guru yang membenci muridnya kerana suka ponteng sekolah akhirnya berasa insaf kerana muridnya yang miskin membantu neneknya yang telah tua. Soal kemiskinan murid juga membawa konflik antara guru dan murid yang tidak bercita-cita tinggi. Akhirnya setelah diselidik didapati murid itu bekerja menangkap ikan haruan membantu ayahnya sehingga murid tersebut selalu ponteng sekolah.

Dalam kehidupan bermasyarakat pengarang juga mengangkat isu ini. Cerpen yang menggambarkan semangat gotong royong di kalangan masyarakat kampung yang telah diwarisi sejak turun temurun, terutama mengerjakan kenduri kahwin. Kumpulan cerpen Tetamu Istimewa seperti yang dinyatakan di atas, menampilkan penceritaan yang boleh dikatakan mantap dengan tema yang pelbagai dan plot yang menarik dan meyakinkan pembaca. Tema yang banyak mendedahkan kehidupan berkeluarga, hubungan guru/pensyarah dan hubungan dengan masyarakat,  pengarang ingin memaparkan manusia yang bertanggungjawab mendidik anak-anak, para pelajar dan masyarakat desa. Jelas bahawa cerpen-cerpen yang dipaparkan banyak  menekankan persoalan pembelajaran dan pendidikan. Institusi pendidikan iaitu ibu bapa, guru dan pensyarah merupakan institusi penting bagi mendidik generasi muda.

Oleh yang demikian ahli panel bersetuju kumpulan cerpen Tetamu Istimewa karya Mohd. Helmi Ahmad menerima HSPM 2014.

Khamis, 7 Januari 2016

Kupasan Novel Tirani Komsas Tingkatan 5 2016

Assalamualaikum.


Novel Tirani merupakan novel Komsas Tingkatan 5 yang mula digunakan pada tahun 2016. Novel hasil karya Beb Sabariah ini merupakan terbitan DBP. Novel ini digunakan di  ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA


Sinopsis Tirani karya Beb Sabariah


Oleh: Rosani Hiplee

Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di mata dunia.

Lumrahnya, kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama dalam skema hubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama dan kekeluargaan. Watak-watak dalam novel Tirani nyata tidak terkecuali mengutarakan persoalan seumpama itu. Malah, pengarangnya bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi membangkitkan inti pati penceritaannya walaupun dengan menggunakan frasa daerah dan istilah saintifik yang sesuai.

Membaca novel Tirani juga persis menaakul dunia kehidupan manusia yang agak luas. Justeru pengarangnya berupaya membawa pembaca melangkau batas geografi dan budaya setempat.

Watak dan Perwatakan

Malah watak dan perwatakan (walaupun sekadar watak sampingan) turut digarap dengan pelbagai urna bangsa, selari dengan jalan cerita yang banyak menyorot dalam industri pelancongan antara Sarawak (Tajau Emas), Singapura (Flamingo Resort), dan berakhir di Kuala Lumpur (Calet Aya-Sajinah). Selain itu, Tirani juga seperti mencitrakan jati diri kewanitaan yang mahu diungguli pengarangnya menerusi watak Waheeda.

Kecantikan selalunya disinonimkan dengan wanita. Waheeda, wanita terpelajar dan tersenarai dalam kelompok wanita korporat masih diasak rasa tidak wajar akan fizikalnya yang yang bermata kuyu dan berhidung pesek. Imbasan digunjing rakan-rakan semasa zaman kanak-kanak sering menghantui emosinya. Tetapi keyakinan bahawa setiap kekurangan itu harus ditangani dengan wajar selalu dipupuknya dalam diri sehingga beroleh kejayaan yang lain.

“Kekurangan yang disedari secara bijaksana dapat menjadi pendorong yang tidak terduga.” Tiba-tiba Waheeda menyuarakan satu ungkapan kata-kata hikmat daripada diari Muslimah miliknya, yang sering ditatap, disimpan dan menjadi perangsang kepadanya.

Keterujaannya mahu menjadi wannita tercantik dan sempurna melalui proses pembedahan plastik sentiasa meluap-luap. Tetapi halangan kedua orang tuanya kerana bimbang menyanggah tuntutan agama sentiasa menunda niatnya. Oleh itu, novel Tirani dikesani masih tegar kepada kekuatan dan kebenaran agama Islam yang syumul dalam setiap rungkaian komplikasi watak-wataknya.

Tirani sebuah novel yang benar-benar mengupas nilai sebuah pemikiran yang kritis dan sinis dalam mempersoalkan makna sebenar kecantikan seseorang wanita. Kerakusan dan ketaasuban naluri wang mahu memiliki segala kesempurnaan fizikal nyata tidaklah menjanjikan sebuah kebahagiaan. Kecantikan wanita mudah menggugah naluri lelaki, malah mengalpakan dirinya. Lantaran itu, persahabatan Waheeda dengan Bazilah tergugat apabila Dr. Zahid mula prihatin terhadap Waheeda.

“Betullah kecantikan itu tirani. Sudah menjadi lumrah alam, manusia lebih tertarik pada kecantikan daripada kebijaksanaan”, Waheeda meraup perasaan serba salah dan muak dan kesal dengan sikap lelaki, apatah lagi jika yang bermata keranjang.

Begitulah takdir hidup Waheeda, walaupun berjaya "menipu” atau mengubah asal kejadian diri tetapi kuasa Yang Maha Pencipta (Allah) sukar dibatasi. Rumah tangga yang dibina atas dasar saling mencintai nyata mudah tergugah kerana cemburu akan suaminya, Zahid, dan akhirnya menemui kehancuran selepas kelahiran anak pertama (Izzati) mereka.

Tertib kepengarangan juga nyata telus dalam pengolahan ceritanya, justeru kronologi ceritanya yang bersifat realisme seperti lazimnya kebanyakan novel. Barangkali pengaruh pembawaan diri pengarang yang tergolong dalam kalangan pendidik. Maka tidak janggal jika ditakrifkan bahawa pengarang banyak mencorakkan nilai-nilai murni dan memberi impak etika yang baik dalam Tirani.

Tema dan Persoalan


Tema dan persoalan yang digarap lebih menyeluruh kepada pergolakan dalam diri, terutama perspektif naluri kewanitaan. Hal ini cukup terkesan dalam watak Waheeda, Raidah (ibu Waheeda) dan Bazilah (rakan baik Waheeda). Watak dan perwatakannya juga sesuai dengan jalinan penceritaan sehingga ia berupaya memberi kesan rasa dan pemikiran yang telus dalam pembacaan.

Gaya Bahasa


Gaya bahasanya biasa tetapi tetap mempunyai nilai-nilai kontemporari. Pemakaian istilah saintifik dan susuk frasa daerah turut terjalin dalam sintaksisnya. Paling ketara dengan penggunaan istilah dan susuk frasa seperti rinoplasti, blefaroplasti, rhytidectomy, lidocaine, ketupat leas, ketupat periuk kera, bubur pedas, pansuh manok, mereya, tekol, tajau, jong sarat dan banyak lagi.Penyerapan istilah dan frasa tersebut memaknakan lagi olahan penceritaan, terutama tentang pemvisualan latar budaya dan resam.

Pelukisan flora yang pelbagai turut melatari beberapa bahagian plot penceritaan dalan Tirani. Misalnya, ru laut (casuarinas), purple bauhinia, weeping willow, orkid merah jambu, Vanda Miss Joaquim dan lain-lain.

Keseluruhan naskah Tirani nyata berupaya memberi urna dalam memaknakan kehidupan yang akrab dengan budaya dan resam setempat menerusi proses kreatif prosa yang penuh estetika. Pengarang sesekali bijak bertamsil tentang keindahan alam.

Membaca naskah Tirani persis menaakul ke dunia psikologi wanita yang mahu mencapai kecantikan (kesempurnaan) menyeluruh dalam hidupnya. Wanita yang sentiasa gigih menongkah arus modenisasi dan futuristik. Malah tetap bertekad memelihara dan melindungi segala peradaban dan susila budaya bangsanya walau berada di mana sahaja. Pengarang mengaspirasikan suatu nilai yang cukup murni dan berjiwa dalam Tirani, khusus kepada kaum wanita masa kini.

#sinopsis novel tirani komsas tingkatan 5 2016 #tema dan persoalan novel tirani #gaya bahasa novel tirani #watak dan perwatakan novel tirani #kupasan lengkap novel tirani komsas tingkatan 5 2016

Sumber : Dewan Budaya Jun 2008

Selasa, 5 Januari 2016

Contoh RPH Bahasa Melayu Tahun 6 KSSR 2016

Assalamualaikum.



Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu KSSR Tahun 6 2016. 
Tema 1: Istimewanya Keluargaku
Unit 1: Bakat Istimewa





BAHASA MELAYU

6  BESTARI

8:10 – 9:10










Tema / Tajuk

1.      Istimewanya Keluargaku – Sayangi Keluarga


Standard Kandungan                           
 1.2  Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad,  
        suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.


Standard Pembelajaran

1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut jenis ayat dan ragam ayat       dengan struktur binaan ayat yang betul dan tepat.


Objektif  Pembelajaran
Pada akhir pengajaran, murid-murid diharapakan dapat :
a.  Mendengar dua dialog yang berbeza yang mempunyai empat jenis  
     ayat  dan ragam ayat yang dilafazkan oleh murid dan guru.
b.  Menyebut  empat jenis ayat yang dituturkan dengan intonasi yang
     betul dan sebutan yang jelas dan ragam ayat dengan struktur binaan
     ayat yang betul.
c.  Berdialog menggunakan empat jenis ayat dan ragam ayat.



Aktiviti  P d  P   
1. Mendengar satu arahan dan memberi respons terhadap arahan yang
    diberikan oleh guru.
2. Mendengar dua dialog yang berbeza daripada rakan.
3. Memberi respons terhadap empat jenis ayat dalam dialog yang   
    berbeza dan ragam ayat secara lisan dengan struktur binaan ayat  
    yang betul.
4. Melafazkan empat jenis ayat dengan intonasi yang betul dan sebutan
    yang jelas serta ragam ayat dengan struktur binaan ayat yang betul.
5. Aktiviti kumpulan : Berdialog berdasarkan situasi yang diberikan
    menggunakan empat jenis ayat dan ragam ayat.
6. Menyatakan dua cara murid menghargai bakat Istimewa ahli
    keluarga. ( KBAT )
7. Pengukuhan – Membina empat jenis ayat berdasarkan gambar
    tunggal.
8. Pemulihan – Menyalin empat jenis ayat dan ragam ayat dengan betul
    dan kemas.



Pengisian Kurikulum
Ilmu                     -   Pendidikan Moral
Nilai                     -   Kasih sayang
KBAT                   -   Aplikasi
KB                       -   Mengecam
KP                       -   Interpersonal
BBM   
Buku Teks

Penilaian P d P
1.
2.

Impak/ Refleksi                      
1.

2.


Kredit Sumber daripada Cikgu Rohana. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78